in

Ada Bakat Sertailah Pertandingan Nyanyian THE RIGHT NOTE

Dalam edisi ke-3 kali ini, peserta daripada Malaysia dan Singapura akan berentap bersama buat pertama kalinya untuk dinobatkan sebagai Juara dan memenangi hadiah wang tunai

Strepsils berjaya mengangkat Perayaan Hari Suara Sedunia ke satu tahap yang baru dengan meraikan muzik dalam konteks yang lebih meluaskan pada tahun ini.

Kembali buat kali ketiga dengan format yang baru, pertandingan nyanyian Strepsils’ “The Right Note” bakal meneroka dan menampilkan bakat-bakat terbaik daripada kedua-dua negara jiran – Malaysia dan Singapura.

Strepsils EDM

Buat pertama kalinya, pencarian persembahan muzik terbaik ini akan dibuat secara di atas talian sepenuhnya di mana para peserta dapat bersama-sama berkongsi pelbagai lagu, emosi, peralatan musik, rentak dan genre dalam satu platform.

Pada tahun ini, para peserta berpeluang memenangi hadiah yang lumayan bernilai lebih RM 30,000. Hadiah wang tunai termasuklah RM 15,000 untuk juara, RM 7,500 untuk naib juara dan RM 4,500 untuk tempat ketiga. Dua hadiah saguhati akan diberikan berjumlah RM 1,500 setiap peserta.

Pertandingan nyanyian “The Right Note” dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan dan keajaiban mengekalkan suara yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura, disamping menyokong matlamat serta impian penyanyi-penyanyi muda.

“Strepsils Hits the Right Note” Meraikan Hari Suara Sedunia 2016 dengan Pelancaran Pertandingan Nyanyian Serantau yang Julung Kali Diadakan

[pullquote]P[/pullquote]ertandingan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam tempoh dua tahun lepas, dengan lebih 3,000 penyertaan dan lebih beratus ribu penonton menyaksikan video peserta pertandingan dalam tempoh sebulan.

Pertandingan nyanyian “The Right Note” ini dijangka bakal menjadi salah satu daripada acara yang paling menarik dalam industri muzik.

“Pelancaran pertandingan nyanyian buat kali ketiga tahun ini menunjukkan komitmen kami yang berterusan dalam menyediakan platform bagi mengetengahkan, memperkenalkan serta memberi pendedahan kepada bakat-bakat dalam bidang nyanyian di kalangan komuniti kita. Muzik ialah bahasa sejagat dan melalui kempen “The Right Note”, kita boleh membantu meningkatkan lagi kemerduan suara mereka,”

“Dengan bantuan teknologi, kita kini boleh merakam musik, membina laman sesawang, mengumpul dana, memuat naik video musik, menerbitkan dan mempromosikan musik di atas talian, kemungkinan yang tiada kesudahan. Pada masa sama, kami mahu memberi peluang kepada mereka yang mempunyai bakat terpendam untuk dikenali di seluruh dunia,” kata Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, Matias Caride.

Strepsil akan terus mengembangkan kempen “The Right Note”, dalam meraikan Hari Suara Sedunia dan menyediakan sebuah platform untuk semua orang mencari peluang dalam bidang musik.

[pullquote align=”right”]Dengan memberikan penekanan terhadap kemahiran persembahan vokal, para peserta perlu memastikan bahawa tekak mereka dijaga dengan baik.[/pullquote]

Untuk menyertai pertandingan nyanyian “The Right Note”, para peserta dikehendaki memuat naik rakaman video berdurasi sekurang-kurangnya 15 saat ke dalam akaun Instagram awam mereka dengan hashtag #hittherightnote dan #StrepsilsMY. Para peserta juga dikehendaki tag akaun Instagram rasmi kempen iaitu, @StrepsilsMYSG pada video mereka.

Video berkenaan kemudiannya akan dikongsikan di www.strepsilstherightnote.com antara 1 April dan 15 Mei 2016. Juri akan memilih 5 peserta terbaik daripada setiap negara untuk berentap pada peringkat akhir yang akan diadakan bermula 3 hingga 30 Jun 2016.

Peserta akhir perlu memuat naik video berdurasi 1 minit dan pemenang akan dipilih berdasarkan 50% markah juri dan 50% undian awam. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 8 Julai 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Shaw Bakal Lancar Filem ALIFF DALAM 7 DIMENSI

Drama Bersiri CATATAN SEORANG DA’I Lakonan Zila Bakarin