Diilhamkan dari siri vlog PKP beliau, THE LOCCDOWN, SonaOne berazam untuk memeriahkan pengalaman kuarantin anda dengan satu projek muzik yang baru. Walaupun siri vlog SonaOne ini meliputi asas-asas rutin hariannya, seperti memasak dan membersihkan apartmen yang mengasah skil domestiknya (bersama tetamu undangan tetap yang istimewa, Nemo Faizon, kucingnya), tetapi jelas dengan projek yang akan datang ini, sebagai rapper dan produser, jus kreativitinya tetap mengalir ke muzik.
THE LOCCDOWN yang dihasilkan hampir sepenuhnya oleh “Kid Kenobi†ini sendiri mempunyai senarai penampilan istimewa yang boleh dibanggakan seperti Joe Flizzow, Abubakarxli, Yung Raja, Fariz Jabba, Daboyway, A. Nayaka, Axel Jonas, Karmal dan Adrian Danial (Midnight Fusic). Terdapat 10 lagu sebagai senarai trek, tetapi yang paling menonjol adalah ‘Bomba (Def Jam SEA Remix). Dalam trek ini, gandingan kesemua penampilan istimewa membantu melonjakkan single SonaOne yang dilancarkan baru-baru ini ke tahap yang bombastik.
THE LOCCDOWN yang dipenuhi dengan kejujuran dan mesej positif, adalah pelayaran SonaOne merentas tema kesepian, kebosanan, berhibur untuk mengisi masa lapang, serta nasihat-nasihat agar kita tetap tinggal di rumah – tetapi masih mengekalkan unsur ‘groove’ malah terselit juga unsur nakal.
Pengalaman peribadi SonaOne dalam masa kuarantin ini diolah menjadi rentak hebat yang mampu membuatkan kepala anda bergoyang ke depan dan kebelakang sambil diisi dengan ‘wordplay’ yang menghiburkan dan ‘bars’ yang menarik.
Walaupun seluruh dunia berubah hampir sekelip mata dalam saat getir ini, THE LOCCDOWN SonaOne bukan sahaja mengingatkan kita tentang kemampuan manusia untuk menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, malahan untuk tetap tersenyum ketika melakukannya.