Malam ‘This Is Ernie Zakri Showcase’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya malam semalam ternyata berjaya menambat hati 200 peminat bertuah yang berpeluang menyaksikan penyanyi bersuara emas negara, Ernie Zakri beraksi di pentas persembahan dalam sebuah showcase istimewa yang santai dan penuh keunikan tersendiri, dibawakan khas oleh label pengurusan bakat-bakat hebat tanah air, Rocketfuel Entertainment.
Bertempat di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E, malam showcase yang bermula tepat jam 8:00 ternyata tidak menghampakan.
“Menakjubkan! Saya berpeluang melihat sisi lain Ernie yang belum pernah saya saksikan sebelum ini, dia seakan berada dan zonanya tersendiri dan berikan yang terbaik, puas rasanya,” ujar salah seorang penonton yang hadir.
Walaupun tempoh showcase hanya berdurasi selama 1 jam, tetap memberikan kepuasan kepada setiap penonton yang datang menyaksikannya.
“Alhamdulillah, saya tidak menyangka dengan sambutan yang begitu hebat oleh peminat. Tambahan, tiket yang dijual berjaya ‘sold-out’ dalam masa yang singkat, dan walaupun hanya berskala kecil dengan kapasiti 200 penonton, saya dapat rasakan apresiaisi yang sangat tinggi dan rasa lebih bersemangat untuk mengadakan showcase solo yang seterusnya,” kata Ernie.
Ernie mempersembahkan 10 buah lagu kesemuanya termasuk hit-hitnya yang popular seperti Boneka, Gundah, Korban, Ku Bersuara, Hal Hebat, Rindu Bukan Teman, Ini Yang Ku Mahu, Misteri, Jangan Marah dan single terbaharu yang belum pernah dinyanyikan secara ‘live’, Astana.
“Bezanya showcase ini dengan ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ adalah menceritakan tentang perjalanan seni saya secara solo, dan bukan sebagai suami-isteri dan lebih peribadi. Penonton dapat merasai sendiri sendiri citarasa saya dalam muzik dan cara nyanyian saya,” tambah Ernie lagi.
Namun, ini semua tidak mungkin berlaku jika tidak bukan dari idea Encik Feros Sayna sendiri, selaku Ketua Rocketfuel Entertainmnet, “Ernie kini berada pada landasannya yang tersendiri, dia merupakan seorang ‘vocal powerhouse’ generasi masa kini yang menjadi penanda aras bagi penyanyi-penyanyi lain zaman sekarang.
“Kredit seharusnya diberikan kepada keseluruhan ‘team’ produksi Rocketfuel yang bertanggungjawab menjadikan sebuah impian kepada realiti yang membuahkan hasil hebat, dan jangan lupa nantikan showcase seterusnya dari Ernie yang lebih besar dan lebih baik.
Dalam usaha Rocketfuel mewujudkan lebih banyak lagi acara muzik dalam bentuk fizikal, mereka faham dengan kehendak peminat yang sentiasa dahagakan acara-acara sebegini, pastinya lebih banyak yang bakal menyusul.
Ernie mengakhiri: “Saya ingin berterima kasih kepada setiap pengunjung yang hadir memberikan sokongan tidak berbelah bagi, perasaan terharu dan gembira bercampur kerana setiap dari anda adalah ‘Hal Hebat’ saya sebagai anak seni dan juga penghibur, terima kasih.