Filem The Conjuring 3 telah diilhamkan oleh kes mahkamah kehidupan sebenar Arne Cheyenne Johnson, yang dikenali sebagai kes pertama undang-undang di A.S. di mana defendan menggunakan “kerasukan syaitan†sebagai pembelaan undang-undang untuk menikam seorang lelaki.
Walaupun filem ini berdasarkan kisah sebenar termasuk teks pada awal dan penghujung cerita dan menyimpulkan kes Johnson, namun terdapat banyak butiran tidak dijelaskan mengenai kes ini.
Apakah Kisah Sebenar Arne Cheyenne Johnson?
Pada 16 Februari 1981, pemilik tanah berusia 40 tahun, Alan Bono ditikam sehingga mati dengan pisau saku 5-inci oleh Arne Cheyenne Johnson yang berusia 19 tahun, setelah mereka berdua bertengkar di bandar kecil Brookfield, Connecticut. Dilaporkan, satu-satunya saksi kepada jenayah ini ialah dua adik perempuan Johnson, dan teman wanitanya.
Johnson ditangkap kerana pembunuhan tahap pertama tetapi mengaku “tidak bersalah†di mahkamah. Walaupun Johnson tidak mengatakan bahawa dia dirasuk, tetapi dia tidak ingat tentang menikam Bono.
Peguamnya meminta pembelaan undang-undang kerana dia telah dirasuki oleh syaitan ketika berlakunya pembunuhan itu. Dia menjadi tajuk utama sebagai defendan pertama untuk menyalahkan syaitan atas jenayahnya.
Pada tahun 1973, filem The Exorcist masih segar dalam ingatan budaya dan kepercayaan kepada syaitan semakin meningkat.
Menurut laporan pada tahun 1981 dari New York Times, teman wanita Johnson, Deborah Glatzel mendakwa bahawa Johnson telah mengambil bahagian dalam pengurisan eksorsisme terhadap adiknya, David.
Tuntutan ini disokong oleh Ed dan Lorraine Warren, yang dihubungi oleh Glatzel untuk membantu David bercakap dalam bahasa roh di Gereja Roman St. Joseph, Brookfield. Namun gereja itu menafikan segala aktiviti melibatkan eksorsisme rasmi.
Lorraine Warren memberitahu Times bahawa dia menyaksikan Arne Cheyenne Johnson memberitahu syaitan itu untuk meninggalkan David dan sebaliknya ambil dirinya.
“Datang kepada saya dan biarkan budak kecil itu,†kata Johnson.
Hakim Mahkamah Tinggi menolak pembelaan undang-undang Johnson atas alasan ia tidak dapat dibuktikan. Johnson telah disabitkan dengan pembunuhan tahap pertama oleh juri dan diberi hukuman 10 hingga 20 tahun. Selepas berkhidmat hampir lima tahun, dia dibebaskan lebih awal kerana tingkah laku yang baik.
Pada tahun 2006, abang David, Carl Glatzel menyaman pasangan Warren, agensi penerbitan William Morris, dan Gerald Brittle iaitu penulis buku “berdasarkan cerita sebenarâ€.
Buku The Devil in Connecticut ditulis oleh Gerald Brittle
Kes itu akhirnya ditolak, tetapi Brittle berkata buku The Devil in Connecticut telah disingkirkan dari cetakan selepas tuntutan mahkamah.
Pada tahun 2007, dia memberitahu The Associated Press bahawa adiknya mengalami sakit mental ketika kecil dan menurut tuntutan itu, ia mengatakan bahawa Warrens “reka cerita palsu mengenai syaitan demi kekayaan dan kemasyuran dengan duit kita.â€
The Conjuring: The Devil Made Me Do It secara teknikalnya berdasarkan cerita yang benar, tetapi mungkin jauh dari gambaran yang tepat tentang sejarah dan peristiwa yang berlaku.
Jika tuduhan Carl Glatzel adalah benar bahawa adiknya menderita dari penyakit mental dan bukan dirasuk syaitan, maka audio eksorsisme yang anda dengar dalam The Conjuring 3 adalah sesuatu yang berbeza.
*Sumber: Wiser