in ,

Filem Seram THE WOMAN IN BLACK, Daniel Radcliffe Terjebak dengan Hantu Paya

Karakter keanak-anakkan Harry Potter dengan aktor Daniel Radcliffe sememangnya sudah melekat di fikiran kita. Namun menerusi filem “The Woman In Black” wataknya berbeza tampil dewasa menggalas tanggungjawab sebagai ayah tunggal dan peguam yang membongkar misteri kematian anak kecil di sebuah pulau dikelilingi paya.

Filem Seram THE WOMAN IN BLACK, Daniel Radcliffe Terjebak dengan Hantu Paya, 21 November Ini di TV2

Menemui penonton pada 21 November ini, pukul 9.30 malam di TV2, filem berlatarbelakangkan era Edward ini mengisahkan seorang peguam muda Arthur Kipps (Daniel Radcliffe) tinggal bersama anak lelakinya, Joseph Kipps (Misha Handley) yang berusia empat tahun, dan pengasuh anaknya (Jessica Raine). Isteri Kipps Stella (Sophie Stuckey) telah meninggal dunia setelah melahirkan anak pertama mereka itu.

Kipps mempunyai masalah dengan pekerjaannya dan menghadapi krisis masalah kewangan. Dia ditugaskan untuk mengendalikan rumah Alice Drablow, milik seorang bangsawan di Inggeris yang dikenal sebagai rumah Eel Marsh, tempat dia tinggal bersama suaminya, anaknya Nathaniel, dan Jennet Humfrye (Liz White) adiknya. Meskipun penduduk setempat yang tidak ramah, Kipps berkawan baik dengan Sam Daily (Ciaran Hinds) seorang tuan tanah yang kaya, dan isterinya Elizabeth (Janet McTeer).

Di rumah Eel Marsh, yang terletak di sebuah pulau yang di kelilingi paya, Kipps berulang kali mendengar langkah kaki dan melihat penampakan seorang wanita berpakaian hitam. Dia melaporkan perkara itu kepada polis berdekatan. Namun belum pun sempat tindakan diambil, tiba-tiba dia didatangi oleh dua anak lelaki yang membawa seorang gadis bernama Victoria (Alexia Osborne) adiknya, yang telah meminum racun dan meninggal dalam pelukan Kipps. Dia bukan orang pertama di desa itu yang cuba membunuh diri dan mesyarakat setempat percaya ‘Perempuan berbaju Hitam’ akan datang untuk membalas dendam atas kematian anaknya. Mereka percaya ia ada kaitan dengan kedatangan Kipps di rumah Eel Marsh.

Kipps dan Sam tiba di rumah Jerome, seorang peguam di situ. Di rumah yang kosong mereka mendengar suara dari ruang bawah tanah. Kipps cuba melihat melalui lubang yang ada di pintu ruang bawah tanah dan dia terkejut ketika melihat wajah seorang gadis muda bernama Lucy Jerome (Aoife Doherty) tiba-tiba muncul dan menghalaunya pergi, dia percaya kalau ia yang bertanggung jawab atas kematian Victoria.

Setelah kembali ke rumah Sam untuk makan malam, Kipps mendapat tahu Nicholas, anak Sam dan Elizabeth, lemas ketika bermain di pantai dan Nicholas saat itu sedang berkomunikasi dengan mendiang. Kemudian di rumah Eel Marsh, Kipps menemui catatan dari surat yang memaklumkan Jennet sakit mental dan tidak boleh menjaga Nathaniel, anak kandungnya. Namun hakikat ini telah disembunyikan oleh Alice dan Nathaniel tetap diakui sebagai anaknya sendiri. Dia juga dimaklumkan Jennet mati gantung diri.

Penduduk setempat sangat menginginkan Kipps pergi dari situ tetapi dia menolak kerana sayangkan pekerjaannya. Sepanjang malam di rumah Eel Marsh, Kipps berdepan pengalaman menyeramkan dengan penampakan bayangan perempuan berbaju hitam dan anak-anak yang mati bunuh diri yang berada di luar sana seperti ketika cara mereka meninggal dulu.

Keesokan harinya, Sam dan Kipps kembali ke kota untuk mengunjungi Jerome dan mendapati rumah Jerome terbakar. Kipps bergegas ke dalam untuk menyelamatkan Lucy, anak Jerome yang terkunci di ruang bawah tanah. Di sana, ia melihat bayangan perempuan berbaju hitam yang tengah memujuk gadis itu untuk bunuh diri. Gadis itu membakar diri menggunakan tanglung. Kipps mengunjungi Puan Daily, yang tengah meratap di kubur anaknya dan dia memberitahu Joseph, anak Kipps adalah korban seterusnya.

Kipps menyedari hal itu dan dia harus mencari mayat Nathaniel dan meletakkanya di kubur bersama ibunya supaya beristirehat dengan tenang. Kipps dan Sam pergi ke rumah Eel Marsh, mencari tubuh Nathaniel di lokasi Nathaniel mati. Dia menyelam ke paya dan menemukan mayat Nathaniel tergeletak di atas kereta kuda yang ikut tenggelam bersamanya.

Mereka kemudian mengambil tubuhnya dan membaringkannya di tempat tidur. Tak lama kemudian perempuan berbaju hitam muncul dan menolak Kipps hingga jatuh ke lantai. Ketika itu Nathaniel menjerit tidak mahu kerana perempuan itu bukan ibunya, hingga akhirnya mereka menguburkan Nathaniel di makam Jennet, ibu kandung yang sebenarnya. Setelah itu Kipps dan Sam meninggalkan rumah Eel Marsh. Terdengar jeritan perempuan berbaju hitam mengatakan “Aku tidak akan memaafkanmu!”

Apa yang terjadi selanjutnya? Adakah mendiang perempuan berbaju hitam itu menghilang dan tidak membalas dendam lagi? Apakah mendiang Nathaniel tenang bersama ibu kandungnya di kuburan? dan adakah Joseph, anak Kipps mati akibat balas dendam seperti apa yang telah di katakan Elizabeth? Temukan jawabannya dalam filem “The Woman in Black”.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

The Woman in Black

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Angela Zhang di Stadium Negara

Selepas 7 Bulan Kunci Mulutnya, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya