Asian Hour Slot: Best of TVB : The Brink of Law
Tarikh Siaran: 2 April 2009 – 6 May 2009
Hari / Masa: Isnin – Jumaat, 7.00pm – 8.00pm
Dibintangi oleh: Steven Ma, Ron Ng, Ngok Wah, Bernice Liu & Michelle Yim
Best of TVB sekali lagi membawakan anda sebuah lagi drama bersiri popular dari Hong Kong The Brink of Law yang akan disiarkan di Asian Hour Slot di 8TV! The Brink of Law akan memulakan siaran pada 2 April 2009 jam 7.00 malam!
Drama ini dibintangi oleh bintang-bintang terkenal Hong Kong antaranya Steven Ma, Ron Ng, Ngok Wah, Bernice Liu and Michelle Yim.
“Sebuah lagi drama TVB hebat akan menemani hari-hari anda! The Brink of Law yang penuh dengan drama dan konflik yang mendebarkan ini pastinya membuat anda tidak mahu terlepas menonton drama ini!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Tong Chi-Ko (Steven Ma) merupakan seorang peguam yang terkenal dan selalu menjadi kebanggaan bapanya. Impian bapa Chi-Ko ialah ingin melihat anaknya menjadi seorang ketua peguam yang dihormati di Hong Kong namun tabiat bapanya yang suka berjudi menyebabkan ibu dan adiknya sentiasa dibebani hutang.
Sewaktu menyaksikan perlumbaan kuda, Chi-ko bertemu dengan Tung Yat-Tsun yang merupakan seorang doktor haiwan yang juga anak saudara kepada Tung Chin-Long iaitu pemilik syarikat korporat terkenal yang kaya raya. Bermula dari hari itu, mereka menjadi sahabat baik. Tanpa pengetahuan Tsun, bapa saudaranya menjalankan kegiatan perlumbaan kuda secara haram.
Ibu saudaranya Sung Gam-Chi (Michelle Yim) pula seorang yang cukup mementingkan keluarga lebih-lebih lagi keselamatan anak sulungnya Tung Yat-Long. Anak bongsunya pula Tung Yat-Chiu (Vin Choi) merupakan seorang yang bermasalah.
Suatu hari bapa Chi-Ko mati bunuh diri kerana menyangkakan anak dan isterinya meninggalkan beliau kerana masalah ketagihan judi dan tidak sanggup menanggung beban hutang. Pada hari kematian bapanya, Chi-Ko berjaya menjadi ketua peguam seperti yang diimpikan bapanya.
Malang bagi Chi-Ko kerana beliau telah diperangkap oleh Yat-Chiu dan telah ditangkap kerana memiliki dadah. Chi-Ko telah kehilangan pekerjaan dan lesen peguam beliau telah digantung. Namun nasib masih menyebelahi Chi-Ko apabila beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai penasihat undang-undang untuk Nicholas (sebuah perniagaan fesyen milik Tung Chin-Long) dengan bantuan Yat-Tsun.
Suatu hari Tsun ternampak ibunya datang ke Nicholas untuk bertemu dengan Tung Chin-Long. Ibunya meninggalkan Tsun sebaik sahaja beliau dilahirkan dan beliau sendiri tidak pasti mengapa ibunya tergamak melakukan perkara sedemikian.
Beliau akhirnya mengetahui tujuan sebenar ibunya bertemu dengan Chin-Long iaitu ingin meminjam wang untuk membantu perniagaan suami barunya yang mengalami masalah. Tsun terdengar perbualan mereka dan terperanjat kerapa mendapat tahu ibunya telah dirogol oleh Chin-Long ketika beliau mabuk dan Tsun sebenarnya merupakan anak kandung Chin-Long.
Apabila bapa Tsun (Tung Chin-Pang) mendengar berita ini, beliau bersemuka dengan Chin-Long dan satu pergaduhan kecil berlaku yang menyebabkan bapa Tsun mati kerana diserang sakit jantung.
Gam-Chi (ibu saudara Tsun) pula menyangkakan Tsun ingin membolot harta suaminya dan telah mengarahkan seorang pembunuh upahan untuk membunuh Tsun.
Chi-Ko pula telah diarahkan oleh Madam Wong untuk mehyiasat perniagaan Gam-Chi dan Chin-Long yang banyak mempergunakan wang syarikat untuk kegiatan haram.
Pasti anda tidak sabar untuk mengetahui kesudahan drama yang cukup mendebarkan ini. Jangan lupa untuk menonton The Brink of Law setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 April 2009 jam 7.00 malam hanya di 8TV! Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro.
Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!