in ,

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi

Penerokaan arkeologi dan penemuan sejarah 1.83 juta tahun diberi nafas baru bagi menggalak minat pada sejarah serta merancak ekonomi tempatan

Think City Sdn Bhd (Think City) mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi mempertingkat pembangunan ekonomi berasaskan budaya di wilayah utara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MoF), sebagai sebahagian daripada inisiatif Bajet 2022. 

Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya akan memanfaat warisan arkeologi Malaysia sebagai salah satu pemboleh pertumbuhan sosio-ekonomi. Ianya juga bakal menyumbang kepada pembangunan semula modal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan. 

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi Berasaskan Budaya

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi Berasaskan Budaya Di Wilayah Utara

Ini adalah selaras dengan objektif Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara & Program Pembangunan Ekonomi Tempatan, inisiatif Think City, di bawah naungan MoF. 

Kedudukan Malaysia yang terletak di titik pertemuan sejarah dan geografi hasil penemuan penempatan prasejarah tertua di dunia selepas Afrika. Ini mencerminkan keberadaan evolusi manusia selama dua juta tahun yang lampau. Selain itu, tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu menonjolkan bukti penempatan manusia terawal di Asia Tenggara. Ini menjanjikan potensi besar bagi Malaysia untuk dipertingkatkan sebagai sebuah destinasi warisan arkeologi antarabangsa. Kemungkinan penemuan baharu dan peluang untuk mempamerkan tapak bersejarah ini bakal memberi fokus awal kepada Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping. 

Menyedari kepentingan wilayah ini, usaha Think City dan MoF dengan sokongan kerajaan negeri dan majlis tempatan bakal menggalakkan penerokaan dan penemuan tapak arkeologi di sepanjang koridor kebudayaan Malaysia utara. Ianya juga bakal mengaktifkan sumber pembangunan komuniti tempatan, berasaskan budaya, pelancongan, perusahaan komuniti, minat awam dan meningkatkan arkeopelancongan Malaysia. 

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi Berasaskan Budaya

Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed menjelaskan bahawa wilayah utara Malaysia begitu kaya dengan sejarah. Wilayah ini berpotensi untuk menjadi sebuah kawasan yang kaya dengan aset semula jadi serta budaya, untuk terus berkembang sebagai destinasi utama dari segi kelestarian budaya. 

“Pembangunan Ekonomi Berasaskan Budaya adalah salah satu fokus utama Think City. Kami yakin pelaburan dalam warisan arkeologi akan menarik perhatian orang ramai dan pihak berkepentingan untuk menyertai pelbagai aktiviti di koridor kebudayaan Malaysia utara. Think City telah mengenalpasti titik berpotensi untuk mempertingkatkan pengalaman berasaskan budaya di wilayah utara Malaysia ini. Di samping itu, melalui Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya, Think City juga akan memberi sokongan kepada penerima manfaat geran agar mereka dapat mendalami dan mempelbagaikan pengalaman pengunjung bagi memperluaskan pemahaman awam tentang kepentingan budaya. Matlamat kami adalah untuk memperkasa komuniti agar mereka terus berbangga dengan sejarah yang dikongsi bersama yang bakal diterjemahkan kepada aspek sosial, ekologi dan kewangan untuk generasi akan datang.” 

Think City Umum Program Geran RM10 Juta Ke Arah Pembangunan Ekonomi Berasaskan Budaya

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, YB Dato’ Nolee Ashilin Mohammed Radzi menyatakan bahawa aset budaya unik wilayah utara boleh dimanfaat untuk mewujudkan kesan ‘multiplier’ sosio-ekonomi. Ini termasuk monumen warisan mercu tanda, seni bina sejarah, adat tradisi, perdagangan, tapak arkeologi, dan biodiversiti yang kaya serta kepelbagaian budaya untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 

“Usaha ini akan merangsangkan pelancongan di wilayah ini, memberi peluang kepada projek berasaskan komuniti dan pengusaha kecil untuk berjaya dan menyumbang kepada pelancongan tempatan,” tambah YB Dato’ Nolee. 

Program yang bermula dari 11 April 2022, menawarkan geran untuk individu, kumpulan kolektif dan organisasi dalam pelbagai sektor. Di antaranya adalah organisasi berasaskan warisan, perniagaan artisan tempatan, rumah inap, budaya makanan, penerbitan, serta pemulihan bangunan tradisional dan bersejarah. Ianya juga melibatkan kerja penyelidikan, dan pelbagai program untuk mempertingkatkan warisan budaya atau aset semula jadi, di samping memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 

Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya ini bertujuan mencapai aspirasi melalui tiga landasan: 

• Pembinaan Kapasiti & Advokasi – meningkatkan kemahiran masyarakat untuk memanfaatkan peluang sosial dan ekonomi, dan kempen ‘outreach’ untuk meningkatkan kesedaran serta nilai aset warisan; 

• Demonstrasi – projek untuk memperkenalkan amalan terbaik bagi meningkatkan keunggulan dan daya tarikan aset di wilayah ini; 

• Penciptaan Kandungan – inisiatif dan projek untuk memperkayakan pengalaman pelawat dan mewujudkan kesedaran serta daya tarikan untuk wilayah ini. 

“Wilayah utara ini merupakan kisah dua juta tahun untuk diterokai dan ditemui,” tambah Hamdan. 

Mengenai Think City 

Think City adalah sebuah organisasi berimpak tinggi yang telah ditubuhkan pada tahun 2009. Ianya bertujuan menghasilkan pelestarian bandar yang lebih saksama demi faedah semua. Kemahiran, ilmu dan strategi Think City tertumpu kepada solusi perbandaran, alam sekitar, komuniti sosial dan ekonomi budaya. Think City ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad (Dana Kekayaan Berdaulat Kerajaan Malaysia). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thinkcity.com.my. 

Mengenai Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara & Pembangunan Ekonomi Tempatan 

Program Think City di bawah naungan Kementerian Kewangan adalah untuk mengoptimum semula dan menghubungkan aset warisan ke dalam rangkaian arkeopelancongan, warisan dan tapak semula jadi. Program ini bertujuan sebagai pemboleh daya tahan ekonomi dan pertumbuhan sosio-ekonomi (seperti penciptaan peluang pekerjaan serta pelaburan) sambil menonjolkan kekayaan warisan dan sejarah Negara termasuk mengukuhkan ekosistem tapak warisan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tertunggak Yuran Maintenance Punca Awal Ashaari Dihalang Masuk

Amar Asyraf & Isteri Kedua Sah Bercerai Talak Tiga