in , ,

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu 

The Coffee Bean & Tea Leaf® melancarkan koleksi barangan baru bekerjasama dengan tokidoki, sebuah jenama ikonik yang dikenali dengan watak-watak yang ceria.

The Coffee Bean & Tea Leaf®, pakar kopi dan teh yang terkemuka di dunia, melancarkan koleksi barangan baharu dengan kerjasama tokidoki, sebuah jenama ikonik yang terkenal dengan watak-watak yang berwarna-warni. Kerjasama sulung antara dua jenama itu akan mempersembahkan empat watak tokidoki – Donutella, Buddy Sip, Sandy, dan B-Dragon.

“Kami sangat teruja untuk membawa koleksi tokidoki yang eksklusif ini ke Malaysia! Komuniti kami yang pelbagai dan dinamik sangat menghargai kreativiti dan pengalaman unik, menjadikan tokidoki benar-benar sepadan dengan kami.

Kami yakin, koleksi ini serasi dengan rakyat Malaysia yang menghargai bukan hanya kopi dan teh yang berkualiti tetapi juga ekspresi diri melalui reka bentuk yang berwarna-warni dan mengujakan,”

– Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.
The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

Ketua Pegawai Pemasaran Global The Coffee Bean & Tea Leaf®, Lisa Ransom berkata, “Kedua-dua jenama ini berkongsi komitmen yang sama terhadap kreativiti dan inovasi, dan kami percaya koleksi ini mencerminkan perkara itu. Kami tidak sabar untuk melihat pelanggan kami menikmati kopi dan teh kesukaan mereka dengan penuh gaya.”

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

Pemilik Bersama dan Artis tokidoki, Simone Legno, berkata, “Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf®. Sejak berpindah ke California 20 tahun yang lalu, saya telah menjadi peminat The Coffee Bean & Tea Leaf ®. Saya menghabiskan banyak masa bekerja dalam suasananya yang positif dan mesra. Saya kerap membeli kopi dalam perjalanan ke pejabat atau semasa waktu makan tengah hari. Saya juga sering menikmati minuman yang direka dengan teliti dan makanan yang sihat sambil mencari idea dan melukis. Kami sangat berbangga untuk menyatukan seni saya dengan sebuah jenama yang inklusif.”

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

Koleksi tokidoki bukan hanya koleksi barangan semata-mata, ia adalah penghayatan terhadap keunikan individu dan kreativiti. Jom kenali koleksi yang menakjubkan ini:

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

tokidoki Dragon

Warna hitam botol air yang unik ini mencipta kontras yang menonjolkan kecantikan seni tokidoki yang berwarna-warni, ditambah lagi dengan kapasiti yang besar (500ml/17oz). Rancakkan gaya hidup anda sambil kekal terhidrat!

Dijual pada RM168.00 setiap unit

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

tokidoki Pins

Tonjolkan keunikan individu anda dengan koleksi pin watak tokidoki kami yang comel-comel belaka! Pilih satu yang paling tepat mewakili anda dan sematkannya pada pakaian atau beg anda untuk sentuhan unik.

Dijual pada RM28.00 setiap unit

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

Pelanggan juga boleh mendapat satu pin percuma dengan menambah nilai kad TCB mereka dengan minimum RM150*. Pin tokidoki akan dilancarkan setiap minggu sementara stok masih ada:

• 23 hingga 29 Januari: Donutella (Kiri Atas)

• 30 Januari hingga 5 Februari: Buddy Sip (Kanan Atas)

• 6 hingga 12 Februari: Sandy (Kiri Bawah)

• 13 hingga 20 Februari: B-Dragon (Kanan Bawah)

Perhatian: Sementara stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat.

The Coffee Bean & Tea Leaf® & tokidoki Perkenal Koleksi Barangan Baharu

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majalah 3 Naskhah Diraja: 5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah di TV3

Malaysia Airlines Perkenal Khidmat Pemindahan Terminal yang Mewah