Sepanjang beberapa tahun ini, pelbagai rancangan berkonsep baru telah berjaya diperkenalkan dan mendapat perhatian penonton Saluran Ceria Anda, ntv7, dan menjadi salah satu kayu pengukur pencapaian stesen ini. Antaranya ialah rancangan realiti The Perfect Gentleman (Pencarian Lelaki Cina Pertama Malaysia, 2011) dan The Game (Drama Realiti Cina Pertama Malaysia, 2012).
[dropcap]T[/dropcap]idak hairanlah jika ntv7 terus meneruskan tradisi dalam memperkenalkan program baru dengan pendekatan yang unik – The Super Cute – Rancangan TV Mandarin Pertandingan Pencarian Model Kanak-Kanak. The Super Cute terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 9 tahun yang boleh berbahasa Mandarin atau Kantonis. Siri realiti selama 8 episod ini akan bermula pada 8 November 2013 setiap hari Jumaat jam 9.30 malam sehingga 10.30 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.
[pullquote align=”right”]The Super Cute Rancangan TV Mandarin Pencarian Model Kanak-Kanak Pertama di Malaysia. Mereka mungkin terlalu comel untuk ditangani![/pullquote]
Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV berkata:
“Rancangan seperti ‘The Oprah Winfrey Show’ dan ‘Seriously Funny Kids’ yang diacarakan oleh Heidi Klum memang tidak asing bagi kami kerana kedua-duanya disiarkan di ntv7. Rancangan sebegini memberi kita kesempatan untuk berhibur sambil mendengar buah fikiran kanak-kanak yang selalunya bernas, lucu serta menghiburkan. Rancangan yang membawa faktor ceria dan sesuai buat tontonan sekeluarga sebegini akan terus menjadi inspirasi kami untuk dihasilkan. Ini adalah kerana ia memberikan peluang kepada Malaysia untuk menemui kanak-kanak yang mempunyai bakat tersembunyi dan secara tidak langsung mendedahkan mereka terhadap pembelajaran yang sentiasa berterusan.”
Beberapa sesi ujibakat telah dijalankan pada bulan Mei di beberapa lokasi seperti Selangor, Melaka dan Pulau Pinang di mana lebih 800 orang kanak-kanak terlibat . Walaubagaimanapun hanya 70 orang peserta sahaja layak ke pusingan kedua di mana hanya 20 orang sahaja berpeluang untuk bertanding. Peserta Top 20 ini akan berpeluang merebut gelaran “The Super Cute†di akhir rancangan itu nanti di mana pemenangnya akan membawa pulang wang tunai RM10,000.
Selain memiliki penampilan dan personaliti menarik, para peserta juga akan dinilai melalui kreativiti, gaya persembahan dan keyakinan mereka menerusi beberapa cabaran yang telah disediakan. Kanak-kanak ini akan dilatih oleh tenaga pengajar mahir. Pertandingan ini juga membariskan panel juri seperti Lynn Lim (pengacara dan selebriti), Linda Ang, (bekas penyampai radio dan pakar perunding) serta Asther Lau (jurugambar kanak-kanak terkenal). Manakala pengacara rancangan itu adalah – Yoon Ng dan Rickman Chia – yang popular dan menjadi kegemaran ramai dengan personaliti ceria mereka.
“ntv7 sering menyokong dan menghasilkan rancangan buat para generasi muda antaranya Mandarin Battle Star dan Super Smart yang mendapat sambutan baik para penonton. Kami ingin terus memberi inspirasi kepada mereka menerusi rancangan-rancangan sebegini.”
Jangan lupa menyaksikan “The Super Cute†bermula 8 November 2013, setiap hari Jumaat jam 9.30 malam hingga 10.30 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.
Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan Facebook and Twitter.