in

The Sterling Alamat Mewah di Bandaraya Melaka yang Penuh Gaya

The Sterling : Alamat Mewah di Bandaraya Melaka yang Penuh Gaya!
oleh Shah Shamshiri

Bandaraya Melaka semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.

Tersergam mewah di Jalan Temenggong di pusat bandaraya Melaka dengan segala peninggalan sejarahnya, adalah The Sterling, sebuah hotel terkini yang agak baru sahaja menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ. Bangunan yang kelihatan mirip sebuah rumah agam Inggeris itu dilengkapi dengan 37 bilik mewah sahaja dan mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata. Dengan jumlah bilik yang sangat kecil, penginapan di The Sterling menjadi lebih eksklusif dengan bilik-bilik khasnya sendiri. Kaya dengan nuansa Inggeris, ia bersesuaian dengan warisan bandar Melaka yang mempunyai banyak percampuran budaya Eropah dan Asia.

Leyton

[dropcap]H[/dropcap]otel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan berdekatan dengan semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti gereja merah St. Paul, serta muzium, ajnas restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk. Seperti kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan dan bilik mesyuarat khas.

Kesemua bilik-bilik di sini mempunyai nama-nama Inggeris iaitu The Brighton, The Churchill, The Riley, The Windsor, The Leyton dan The Stoke Mandeville. Terdapat bilik yang dilengkapi dengan kemudahan jacuzzi di bilik mandi manakala bilik-bilik lain semua mempunyai kelengkapan moden dan terkini untuk keselesaaan para tamu.

[pullquote align=”right”]Semestinya, kemudahan wi-fi percuma juga tersedia di seluruh hotel untuk kemudahan pengunjung.[/pullquote]

Lebih istimewa lagi, hotel ini juga sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Penggunaan dan pengitaran semula air hujan dijalankan di sini untuk tujuan pembersihan hotel. Selain itu lebih 90% keperluan lampu dan pencahayaan menggunakan lampu LED untuk menjimatkan tenaga. Sistem pemanas air berkuasa solar turut digunakan untuk semua alat pemanas air hotel. The Sterling juga mempunyai polisi kredit karbon dengan menggunakan polisi bahan mentah tempatan diutamakan untuk operasi harian hotel.

Tambahan lagi, hotel ini juga menyediakan pelbagai pilihan bagi sajian makanan di tingkat paling atas (rooftop) di The Loft. Jika tidak, tamu boleh menikmati minuman di The Balcony sambil menikmati pemandangan indah kota Melaka.

Pendek kata, The Sterling ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!

The Loft - Coffeehouse

Hotel scene at dusk

Front Exterior (V2)

Entrance

Corridor to Rooms

Churchill Bathroom

Churchill (2)

Brighton-Jacuzzi

Brighton wt Outdoor Jacuzzi

Balcony

View from The Top

View from The Loft

The Loft - Al fresco

Scenes from The Balcony

Riley

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Superstorm New York What Really Happened

Bermalam Mewah di Sheraton Imperial Kuala Lumpur