in ,

THE BUTTERFLY EFFECT

Kita tidak boleh mengubah takdir kita. Jika kita cuba merubah salah satu kejadian pada masa lalu bererti kita cuba merubah semua yang terjadi mahupun orang-orang di sekeliling kita baik masa lalu maupun masa sekarang.

Mengangkat kisah ketentuan takdir, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem lakonan mantap aktor Ashton Kutcher, Melora Walters, Amy Smart, Elden Henson dan William Lee Scottdalam sebuah filem bertajuk THE BUTTERFLY EFFECT yang disiarkan pada 17 Julai ini, pukul 9.30 malam di TV2.

THE BUTTERFLY EFFECT

Ketentuan Takdir Dalam Filem THE BUTTERFLY EFFECT di TV2 

Namun ternyata penyakit tersebut membuat ibu Evan menjadi bimbang. Dia takut Evan juga akan ditimpa malang seperti ayahnya yang dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Evan menyedari kehilangan ayahnya selama ini kerana telah disahkan menghidap sakit jiwa. Ibu Evan kemudiannya memutuskan menghantar anaknya itu berjumpa pakar psikiatri.

Ibu Evan penuh berpengharapan agar anaknya dapat disembuhkan dan tidak mengikut jejak ayahnya. Pakar psikiatri tersebut menasihati Evan agar menulis segala kegiatan yang dilakukan setiap hari dalam sebuah diari dengan harapan Evan akan tidak lupa dengan semua kejadian yang berlaku setiap hari.

THE BUTTERFLY EFFECT

Tujuh tahun telah berlalu dan Evan telah melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. Penyakit memori jangka pendeknya juga sudah sembuh secara perlahan-lahan. Hingga kemudian Evan membuka kembali buku diari miliknya. Dia pun mula mengingati masa lalu yang telah dilaluinya. Hingga kemudiannya Evan sampai di muka surat kosong di buku diari tersebut.

Evan pun mula mengingati tentang kenangan apa yang dialami tetapi tidak ditulis dalam buku diari tersebut. Disebabkan payah untuk mengingat akhirnya Evan memutuskan untuk kembali ke tempat masa kecilnya dulu. Di sana dia pun menemui sahabat-sahabat lamanya.

Di sanalah dia kemudian mengingat kenangan yang ia alami ketika masih kecil dan ia biarkan kosong di buku diarinya. Ternyata kenangan tersebut adalah kenangan pahit. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Ada Sebab Mahu Berlumba dalam Toyota Gazoo Racing Malaysia

Mak Cun’s Adventure Catat 250,000 Muat Turun