Dengan matlamat memberi sokongan kepada para pemuzik tempatan dan memberi penghormatan kepada keindahan ciptaan lagu Raya klasik bersempena musim perayaan ini, The LINC KL menjalinkan kerjasama bersama Sony Music Entertainment Malaysia untuk menghasilkan Sony Music Raya Capsules melalui kempen raya ‘Seindah Tradisi Aidilfitri’.
Menampilkan empat episod siri mingguan secara maya, Sony Music Raya Capsules menghasilkan lagu versi olahan Raya klasik dengan nafas baru serta sentuhan yang menyegarkan, dengan video muzik dan beberapa rakaman di belakang tabir, kesemuanya dirakam di lokasi menarik di The LINC KL.
Artis baru yang berbakat Malaysia yang terlibat dalam penghasilan lagu dan video ini adalah: Harris Alif, Vanessa Reynauld, Aisha Retno dan Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa serta Qiff & Syabil.
Usaha kolaborasi bersama Sony Music Entertainment Malaysia ini adalah manifestasi sokongan kepada penghibur tempatan dalam masa ketidaktentuan ini.
Dengan memanfaatkan kepakaran Sony Music Entertainment Malaysia dalam industri muzik, serta bakat, kemahiran dan pengaruh sosial para penyanyi yang terlibat, kandungan melodi raya ini diharap dapat memberikan nafas baru dan menghidupkan keindahan dendangan irama lagu raya lama.
Sekaligus membawa keceriaan di musim perayaan dan memperlihatkan keunikan budaya Malaysia dengan jalinan digital kepada penonton dari seluruh dunia.
Penyewa The LINC KL turut mengambil bahagian untuk memberi sokongan kepada komuniti pemuzik tempatan dengan menyumbang dalam penghasilan Sony Music Raya Capsules:
• Pakaian oleh Kehati dari Chateau d’areum.beau • Solekan oleh RIVoLI
• Gaya rambut oleh SimpliDry
Setiap video Sony Music Raya Capsules sepanjang lima minit akan dimuat naik di laman Facebook dan Instagram LINC KL, setiap Jumaat pada jam 9 malam dari 7 Mei hingga 28 Mei 2021. Setiap lagu versi olahan dalam Sony Music Raya Capsules juga akan disiarkan melalui semua portal muzik seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 30 April 2021.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami atau lawati https://www.thelinckl.com.my/ dan https://www.facebook.com/thelinckl.
Informasi lanjut tentang LINC KL
Dengan lokasi strategik di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang di dalam Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, The LINC KL adalah pusat gaya hidup dan komuniti bandar yang diilham dan diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi. Dengan pelbagai jenama tempatan dan restoran yang dikelilingi oleh keunikan & seni yang indah, pengunjung dapat menikmati keindahan alam sambil membeli-belah.
Dibuka pada bulan November 2018, The LINC KL dikendalikan oleh PPB Properties – bahagian harta tanah PPB Group Berhad yang merupakan konglomerat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
Informasi lanjut tentang artis Harris Alif
Harris Alif memulakan debutnya 11 tahun yang lalu dalam arena muzik dengan memenangi sebuah pertandingan nyanyian yang memeteraikan kontrak rakaman pada usianya semuda 11 tahun. Untuk rekod 90 hari terkini, beliau telah memperoleh 2.3 juta tontonan di saluran YouTube. Video kandungan “The Wedding Shoes” menjadi tren di YouTube di tangga ke # 19.
Lagu dipersembahkan dalam Sony Music Raya Capsules: Cahaya Aidilfitri Vanessa Reynauld
Vanessa Ben Reynauld merupakan seorang puteri TikTok Pop yang baru berusia 20 tahun daripada latar belakang campuran, dan menetap di Klang, Selangor. Seorang penyanyi berbakat yang mula menyanyi sejak berusia empat tahun.
Lagu dipersembahkan dalam Sony Music Raya Capsules: Balik Kampung Aisha Retno dan Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa
Aisha Retno terkenal dengan vokalnya yang kuat dan hebat persis seniman antarabangsa Ariana Grande & Mariah Carey yang juga merupakan idola beliau dalam arena muzik. Seorang pemain piano dan penulis lagu berbakat, Aisha menghasilkan lagu Mengikat Jiwa dan Terima Kasih (berduet dengan Yuka Kharisma), dan menulis lirik lagu tema tersebut. Cabaran #CintaDenganmu beliau telah mencapai tontonan 198.6K di TikTok.
Waheeda Bonn, ahli Kumpulan Gadis Acapella pertama di Malaysia, Bahiyya Haneesa yang telah aktif di YouTube dengan tontonan luar biasa yang diperoleh daripada lagu versi olahan seperti Jennie’s – Solo, Alan Walker’s – Lily x On My Way, dan Black Pink’s – Kill This Love .
Lagu dipersembahkan dalam Sony Music Raya Capsules: Pulang Di Hari Raya 2021
Qiff & Syabil
Qiff & Syabil merupakan duo pop yang menempa nama dengan berkongsi lagu versi olahan mereka di saluran YouTube.
Lagu dipersembahkan dalam Sony Music Raya Capsules: Suasana Hari Raya