in

TV2 Siar Filem THE FIGHTER Kisah Benar Seorang Peninju

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 tidak pernah gagal dalam menyiarkan filem-filem Inggeris terbaik yang sarat dengan pengajaran berguna untuk seisi keluarga. Terbaharu RTM menjanjikan tayangan filem bertajuk “The Fighter”, sebuah filem diadaptasi dari kisah benar yang dibintangi oleh Mark Wahlberg dan Christian Bale.

Diarahkan oleh David O. Russell, filem ini berjaya mengumpulkan tujuh pencalonan dalam Anugerah Academy Awards 2011 dan berjaya dalam Golden Globe 2011 untuk kategori Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

TV2 Siar Filem THE FIGHTER Kisah Benar Seorang Peninju

TV2 Siar Filem THE FIGHTER Kisah Benar Seorang Peninju

Disiarkan pada 31 Oktober ini, pukul 9.30 malam di TV2, bersandarkan cerita yang kuat dan kisah drama kekeluargaan yang rumit, “The Fighter” mengangkat olahraga tinju iaitu Micky Ward (Wahlberg) yang sedang meniti karier profesional. Dia dibantu oleh abangnya, Dicky Eklund (Bale) yang menjadi jurulatihnya.

Dicky juga sebelum ini adalah seorang petinju yang profil tertingginya pernah bertanding dengan Sugar Ray Leonard. Tapi karier Dicky hancur akibat penyalahgunaan dadah dan dia berusaha menjadikan adiknya sebagai juara sebagai menebus kepada kegagalannya bergelar juara satu ketika dahulu.

Pada masa sama ibu mereka Alice (Melissa Leo) pula menjadi pengurus kepada kerjaya Micky. Pada awalnya semua berjalan lancar namun semuanya berubah bila Micky mula berdepan beberapa kekalahan yang membuat Micky sedar kalau dia terus bersama ibu dan abangnya, kariernya pada masa depan pasti akan musnah begitu sahaja.

Tapi Micky tidak sampai hati mengungkapkan perkara tersebut kepada ibu dan abang yang banyak membantunya selama ini.

Hinggalah dia bertemu dengan wanita pelayan bar bernama Charlene (Amy Adams) dan jatuh cinta dengan gadis itu. Setelah menjalin hubungan dengan Charlene inilah Micky mula yakin dan berani mengutarakan niatnya untuk bebas daripada di bawah pengurusan ibu dan abangnya. Micky nekad untuk mencari pengurus dan jurulatih yang baru demi masa depannya.

Situasi ini membuat hubungan keluarga itu mulai kucar-kacir dan bertelagah. Mereka mula untuk saling menyalahkan sesama sendiri dan Micky juga dituduh lupa dengan pengorbanan yang pernah dilakukan keduanya untuk memastikan kejayaan Micky sebagai peninju disegani.

Ternyata keputusan Micky untuk tidak bekerjasama dengan abang dan ibunya berhasil. Charlene dan jurulatih barunya, Mickey O`Keefe berjaya membawa Micky bangkit dari kekalahan dan keluar dari bayang-bayang Dicky. Berjayakah Micky menjadi pahlawan baru bagi warga Lowell, Massachusetts atau senasib dengan abangnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kahwin Beza Usia : Bahagiakah? Latari Telemovie ANGKA CINTA

The Voice Scores Top Ratings In Singapore & Malaysia!