Masih hangat diperkatakan mengenai nyanyian terkucil di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), perkongsian Nabila Razali di Insta Story sebentar tadi mengundang tanda tanya netizen.
Menerusi entri itu, Nabila telah memuat naik kenyataan seakan telah membuat satu keputusan. Dalam satu lagi perkongsian, Nabila berkata keputusannya untuk berada di atas pentas adalah keputusannya dan dia tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat.
“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal.
“Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya,” tulisnya.
Nabila turut berterima kasih kepada semua yang menyokong serta memikirkan ini adalah keputusan yang tepat yang perlu dibuat.
Perkongsian Nabila itu sekaligus membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Meskipun tidak jelas mengenai statusnya itu, namun ramai beranggapan penyanyi itu seolah sudah berjauh hati dan bakal meninggalkan dunia nyanyian.