Tahniah diucapkan buat semua produksi drama siri ini. Pastinya ini satu pengiktirafan yang cukup bermakna dan menjadi semangat pemangkin untuk mencipta produk yang lebih bermutu di masa akan datang.
Menurut Cik Goh Ling Ling, Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (8TV), Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,
“Kami ingin berterima kasih kepada Seoul Internation Drama Awards kerana memberi pengiktirafan besar ini. Kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai tanpa kerjasama hebat daripada pihak produksi, barisan pelakon, kru-kru dan setiap individu yang terlibat untuk menjayakan drama ini. Kami akan terus berusaha untuk menyajikan kandungan-kandungan berkualiti tinggi agar drama-drama tempatan akan sentiasa dapat mencipta nama di peringkat antarabangsa,”
Pelakon jelita Pauline Tan yang juga membintangi drama “The Memoir of Majie”, telah menghadiri majlis anugerah tersebut sebagai wakil, dan beliau tidak sangka bahawa para hadirin akan memberi tepukan gemuruh sewaktu beliau bertutur dalam bahasa ibunda rakyat Korea Selatan. Pauline menyatakan bahawa beliau pernah menetap di sana selama setahun, ketika beliau mengikuti program pertukaran pelajar.
Drama “The Memoir of Majie” telah dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Henley Hii, Aye Keng, Pauline Tan, Joey Leong, Sherlyn Seo, Jeffrey Cheng, Gary Yap, Wilson Lee dan ramai lagi. Mengisahkan tentang liku-liku kehidupan empat wanita yang berasal dari Shunde, Guangdong pada zaman 1950-an, drama ini telah bersiaran di saluran ntv7 pada 20 Julai tahun lepas.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial di Instagram @8tvchinese & YouTube 8TV 八度空间Layari www.tonton.com.my untuk menonton drama-drama hebat dari 8TV, serta www.xtra.com.my untuk perkembangan terikini mengenai 8TV! 8TV juga boleh ditonton di saluran 708.