THE DESCENDANT
Drama Mega Blokbuster 2012
Apakah agaknya elemen yang perlu ada dalam menjadikan sesebuah drama bersiri mendapat tarikan penonton dan mempunyai rating yang tinggi seperti drama blokbuster ntv7, Age of Glory yang lalu? Jawapannya adalah barisan pelakon yang mantap dengan susunan plot yang dramatik serta usaha lebih dalam pembikinan set produksi, solekan, penggayaan rambut, pakaian khas serta dialog yang berkesan. Meletakkan drama bersiri terbaik, The Iron Lady yang berjaya merangkul anugerah itu di Golden Awards 2010 sebagai tanda aras dalam menjayakan sesebuah drama, ntv7 sekali lagi hadir dengan drama bermutu terbaru – The Descendant – yang bakal bermula 9 Februari nanti, dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Disuntik dengan elemen baru dan segar, drama bersiri The Descendant mengukir satu lagi sejarah dengan menggandingkan dua pelakon terhebat dalam drama Cina bersiri tempatan, Yeo Yann Yann (Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2010) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular Golden Awards 2010) sebagai teraju utama dalam siri epik ini. Turut sama dalam menjayakan peranan mereka di dalam drama ini adalah Steve Yap, Frederick Lee, Leslie Chai, Brenda Chiah, Kyo Chen, dan Ernest Chong (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Golden Awards 2010).
Penggambaran bagi drama sepanjang 30 episod itu dijalankan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan cuba menggarap masa sekitar tahun 1920an hingga 1960an. Berlatarkan industri pembuat colok, drama ini berkisar tentang konflik tiga generasi dalam sebuah keluarga yang besar.
Kisah bermula apabila Chen Yu Lin (lakonan Steve Yap) yang merupakan seorang guru di pedalaman dipaksa untuk pulang ke kampung halamannya dan ditakdirkan untuk berkahwin dengan Shen Dan Fang (lakonan Yeo Yann Yann) untuk mewarisi perniagaan keluarganya setelah kedua-dua keluarga mereka bergabung di dalam perniagaan. Demi itu, Yu Lin juga telah membuat perjanjian dengan ayah mertuanya agar anak lelaki pertama yang dilahirkan akan diberikan nama keluarga isterinya untuk meneruskan darah keturunan Shen
Pada hari perkahwinan yang ditetapkan itu, Yu Lin tanpa menyangka bahawa kekasihnya di pedalaman dahulu merupakan adik kepada isterinya, Shen Yu Hua (lakonan Debbie Goh). Walaupun tidak dapat menerima kenyataan, Yu Hua dan Yu Lin hanya mampu menanam jauh perasaan mereka masing-masing.
Nasib malang Yu Hua selalu dikaitkan dengan sumpahannya sejak dilahirkan dan dia telah diserahkan kepada pengasuhnya untuk dipelihara. Dan Fang yang mengasihani adiknya telah merayu agar Yu Hua kembali ke rumah untuk duduk bersamanya. Walaubagaimanapun, setelah Yu Hua dan Yu Lin sering bertemu dan masih saling menyayangi akhirnya telah mengadakan hubungan bersama. Menyedari kejadian itu, ayah Dan Fang dan Yu Hua yang sangat marah dan kecewa jatuh sakit sehingga meninggal dunia. Dan Fang menyalahkan Yu Hua di atas kematian ayahnya dan kerosakan rumah tangga yang dialaminya. Dan Fang nekad menghalau adiknya jauh dari rumah kerana tidak dapat menahan kejadian yang menimpanya. Yu Lin yang menyesal di atas perbuatannya cuba menyibukkan diri dengan memberi tumpuan dalam menguruskan peniagaan.
Di saat Yu Lin dan Dan Fang menghadapi krisis rumah tangga, musuh perniagaan mereka, Jin De Tang mencabar mereka dalam pertandingan colok dimana mereka gagal dan terpaksa memberikan gelaran “Colok Terbaik†kepada Jin De Tang. Diserang perasaan rasa bersalah, Yu Lin yang semakin tidak tentu hala akhirnya mati dalam kekecewaan. Di hari pengebumian Yu Lin, Yu Hua kembali ke sana. Tambah dramtik adalah apabila Dan Fang mengetahui bahawa Yu Hua kini mengandungkan anak Yu Lin dan Dan Fang mengambil keputusan untuk mengurungnya di rumah.
