THE EXORCISM OF EMILY ROSE BAKAL HANTUI MALAM RABU ANDA MENERUSI SLOT CINEMA ON 2 DI TV2
Tidak lengkap hari anda jika tidak menonton televisyen siri kegemaran anda serta beristirehat bersama keluarga setiap malam. Walaubagaimanapun Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak mengecewakan penonton dengan hidangan beberapa filem inggeris yang menarik sesuai ditonton buat seisi keluarga. Tetapi kali ini RTM menyajikan filem inggeris yang agak berbeza dari segi konsepnya iaitu filem seram. Daripada kesinambungan filem The Exorcist yang merupakan filem pertama arahan William Friedkin pada tahun 1973 dan menyusur pula The Exorcism Of Emily Rose sebuah filem inggeris bertemakan pembunuhan seram dahulunya pernah popular di layar perak pada tahun 2005 kini bakal menghantui penonton pada hari Rabu mulai 20 Januari 2010 jam 10.00 malam menerusi slot Cinema On 2 di saluran TV2.
Disebalik berjalan menyusuri lorong yang sempit dan gelap berasa diri seperti ada yang mengekori, apabila duduk berseorangan di dalam kesunyian seperti ada yang memanggil dan tatkala malam menjelma sewaktu orang lain sedang lena dibuai mimpi dia muncul lalu menjerit memecah kesunyian.
Namun apa yang terjadi dan berlaku pada setiap malam yang mengganggunya pasti membuatkan mangsa sukar untuk menceritakan pengalaman yang pahit dan mengerikan itu. Itulah yang cuba digambarkan oleh seorang paderi Father Richard Moore lakonan Tom Wilkinson sewaktu cuba mengubati seorang gadis yang menghidapi penyakit ganjil yang dipanggil epilepsy (sakit jiwa) dan gangguan psikologi. Namun, segala usahanya untuk menyelamatkan gadis tersebut gagal kerana kelemahannya menentang kekuatan dari tenaga makhluk halus yang menyerangnya. Begitulah yang dialami oleh Emily Rose yang menderita akibat penyakit yang sukar ditafsirkan dan belum tentu ada penawarnya.
The Exorcism Of Emily Rose merupakan sebuah kronologi dalam percubaan yang memburu fikiran seorang paderi yang dituduh atas kecuaian dan menyebabkan terjadinya pembunuhan seorang kanak-kanak perumpuan. Maka seorang peguam mengambil kes tersebut untuk mempertahankan paderi itu. Erin Bruner lakonan Laura Linney mengambil keputusan untuk membela seorang paderi Father Richard Moore kerana rasa tidak puas hati atas pertuduhan paderi tersebut dan merasa dirinya bertanggung jawab untuk menyelesaikan kes yang dianggap cabaran untuk meningkatkan kerjayanya.
Atas keputusan gereja dan setelah peguam Bruner melawan tindakan pihak mahkamah, Bruner mahu menyiasat kes tersebut kerana merasakan kes tersebut sangat berlainan selain memberi langkah baru dalam bidang guaman. Lalu paderi bersetuju untuk membiarkan dirinya dipertahankan dengan memceritakan disebalik kejadian yang menimpa Emily.
Percubaan bermula dengan kehadiran seorang pakar perubatan iaitu Ethan Thomas. Salah seorang dari pakar perubatan tradisional mendakwa kesakitan yang ditanggung Emily adalah berpunca dari epilepsy dan sakit jiwa. Namun, Bruner menerangkan bahawa Emily mungkin diserang sejenis penyakit ganjil berkaitan dengan gangguan fikiran dan psikologi yang agak sukar ditafsir. Bagaimanakah penyakit ganjil yang dihidapi oleh Emily Rose menemui penawarnya? Siapakah yang menguasai tubuh badan Emily selama ini? Ikutilah kesudahan kisah seram disebalik jeritan dan laungan gadis Emily dalam The Exocism Of Emily Rose.
Dengan barisan pelakon hebat iaitu Jennifer Carpenter sebagai Emily Rose serta barisan pelakon mantap seperti Laura Linney, Tom Wilkinson, Campbell Scott, Colm Feore dan Kenneth Welsh yang bakal menerajui filem pembunuhan seram di layar televisyen anda pada 20 Januari ini jam 10.00 malam menerusi slot Cinema On 2 hanya di TV2.