Namun ia bakal menjadi realiti di The Culture 2019 yang akan diadakan pada 5, 6 dan 7 Julai 2019 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula 11 pagi hingga 10 malam.
Berlangsung di dewan berkeluasan 145m x 40m, 2 kali ganda dari KLCC,menjadikan The Culture 2019, ekspo budaya dan gaya hidup terbesar di Malaysia.
“ Tujuan utama ekspo ini adalah untuk menggabungkan komuniti sub-budaya yang terdapat di Malaysia, di samping menyediakan pentas kepada bakat-bakat tempatan kita, menonjolkan kebolehan mereka,” kata Mohd Faizul bin Isa, kurator The Culture 2019.
“ Ia juga untuk memberi inspirasi kepada orangmuda agar lebih bersifat keusahawanan dengan menjadikan sesuatu yang mereka gemar kepada sesuatu yang menjana pendapatan,”.
Menempatkan lebih daripada 154 vendor seperti fesyen, makanan tempatan dan gaya hidup serta beberapa aktiviti riadah terkini yang digemari oleh orangmuda dan berpotensi menjadi satu kerjaya seperti ‘beatbox’, krew B-boy, pertandingan papan luncur dan 3 lawan 3 bola keranjang.
Ekspo ini mensasarkan 60,000 pengunjung dalam masa 3 hari ianya berlangsung.
Ekspo The Culture 2019 terbahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian dalam dewan utama dan bahagian aktiviti luar.
Bahagian dalam akan menempat pelbagai pilihan fesyen jenama tempatan, gajet terkini dan pertandingan krew B-boy yang akan diadili oleh juri yang sudah menempah nama di persada antarabangsa seperti Wingzero.
Antara yang bakal menjadi tarikan juga adalah ‘Vintage Town’ yang akan mempamerkan 60 vendor yang menarik minat komuniti pasar karat Jalan Raja Bot, Ipoh dan Johor Bahru serta memberi peluang peniaga-peniaga atas talian merasai pengalaman serta menambah kenalan dan pengetahuan bersama komuniti sub-budaya ini.
Bahagian aktiviti luar pula merangkumi pertandingan bola keranjang, pelbagai pilihan makanan tempatan yang berkonsepkan pasar malam dan kawasan papan selaju sementara yang dibuka untuk orang ramai. Di sini, peminat sukan papan selaju boleh menghadiri kelas bersama tenaga pengajar mahir.
Di samping itu, ekspo 3 hari ini bakal digegarkan juga dengan barisan artis tempatan seperti
Bunkface, Gerhana Skacinta, Iamneeta, K-Clique, Hullera, LOKO dan ramai lagi.
Tiket boleh didapati di, www.theculture.my .
TRIVIA THE CULTURE 2019
- Kawasan dewan ekspo The Culture 2019 berkeluasan 145m x 40m.
- 60,000 pengunjung dijangkakan membanjiri The Culture 2019.
- Lebih daripada 400 vendor akan terlibat.
- 60 vendor untuk Vintage Town.
- Lebih 15 artis tempatan bakal membuat persembahan.
- Pada konsert hari Sabtu, keseluruhan persembahan adalah dari artis wanita.