Dan Fang pada mulanya berniat membunuh kandungan Yu Hua namun setelah dinasihati ibu mertuanya, dia berjanji untuk membiarkan Yu Hua melahirkan anaknya dahulu. Namun, tanpa diduga, bayi itu meninggal di saat dia dilahirkan dan itu amat menyayat hati Yu Hua.
Lapan tahun kemudian, Yu Hua yang berasa segala yang berlaku adalah karma buatnya. Lantas cuba mendekatkan dirinya dengan perkara ketuhanan. Dan Fang pula kini menjadi pemilik kepada perniagaan suaminya. Anak-anaknya juga sudah membesar dan berkahwin. Anak lelaki sulungnya, Shen Siang Hai (lakonan Leslie Chai) mendapat kepercayaan penuh ibunya untuk mengambil alih perniagaan mereka. Namun kakaknya, Chen Shan Su (Brenda Chiah) dan adik bongsu lelakinya, Chen Siang Yang tidak suka dengan keadaan itu dan berkali-kali cuba merampas kuasa abangnya. Menambah lagi masalah adalah apabila abang ipar Siang Yang, Wen Shang Qin (Ernest Chong) turut sama dalam pakatan menentang Siang Hai.
Sementara itu, Siang Hai yang berhati mulia membawa seorang anak yatim, Gou Zhai (Tan Hau Yen) ke rumah mereka. Kagum dengan kebijaksanaan budak itu, Siang Hai telah mengupahnya untuk bekerja. Dan Fang juga mula menyukai Gou Zhai dan berhasrat untuk menjadikannya anak angkat keluarga itu walaupun ditentang anak-anaknya yang lain. Pada hari upacara anak angkat itu, penjaga rumah yang setia selama ini, Chen Gui (Frederick Lee) yang menyimpan perasaan terhadap Yu Hua memberitahu identiti sebenar Gou Zhai kepadanya. Mengetahui bahawa Dan Fang masih membencinya, Yu Hua tidak sampai hati memberitahu perkara sebenar kepada Gou Zhai bahawa dia adalah ibu kandungnya. Sehinggalah sebuah kejadian yang mengorbankan Siang Hai dalam satu kebakaran ketika menyelamatkan Gou Zhai. Di saat itu jugalah perkara sebenar mengenai asal usul Gou Zhai terbongkar.
Dan Fang yang telah mengetahui perkara sebenar, mula berubah dan sentiasa bertingkah laku buruk terhadap Gou Zhai. Yu Hua yang tidak tahan melihat anak lelakinya itu dipukul dan diseksa mula berdendam dengan kakaknya sendiri. Demi mempertahankan Gou Zhai, Yu Hua mengambil langkah untuk memusnahkan Dan Fang dan anak-anaknya dengan cubaannya untuk menjadi tauke baru perniagaan itu.
Dalam ucapan di sidang akhbar hari ini, Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7 menyatakan keunikan drama bersiri ini adalah jalan ceritanya yang dekat di hati masyarakat Cina. “The Descendant membincangkan isu seperti kepercayaan karut, takdir, feng shui malah isu berkaitan diskriminasi jantina yang wujud dalam masyarakat Cina,†kata Cheah Yee.
“Tajuknya dalam bahasa Cina, ‘Xiang Huo’, secara literal bermaksud ‘nyalaan colok’, yang juga memberi erti tersirat terhadap ‘keturunan’ dan ‘pewarisan’ yang menggambarkan premis drama ini yang berkait kepada pemikiran konservatif tentang tinggalan dan darah keturunan,†tambahnya.
Mungkin ada yang menyangka bahawa produksi sebesar ini memerlukan kepakaran daripada negara lain. Namun The Descendant adalah sebaliknya kerana keseluruhannya dihasilkan oleh produksi tempatan sendiri dari lakon layar, penulis skrip, pengarah sehinggalah kepada para pelakonnya. Sementara itu, drama Cina bersiri tempatan di ntv7 yang disiarkan pada waktu perdana tetap terus mendapat rating tertinggi buat tahun 2011. “Kami amat bersemangat melihat kadarnya, dan sentiasa cuba untuk menghasilkan hasil produksi tempatan yang berkualiti dan mencari cara terbaik untuk memberi penghormatan kepada bakat-bakat yang ada di dalam industri TV Cina Malaysia. Pada masa yang sama kami ingin membawa industri ini ke mutu yang lebih tinggi untuk pengiktirafan di dalam dan di luar negara dengan anugerah Golden Awards yang bakal diadakan buat kali kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun 2010,†kata Cheah Yee.
Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri mega blokbuster 2012 ntv7, The Descendant, bermula 9 Februari nanti, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 di laman Twitter dan Facebook.
Yeo Yann Yann
Seorang yang baik hati, memahami dan anak yang peka. Selepas kematian ayah dan suaminya, dia terpaksa menguruskan perniagaan keluarga dan menjadi seorang wanita yang tabah dan cekal. Dia tidak mungkin dapat memaafkan kesalahan adiknya dan setelah mengetahui Gou Zhai adalah anak kandung adik dengan suaminya, dia mula berubah sikap. Namun setelah menghadapi pelbagai cabaran, sikap prejudis dan sifat bencinya mula pudar.
Debbie Goh
Dianggap membawa nasib malang kepada keluarga, Yu Hua dibesarkan oleh pengasuhnya. Seorang yang tidak bersalah dan secara semulajadi berhati mulia. Dia juga bercinta dengan Yu Lin sebelum mengetahui bahawa kakaknya akan berkahwin dengan Yu Lin. Tidak dapat melupakan cintanya pada Yu Lin akhirnya menyebabkannya keterlanjuran dan mengandungkan Gou Zhai. Dan Fang yang membenci anaknya, memaksa dia untuk bertindak membalas perbuatan kakaknya dan cuba menjadikan Gou Zhai sebagai tauke baru perniagaan keluarganya.
Steve Yap
Anak kedua daripada keluarga Chen dan pernah mengajar di kawasan pedalaman. Dia merupakan seorang lelaki budiman yang taat kepada ibu bapanya dan menguruskan perniagaan keluarganya. Dia juga berbakat dalam menghasilkan colok serta telah berkahwin dengan Dan Fang. Terperangkap di dalam kisah cintanya, dia telah mengecewakan dua orang wanita malah gagal dalam perniagaan. Akhirnya Yu Lin meninggal dunia di dalam kekecewaan.
Tan Hau Yen
Dia telah dilatih untuk menjadi seorang penyeluk saku sejak kecil dan agak degil namun bijak dan sering membuat orang tertawa. Dia juga mewarisi kebolehan mendiang ayahnya, Yu Lin dalam membuat dan menghidu colok. Kerana itu dia telah mengagumkan Siang Hai dan diambil bekerja. Dan Fang juga menyukai telatah budak ini dan ingin menjadikannya anak angkat namun setelah mengetahui bahawa dia adalah anak kandung Yu Hua, Dan Fang mula melayan Gou Zhai dengan teruk. Setelah mengetahui segala kelakuan ibunya dalam usaha menjadikannya tauke baru perniagaan itu, dia agak sukar untuk menerimanya.
Brenda Chiah
Merupakan anak sulung Dan Fang dan seorang wanita yang degil, bercita-cita tinggi, sukar menerima kekalahan dan cemburukan dua lagi adik beradiknya yang baginya sering lebih dimanjakan ibunya. Dia juga bencikan suaminya yang lemah, tidak berguna dan tidak melayannnya dengan baik. Dia juga selalu berpura-pura di hadapan ibunya.
Leslie Chai
Menggunakan nama keluarga ibunya, Shen Siang Hai merupakan bakal pemilik sebenar perniagaan keluarganya. Dia seorang yang bertanggungjawab, pemurah, penyayang, setia dan mudah mesra. Dia bertemu Gou Zhai dalam sebuah acara dan membawanya bekerja bersamanya. Namun dia mati dalam sebuah kebakaran ketika menyelamatkan Gou Zhai.
KYO Chen
Seorang yang berkira, tidak bersyukur, angkuh dan kejam pada abang kandungnya sendiri. Tidak pernah serius menjalankan kerjanya, seorang mata keranjang dan suka membuli orang menggunakan kuasa dan pangkat yan dimilikinya. Dia yang cuba merampas kedudukan abangnya akhirnya mati di pelukan wanita yang dicintainya.
Frederick Lee
Seorang yang bertimbang rasa dan setia. Bermula dengan perasaan kasihan terhadap Yu Hua, akhirnya Chen Gui mula jatuh cinta padanya. Dia akan cuba menutup kisah silamnya dan menjalankan setiap arahan yang diberikan kepadanya.