in , ,

The Chingu Lancar Drama Pendek LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak

Grup Selebriti dan Pempengaruh Media Sosial Terkenal THE CHINGU Berjaya Memecah Tradisi Untuk Menerokai Dunia Lakonan Dengan Melancarkan Sebuah Drama Pendek Berjudul LULUH. Sebuah Drama Yang Bikin Penonton Rasa Sebak & Terus Mahu Pulang Ke Pangkuan Bonda Tercinta Menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dalam suasana kehangatan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh keceriaan tak lama lagi, sebuah kisah filem pendek yang menggetarkan hati telah dilancarkan oleh sebuah grup selebriti dan pempengaruh tempatan yang menggelarkan diri mereka, The Chingu. Mereka terdiri dari 11 orang pempengaruh iaitu MamatGotNoChill, SikeMimi, Sallywho, Aabias, TheLikeYuti, HuzaidHaris, Sabyzrose, MiaAzahar, dan Toqzk.

Drama pendek yang berjudul “LULUH” mengisahkan onak duri luka hati seorang ibu tua yang penuh kesabaran menanti kepulangan anak-anaknya ke pangkuannya di kampung halaman menjelang hari raya.

The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak

Memang betul kata orang, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. 

Dalam penghasilan karya ini, pengarah berpengalaman dan The Chingu telah bersatu tenaga untuk menyampaikan pesanan yang mendalam tentang kasih sayang dan kesetiaan hati seorang ibu. Kisah seorang ibu yang menunggu kepulangan anak-anaknya tidak hanya mengingatkan kita tentang nilai sejati keluarga, tetapi juga mengajak penonton untuk menghargai setiap detik bersama yang diberikan oleh kasih sayang orang tersayang.

Drama pendek LULUH ini menggambarkan betapa pentingnya pengorbanan dan kesetiaan dalam hubungan keluarga, serta memberi penekanan kepada makna sebenar Hari Raya yang selalu berkait rapat dengan persaudaraan dan kekeluargaan. 

Melalui karya ini, penonton dibawa dalam perjalanan emosi yang mendalam, dari rindu yang mendalam hingga kegembiraan yang sukar ditakrifkan apabila keluarga kembali bersama di waktu yang berbahagia.

The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak

Grup selebriti dan pempengaruh yang terlibat dalam penghasilan LULUH tidak hanya meluahkan bakat seni lakonan mereka, tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menghayati makna sebenar hari kemenangan ini. 

Dengan penampilan khas yang memukau dan lakonan yang berkesan dari seorang pelakon veteran, Ku Faridah, drama pendek ini telah berjaya menyentuh hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Budiey turut merasa sebak dan mengalirkan air mata menonton drama pendek ini di sebuah acara premiere yang diadakan di TGV Cinemas The Strand baru-baru ini. Dengan lagu-lagu sayu seperti Salam Terakhir nyanyian Datuk Sudirman melatari momen detik dalam drama ini. 

Kesimpulannya, drama pendek LULUH bukan sekadar sebuah drama pendek sempena Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga satu pengalaman emosi yang mendalam yang mengajak kita semua untuk menghargai kasih sayang dan kehadiran keluarga dalam hidup kita terutama mengenang jasa seorang wanita bergelar ibu. Ia adalah satu karya seni yang membangkitkan perasaan dan memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi lebih menghargai nikmat kebersamaan dalam kehidupan ini.

The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak

Ulasan Filem Pendek LULUH:

Drama pendek “LULUH” adalah satu pencapaian yang membanggakan dalam industri seni tempatan kerana ia dibikin bukannya dari kalangan mereka yang bergelar pelakon. Ada antara ahli The Chingu bekerja sebagai juru solek dan penata rias berpengalaman dalam industri. Jadi, sememangnya usaha mereka untuk menerokai dunia lakonan seharusnya dipuji. 

Sepanjang sesi tontonan, apa yang boleh Budiey katakan, kisah yang disampaikan mampu merungkai emosi penonton dari awal hingga akhir walaupun plotnya agak klise dan mudah dijangka akan pengakhirannya. Dengan setiap adegan yang diolah dengan teliti beserta dengan sinematografi disatukan dengan color grading yang buat penonton terpukau, menjadikan mesej yang ingin disampaikan terus menyentuh hati penonton. 

Lakonan pelakon dalam karya ini memberi dimensi yang berbeza kepada watak-watak yang dimainkan, menjadikan setiap adegan begitu hidup dan bermakna. Walaupun ada di antara pempengaruh ini masih baru dan mentah dalam dunia lakonan dan ada beberapa babak membuatkan penonton ketawa, tapi masih lagi boleh diasah dan diberi peluang. 

Penonton tidak hanya terhibur dengan jalan cerita yang disajikan, tetapi juga dibawa untuk merenung dan menghayati setiap nilai keibuan yang ingin disampaikan. Pengarah berjaya menggambarkan suasana kampung yang sejuk dan damai dengan indahnya, sementara skrip yang disusun dengan baik menjadikan dialog-dialog antara watak-watak semakin bersahaja dan bermakna.

Selain itu, penyampaian muzik dan bunyi juga memberikan kesan yang mendalam kepada penonton, menjadikan suasana drama lebih terasa realistik dan menyentuh hati. Melalui LULUH, penonton diajak untuk merenungkan makna sebenar hari raya, serta menghargai kasih sayang dan kehadiran keluarga dalam kehidupan masing-masing.

Secara keseluruhan, LULUH adalah sebuah karya seni yang patut ditonton oleh semua peminat drama. Budiey percaya, menjelang hari raya ini pasti banyak sekali drama pendek hari raya akan disiarkan di Youtube. Sudah tentu kehadiran drama ini memeriahkan lagi sambutan hari raya ini. 

Ia tidak hanya membuat hati rasa sebak, tetapi juga memberi pengajaran yang berharga kepada penonton. Diharapkan karya-karya seni seumpama ini akan terus dihasilkan untuk menginspirasi dan membangkitkan semangat kebersamaan dalam masyarakat kita.

Sekali lagi, Budiey nak ucapkan tahniah buat The Chingu di atas penghasilan drama pendek ini.

The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak
The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak
The Chingu Lancar Drama Pendek Berjudul LULUH Berjaya Bikin Penonton Sebak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NINOT

Hikayat Fandom, Disokong Oleh Think City Bagi Memperkasa Tukang Cerita

JOE FLIZZOW SWAG

Joe Flizzow Kembali Dengan BERLIAN Bersama Gard, Siap Semua Dalam Sehari