The Vella Mengejar Mimpi
THE VELLA, sebuah nama band baru yang diangkat namanya dalam bahasa Albanian yang bermaksud brothers. Band baru ini dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu Hery (penyanyi), Ezri (gitar) dan PT (Drum). The Vella kini telah siap memperkenalkan diri dalam industri music setelah 6 bulan berkurung dalam studio menyiapkan album pertama mereka.
THE VELLA, bernaung di bawah label Suria Records (SRC) sejak Februari 2012, demo lagu lagu yang dihantar ke SRC terus mendapat perhatian dan seterusnya diadakan perbincangan. Hanya mengambil masa 2 minggu sahaja tanpa ragu ragu, pihak SRC terus bersetuju menerima tiga beradik ini sebagai artis SRC. Nama The Vella dipilih oleh Hery sendiri, menurutnya nama The Vella bersesuaian sebagai lambang aliran musik yang mereka ketenngahkan iaitu Alternatif Pop dan Rock.
THE VELLA, dahulunya dikenali sebagai InTheShadow. Sebelumnya mereka bergerak secara underground bersama sama indie band yang lain. Selama dua tahun bergerak secara indie, kini mereka lebih serius memikirkan masa depan mereka dalam industri muzik dengan melangkah secara professional dan mencari label syarikat rakaman yang boleh membawa mereka kearah yang lebih komersial.
THE VELLA, bakat mereka sangat mengagumkan, album pertama ini dibuat 100% total oleh ahli kumpulan ini, tiga beradik ini diberi tugas berat dan bertanggungjawab menyiapkan album ini sehingga pihak SRC benar benar puas. Sebagai orang baru, bakat Ezri sebagai penerbit, penyusun musik dan jurutera music untuk album ini boleh dibanggakan. Mungkin juga pengalaman beliau bergerak lama secara underground member sedikit pengalaman buat beliau. Kelebihan Ezri juga kerana beliau sendiri menpunyai sebuah mini studio dirumahnya. Ezri menciptakan empat buah lagu dan dua lagu lagi adalah ciptaan Hery.
THE VELLA, album perdana mereka mula memasuki pasaran pada 17 Julai 2012. Album ini diberi judul “Mengejar Mimpiâ€. Kekuatan melodi dan gaya music baru adalah tunjang kekuatan The Vella. Mereka banyak dipengaruhi music dari British sebagai reference mereka. Cabaran paling hebat buat mereka semasa menyiapkan album ini. Ezri benar benar menumpukan supaya album ini siap seperti yang di jadualkan. Hanya mengambil masa 3 bulan saja album ini siap sepenuahnya. Hasilnya sangat sangat membanggakan.
THE VELLA, sebagai band baru, tiga beradik ini bersedia menerima sebarang komen tentang album pertama ini. “Inlah music dan konsep The Vella, kami sepakat untuk jalurkan muzik kami kearah yang easy listening, tidak berat dan boleh dilayan semua peringkat usia. Kami ingin berkongsi dengan semua peringkat usia tentang music kami, dari kampung hingga ke kota muzik kami dapat dinikmati semua. Itu matlamat kami adik beradik.â€
THE VELLA, bercerita mengenai enam buah lagu yang terkandung album pertama ini, “semuanya adalah ciptaan kami semua. Total penciptaan hinggalah ke susunan muzik adalah idea kami 100%. Enam bulan menyiapkan alum ini. Pelbagai cabaran kami lalui untuk pertama kali berkerah idea dalam studio. Pihak SRC mencabar kami, kalo kami tidak mampu menyiapkan album ini sendiri, mereka mahukan tenaga professional luar untuk menyiapkannya. Itu cabaran kuat buat kami kerana album ini adalah nyawa kami tiga beradik, kami mahukan idea kami 100% dicurahkan dalam album ini.â€
THE VELLA, nyata berpuashati kerana akhirnya final product mereka diterima SRC. Kami Berjaya akhirnya, selebihnya kami serahkan pada pendengar diluar sana untuk menilai hasil kerja kami. Inilah buah tangan pertama sebagai pengenalan The Vella kepada semua. Semoga ada ruang untuk kami bersama penggiat yang lain berkarya dan sama sama memeriahkan industri hiburan.
THE VELLA, akui mereka menjadi taruhan besar SRC setelah syarikat rakaman ini sudah lama tidak melahirkan artis baru. “ Kami juga akui SRC bekerja kuat untuk kami, kesungguhan SRC menguatkan semangat kami tida beradik. SRC sentiasa member ruang kepada kami untuk sama sama berkongsi idea. Impian kami sangat besar dalam industri, kami ingin memperjuang nama The Vella sehingga diingati dan dihormati, juga kami impikan nama kami tiga beradik sebagai komposer yang mempunyai nama besar yang boleh menyumbang untuk masyarakat.â€
THE VELLA, zahirkan album ini sebagai kesedihan, Jelas terlihat daripada lirik lirik lagu mereka. Album ini berkisarkan kehampaan dan kekecewaan pada setiap kehidupan kita yang sememangnya tidak dapat lari dari permasaalah ini, namun situasinya berbeza beza. The Vella menyuarakan kesedihan ini melalui album dan para pengikut mereka digelar sebagai Generasi Frustrasi.
THE VELLA, ingin mendekati peminat mereka melalui nama kelab peminat yang dinamakan GenV (Generasivella). Melaui kelab peminat ini, The Vella ingin mengumpul sebanyak mungkin peminat mereka supaya lebih mendekati dan berkongsi segalanya. Peminat juga boleh mendapat segala info mengenai aktiviti The Vella melalui laman facebook SRC iaitu www.facebook.com/suriarecords. atau melalui twitter @suriarecords
The Vella, “Mengejar Mimpi†memuatkan enam buah lagu. Segala tercurah melalui lagu serta lirik The Vella.
