in

The X Factor 8TV

PENGHIBUR DENGAN PAKEJ LENGKAP SERTA AURA “X-FACTOR” BAKAL MENEMUI ANDA DALAM RANCANGAN REALITI: THE X-FACTOR

SECARA EKSKLUSIF HANYA DI 8TV

TARIKH TX: 23 & 24 September 2011
HARI TX: Jumaat & Sabtu
MASA: 10.00pm & 10.30pm
BAHASA: INGGERIS

Menawarkan hadiah utama berupa sebuah kontrak rakaman bernilai USD $5 juta dengan sebuah syarikat muzik internasional yang cukup terkenal, Sony Music Entertainment, rancangan realiti pertandingan nyanyian terbaru yang diberi nama “The X-Factor” pasti akan menggemparkan para penggemar muzik tanah air.

logox_factor(2)

The X-Factor adalah suatu pertandingan nyanyian yang sedang mencari bakat baru yang lengkap dengan pakej yang sempurna – memiliki suara yang lunak dan merdu, rupa paras yang menarik, personaliti yang memukau, kebolehan untuk bergerak diatas pentas dan juga menghafal gerak tarian dengan mudah, memiliki aura diatas pentas dan sebagainya. Para peserta dibahagikan kepada 4 kategori dalam rancangan terbaru yang dijamin akan menggamatkan suasana sesiapa yang menontonnya. Kategori tersebut adalah perempuan dibawah umur 25 tahun, lelaki dibawah 25 tahun, individu melebihi 25 tahun dan kumpulan.

Rancangan The X-Factor membariskan 4 juri yang prolifik serta terkenal dengan bakat masing-masing. Antara juri-juri tersebut adalah seorang bekas juri American Idol, Simon Cowell yang terkenal kerana sikapnya yang suka melemparkan kata-kata tajam dan berbaur kontroversi ketika bertugas dirancangan tersebut. Selain itu, Paula Abdul yang juga bekas juri dalam program realiti American Idol turut menyerikan program The X-Factor. Dua lagi juri adalah jelitawan dan juga penyanyi kumpulan Pussy Cat Dolls, Nicole Scherzinger dan seorang produser muzik berbakat, L.A. Reid. Setiap juri ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kepada satu kategori dan akan bertindak sebagai mentor kepada para peserta dengan membantu mereka dalam aspek pemilihan lagu, gaya, penguasaan pentas dan pelbagai lagi aspek penting yang berkait rapat dengan seni persembahan.

Dengan wujudnya pelbagai program realiti disiarkan dalam televisyen, program reality The X-Factor boleh disifatkan sebagai suatu program yang segar kerana konsep dan format yang diketengahkan cukup original. Rancangan ini yang akan disiarkan secara langsung akan mempamerkan aksi-aksi para peserta ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan keperitan dalam mengejar impian mereka. Turut serta untuk menyerikan program yang padat dengan ’hiburan ini adalah dengan kehadiran Steve Jones yang kacak serta memiliki personaliti yang menarik pasti mencuit hati anda.

“Sekiranya anda peminat setia rancangan realiti TV, program terbaru 8TV The X-Factor sudah tentu akan menjadi rancangan kegemaran anda kerana saya juga amat meminatinya!” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Bersedia untuk menonton suatu rancangan yang dijamin akan memberi impak kepada anda. Jangan lupa untuk saksikan “The X-Factor” yang akan menemui anda pada 23 & 24 September 2011 pada pukul 10.00malam & 10.30malam secara eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton rancangan ini di saluran Astro 708. The X-Factor turut disiarkan di laman web www.8tv.com.my / www.tonton.com.my

simon cowell

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Idola Kecil 4

Amber Chia Kongsi Tips Kecantikan I Love Beauty