Menurut laporan dari Deadline, filem terbaru ini mencapai prestasi yang sama dengan dua filem sebelumnya dalam tiga hari pertama penayangan. The Equalizer 2 mengumpulkan AS$36 juta, sedangkan filem pertama mengumpulkan AS$34 juta, jadi The Equalizer 3 ada di antara dua angka ini. Dalam sejarah penampilan lakonan Denzel Washington,
The Equalizer 3 adalah filem kelima dengan kutipan pembukaan tertinggi, hanya tertinggal sedikit dari Safe House ($43.5 juta), The Equalizer 2, dan The Magnificent Seven ($34.7 juta).
Di seluruh dunia, The Equalizer 3 telah meraup AS$68 juta dalam minggu pertamanya di pasaran luar AS. Para pakar meramalkan bahawa filem ini dapat mengumpulkan AS$190 juta sepanjang masa tayangannya.
Sementara itu, filem epik dari Christopher Nolan telah menambahkan AS$3.4 juta lagi dari pawagam IMAX. Filem terbaru Nolan kini menjadi filem ketiga tertinggi pendapatannya tahun ini, dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$852.9 juta.
Ini juga menggeser Guardians of the Galaxy Vol. 3 ke tempat keempat dengan pendapatan AS$845.5 juta.
Ia juga menjadi filem R-Rated yang mendapat kutipan kedua tertinggi sepanjang zaman, hanya dibelakang Joker yang mengutip AS$1.075 billion.
The Equalizer 3 kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.