[dropcap]B[/dropcap]ayangkan anda sedang bercuti dan tiba-tiba menerima sebuah panggilan telefon penting dari seseorang yang mendakwa sebagai pengurus sumber manusia syarikat anda. Katanya, anda bakal dikenakan tindakan disiplin kerana tidak memohon percutian anda secara sah. Apatah lagi anda sebenarnya disabitkan pernah menyeleweng duit syarikat dan telah dimaklumkan menerusi emel walhal anda tidak tahu-menahu langsung mengenainya. Lebih menggerunkan apabila nama bos besar disebut-sebut.
[pullquote align=”right”]Kolaborasi NTV7 & Fly FM Bawa Rancangan Radio The Phat Fabes & Ben Show Ke Televisyen. Rancangan Temubual Komedi, Spontan Dan Melucukan![/pullquote]
Respon anda mungkin sama ada bakal mengamuk dengan tuduhan melulu si penelefon atau mungkin hampir meleleh air mata kerana tertekan dengan tuduhan yang tidak henti-henti. Lebih meyakinkan mereka mengatakan mempunyai bukti yang kukuh di atas segala kesalahan anda. Saat emosi berkecamuk dan meluap-luap dek kata-kata yang menjengkelkan tiba-tiba anda terdengar jeritan “It is the Krappi Call”. Sah-sah anda dah terkena dengan duo penyampai radio Fly FM, dalam segmen Krappi Call.
Itu antara yang menarik di rancangan radio The Phat Fabes & Ben Show yang dikemudi oleh dua penyampai radionya yang gila-gila. Jika dahulu para pendengar hanya mampu mendengar telatah mereka di radio, kini ntv7 dengan kerjasama Fly FM membawa rancangan itu ke televisyen dengan konsep yang segar, spontan dan lebih menghiburkan dalam bentuk rancangan temu bual komedi. Jika Krappi Call memberi penangan hebat menerusi medium radio, pastinya idea itu bakal dikembangkan dan memberi impak yang lebih menerusi rancangan televisyen nanti. Seorang pelawak terkenal, Steve Martin pernah berkata “komedi adalah untuk membuatkan orang tertawa tanpa termuntah.”
Namun rancangan temubual menarik dan kelakar selama 30 minit ini mungkin bukan sahaja mampu membuat anda ketawa tetapi hampir termuntah kerana kelucuan kombinasi pengacaranya. Rancangan terbaru ini bakal disiarkan pada 22 Mei 2013, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di ntv7 padat dengan segmen yang menghiburkan seperti persembahan dan temubual bersama selebriti yang bukan sahaja diberikan cabaran malah ‘dikenakan’ di dalam situasi berbeza-beza di mana ia dirakamkan oleh kamera tersorok. Selain selebriti, orang ramai juga bakal diusik oleh kenakalan Phat Fabes dan Ben. Hati-hati kerana orang itu kemungkinan besar adalah anda.
Tepat dengan hala tuju terbaru stesen ntv7, Modern Urban Progressive Adults (MUPAs) yang mensasarkan penonton urban, rancangan The Phat Fabes & Ben Show pastinya pilihan tepat bagi mereka yang mencari program yang mampu menghiburkan mereka setelah seharian penat bekerja ataupun buat tontonan bersama seisi keluarga. Antara selebriti undangan yang bakal membuat penampilan mereka di rancangan itu adalah Nadhira, Altimet, Douglas Lim, Deborah Henry, Aishah Sinclair, Rina Omar, Hafiz Hatim, Nadine Ann Thomas dan ramai lagi. Malah mereka juga terpaksa melayan kerenah Fabes dan Ben yang memberikan mereka cabaran spontan di hadapan penonton ‘live’ di tempat rakaman rancangan itu berlangsung.
Beberapa pengisian lain yang bakal diselitkan di dalam rancangan itu adalah seperti Phat Fabes vs Ben di mana mereka bakal menyahut cabaran yang diberikan kepada mereka, segmen Guru Gee yang merupakan karakter lucu Fly FM yang diwujudkan, Fabes & Ben in the Real World di mana pengacaranya akan merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur dalam misi mengenakan orang ramai serta tayangan rakaman kamera tersorok yang dikenakan terhadap selebriti yang menjadi tetamu undangan.
Cik Emilya Ab Rahim, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan ntv7, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara, ntv7 berkata:
“Kami meletakkan pelbagai inisiatif untuk memastikan penonton mendapat kepuasan 100% apabila mereka menonton rancangan-rancangan kami dan disebabkan itu juga kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Fly FM untuk membawa duo penyampai radionya yang lucu di televisyen. Saya yakin kreativiti dan keserasian mereka bakal memberi lebih nafas baru di stesen kami.”
Turut hadir di sidang media rancangan itu adalah Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim.
“Sememangnya saya berbesar hati dengan kerjasama di antara ntv7 dan Fly FM untuk rancangan TV istimewa ini. Dalam rancangan ini juga anda bakal melihat karakter terkenal ‘Fly FM Guru Gee’ dan segmen Krappi Call dihidupkan di kaca televisyen. Kombinasi duo, Phat Fabes dan Ben sebagai pengacara pastinya menghiburkan para penonton mahupun para pendengar kami sebelum ini untuk menyaksikan mereka dan personaliti ceria mereka menerusi TV.”
Sidang media rancangan itu hari ini ternyata menyaksikan keserasian pasangan pengacaranya, Phat Fabes dan Ben yang dilihat mampu membuatkan para penontonnya tidak kering gusi.
kata Phat Fabes yang memberi gambaran rancangan itu bersama rakan pengacaranya, Ben.
“Rancangan ini bakal menjadi amat menarik kerana saya dan Ben telah lama saling mengenali di antara satu sama lain yang saya pasti mampu memberi keserasian yang baik sama ada di radio dan kini di televisyen. Kami berharap ini mampu memberi impak positif terhadap penonton ntv7. Walaupun rancangan ini diskripkan, namun kebanyakannya kami lakukannya dengan secara spontan di mana saya percaya ‘SPONTAN’ merupakan elemen utama dalam menyampaikan komedi.”
“Saya tidak pernah rasa sangat teruja sebegini. Saya amat sukakan konsepnya yang segar, set rakamannya, segmen yang diperkenalkan serta idea yang membenarkan kami untuk menjadi diri kami sendiri dalam mengacara The Phat Fabes & Ben Show.”
Sekiranya nak cari rancangan temubual komedi pastikan anda menonton The Phat Fabes & Ben Show yang bakal bersiaran di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 22 Mei ini setiap hari Rabu jam 9.00 malam.
Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my/fabesnben, www.flyfm.com.my dan www.tonton.com.my. Ikuti perkembangan ntv7 menerusi Facebook dan Twitter dan anda juga digalakkan menggunakan hashtag khas #fabesnben @ntv7 untuk rancangan ini.