Salah seorang model terkemuka di Amerika Syarikat – Janice Dickinson kini kembali dengan agensinya untuk musim kedua, pada hari Jumaat, jam 11 malam bermula pada 30 Mei 2008 dengan lebih banyak drama hanya di 8TV!
The Janice Dickinson Modelling Agency ialah rancangan realiti televisyen yang mengikuti suka-duka kehidupan bekas peserta rancangan Surreal Life serta bekas juri tetap rancangan America’s Next Top Model, Janice Dickinson dalam merasmikan agensinya tersendiri yang dinamakan The Janice Dickinson Modelling Agency.
Berbekalkan pengalamannya selama 30 tahun, Janice mengambil keputusan untuk menubuhkan agensinya tersendiri pada bulan November 2005.
Menurut Pengurus Pesar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim,
“Rancangan The Janice Dickinson merupakan sebuah rancangan yang pastinya membuka mata banyak pihak terutamanya dalam bidang peragaan. Rancangan ini bukan hanya berkisar mengenai jatuh-bangkit seseorang yang bergelar peragawati tetapi juga tentang pahit manis dalam menguruskan sesebuah agensi peragaan. Walaupun Janice merupakan seorang model terkemuka semasa zaman kegemilangan beliau, menjalankan perniagaan agensi peragaan adalah berlainan sama sekali.”
“Dalam musim kedua rancangan ini, Janice akan bersikap lebih tegas dalam menghadapi sebarang permasalahan yang menimpa. Lebih banyak konflik dan isu timbul sepanjang musim ini yang akan membuat peminat rancangan serta penonton tertanya – tanya apa yang akan berlaku seterusnya.”
Dalam episod pertama pada musim kedua ini, Janice yang kembali dari percutian untuk mencari beberapa orang model kecewa dengan cara rakan perniagaannya, Peter Hamm menguruskan perniagaan semasa peninggalannya. Setelah beberapa masalah tertangguh diselesaikan, Janice mengucapkan tahniah kepada peragawari-peragawati yang telah memberikan hasil yang terbaik.
Setelah perbincangan Janice dan Peter bersama Paul Ramirez yang meninggalkan agensi tersebut biarpun dihalang oleh mereka kerana masih terikat dengan kontrak, serta Timika Robinson yang mengumumkan kehamilannya, Janice mengambil keputusan untuk mengadakan ujibakat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebanyak 3000 orang peserta telah hadir dalam sessi ujibakat yang diadakan. Janice telah memilih ramai calon yang berkelayakkan untuk hadir ke sessi ujibakat yang kedua pada keesokkan harinya termasuklah peserta dari Survivor: Cook Islands, JP Calderon.
Sementara itu, Janice bertemu dengan wakil dari aussieBum, pereka pakaian dalam dari Australia yang memerlukan lima orang model yang akan diberikan bayaran sebanyak $10,000. Bagi memberikan pelanggannya pilihan yang pelbagai, Janice dan Peter sekali lagi telah mengadakan sessi ujibakat terbuka di salah sebuah kelab terkemuka di Hollywood yang dipanggil ‘The Abbey’.
Walau bagaimanapun, beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku membabitkan seorang model dan wakil dari aussieBum. Ini telah menyebabkan salah faham di antara mereka sehingga mengakibatkan terbatalnya kontrak dan telah menyebabkan salah seorang model itu kehilangan kerjayanya.
Siapakah yang akan dipecat? Wakil manakah yang enggan bekerjasama lagi dengan Agensi Janice? Adakah banyak lagi masalah yang akan timbul?
Jangan ketinggalan untuk menonton The Janice Dickinson Modelling Agency musim kedua untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya pada setiap hari Jumaat, jam 11 malam bermula pada 30 Mei 2008 hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708.
[tags]the janice dickinson, modeling agency, survivor, model nude, naked model pic, cook island, asal, perangkap cinta, penonton, raja lawak, rakaman, salih yaacob, senario, shahira, sharifah, studio, upnm, yahya sulong, Afgan, D’Masiv, Lirik Nidji, Afgan, Lirik lagu siti, Agnes. Kumpulan Lirik Lagu, padi, nidji, peterpan, Ungu, The Rock, Once, Monita, Acha Irwansyah[/tags]