1. Mengejar Mimpi
Merupakan keseluruhan impian yang ingin dicapai dalam The Vella. oleh itu ia sesuai dijadikan sebagai judul album sulung The Vella.
Lagu ini merupakan keseluruhan langkah dan perjuangan yang ingin dicapai oleh kami dalam mengejar segala impian dan cita cita walaupun sering kecewa dengan faktor – faktor yang menjatuhkan semangat perjuangan ini, Perasaan cinta terhadap bakat yang dimiliki sukar untuk dilupakan apatah lagi berputus asa. Khas kepada semua yang telah menyokong The Vella selama ini. Mesej yang ingin disampai adalah tidak berputus asa dalam mengejar impian dan cita cita
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Ezri
2. Menjemput Mu Pulang
Tentang sepasang kekasih yang terpaksa berjauhan disaat mereka masih memerlukan diantara satu sama lain. jarak menjadi jurang yang sangat besar untuk mereka. Jarak juga boleh diertikan sebagai “taraf atau darjat” seperti contoh hubungan yang tidak direstui dan dihalang oleh keluarga lalu mereka terpaksa dipisahkan. Walau bagaimanapun mereka tetap berdoa “memohon pada yang Esa” agar mereka dapat bersama selamanya suatu saat nanti. “Dan tenang-tenanglah sayang aku kan datang menjemputmu pulang” diertikan sebagai kata kata
cinta atau kata-kata rindu yang saling mereka ungkapkan kepada satu sama lain sebagai tanda cinta mereka yang tidak akan terpadam walau apa sekali pun yang menghalang.
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Hery
3. Generasi Frustrasi
Lagu ini menceritakan tentang kekecewaan terhadap dunia yang ingin kita kecapi, keseluruhannya khas untuk Generasi “Working Class Levelâ€. Idea ini di tulis oleh Ezri berdasarkan pengalaman – pengalaman yg beliau lalui selama berkerja dalam dunia korporat. Budaya – budaya negatif yang wujud dalam sesuatu organisasi akan menjatuhkan seseorang itu dalam mencapai cita – cita sebagai pekerja yang berjaya.
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Ezri
4. Benarkah Aku Yang Berdosa?
Menceritakan tentang persoalan dosa yang telah dilakukan dan menginsafi segala kesalahan terdahulu. Lagu ini menyedarkan kita tentang kedaifan kita didunia yang selalu meninggalkan suruhanNya. Idea lagu ini terjadi apabila Ezri kerap pulang dari tempat bekerja mengharungi hujan yg lebat menaiki motosikalnya. Dari situ dia terus memikirkan ”adakah aku yang berdosa” dan air hujan di jadikan sebagai simbolik mencucikan dirinya dari dosa.
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Ezri
5. Jangan Kembali
tentang bekas kekasih “wanita” muncul kembali dan ingin bersama semula. setelah kisah percintaan mereka yang dahulunya berakhir dengan derita cukup untuk membuatkan “lelaki” tersebut sedar dan tidak akan ingin kembali bersama walaupun “wanita” itu cuba memujuknya kembali dan mengaku atas semua kesilapannya dahulu. walaupun sukar untuk hidup tanpa wanita tersebut namun “lelaki” itu sedar segala kisah cinta mereka berdua dahulu hanyalah dusta dan nekad akan teruskan kehidupannya walau tanpa cinta “wanita” itu lagi. dan berharap agar
bekas kekasihnya itu pergi jauh dari hidupnya buat selama-lamanya
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Hery
6. Hingga Ke Akhir Waktunya
Ia mengisahkan percintaan jarak jauh antara sepasang kekasih yang ditempohi hingga ke sampai ke waktu nya iaitu bermaksud ”perkahwinan” . Lagu ini adalah pengalaman yang dilalui oleh Ezri bersama Isterinya dan ia juga bersesuaian kepada mereka mereka yang mengalami pengalaman yang sama.
Lagu oleh The Vella, Ezri, Hery & PT / Lirik oleh : Ezri
Biodata The Vella
Nurhairy bin abd rahman
nama panggilan : Hery
Posisi: Vokalis, Rhythm guitar, Keyboard
umur : 24
asal : Negeri Sembilan
agama : islam
tarikh lahir : 14 disember 1988
adik beradik : anak bongsu daripada empat beradik
pendidikan : diploma in multimedia
status : single
fav movie : funny movie, love movie and fighting
fav band : silverchair, incubus, radiohead, foo fighter.
fav makanan : nasi ayam
fav minuman : teh ais
hobi : bola sepak, badminton, permainan video game
idola muzik : semua pemuzik dari dulu sehingga sekarang
masa terluang : hangout bersama teman-teman, menghabiskan masa berehat didalam bilik
facebook.com/nurhairyabdrahman hery
twitter.com/nurhairyrahman
Nurfitri b Abd Rahman
Nama Panggilan : P.T
Posisi: Drummer : Back up vocal
Umur : 27
Adik Beradik : Anak Ketiga dari Empat adik beradik
D.B.O : 15 July 1984
Pendidikan : Diploma in Accounting
Hobi: menyanyi,photography,bersukan
Fav. band : Semua yang punyai muzik yang sedap di dengar
Nurezri Abd Rahman
Nama Panggilan: Ezri
Posisi: Guitar, Keybords, Back up Vocal
Umur : 32
status : Berkahwin
Tarikh Lahir : 31 May 1980
Pendidikan : Diploma In Business Studies
Adik Beradik : Anak kedua dari empat adik beradik
Hobi : futsal, Movies
Idola : Thorm Yorke dan Johnny Greenwood ( Radiohead)
Favorite Band : Band yang genius dalam menghasilkan muzik mereka.