in

The Biggest Game Show DEAL OR NO DEAL ntv7

GAME SHOW TERBESAR DI TV KEMBALI!

Musim kedua DEAL OR NO DEAL versi Bahasa Inggeris kembali beraksi ke ntv7

Selepas mendapat sambutan meledak dari penonton Malaysia, game show yang paling hangat diperkatakan di seluruh dunia, Deal or No Deal versi Bahasa Inggeris, kini kembali dengan musim kedua setiap Sabtu bermula esok, 1 November jam 8:30 malam di Saluran Ceria Anda.

Musim kedua Deal or No Deal mempunyai 52 episod secara keseluruhannya. Selepas enam bulan – 26 episod – versi Mandarin yang disiarkan bermula Mei 2008, penonton akan disajikan dengan 26 episod versi Bahasa Inggeris pula.

Para peserta dari pelbagai latar belakang kehidupan akan bertarung setiap hari bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dalam pertandingan bertenaga yang menguji keberanian, naluri dan gerak hati. Game show antarabangsa yang begitu mengujakan ini  bukan sahaja menguji kekuatan mental para peserta tetapi juga pengetahuan am mereka.
Dalam setiap episod, enam orang peserta bersaing untuk menjawab soalan-soalan pengetahuan am dan hanya seorang akan berjaya ke pusingan yang seterusnya. Peserta akan disajikan 26 beg berkunci yang mengandungi jumlah tunai berbeza-beza – daripada 10 sen sehinggalah hadiah utama berjumlah RM100,000. Tanpa mengetahui amaun dalam beg tersebut, peserta mesti mengatur langkah sama ada untuk menyimpan… atau membuat perjanjian.

Beg yang dipilih tetap berkunci dan peserta harus membuka beg-beg yang lain satu per satu – menyediakan lebih petunjuk kepada amaun dalam beg berkunci yand dipilih peserta pada awal permainan. Di waktu rehat yang ditentukan, Banker akan membuat tawaran untuk amaun dalam beg berkunci pilihan peserta. Adakah peserta memilih untuk membuat perjanjian, atau meneruskan permainan? Tawaran Banker mungkin meningkat… atau jatuh mendadak, bergantung kepada beg  yang dibuka.

Musim terbaru ini sekali lagi mengetengahkan pengacara yang amat dikenali melalui suaranya yang dalam di corong radio – Aanont Wathanasin, atau lebih dikenali sebagai Non. Sifatnya yang bijak memerhati dan peramah, mampu mengimbangi suasana bertarung yang begitu tegang apalagi melibatkan sejumlah wang yang banyak. Ini membuatkan dia calon yang sesuai untuk mengacarakan siri yang penuh ketegangan ini, yang mana apa-apa sahaja boleh berlaku. 26 gadis yang memegang beg berkunci serta nasib para peserta pula terdiri daripada model serta ratu cantik yang sering muncul di kaca tv, papan iklan serta pentas fesyen.

Game show antarabangsa ini turut memuatkan episod khas yang melibatkan selebriti dan Eligible Bachelor serta episod istimewa hari Krismas,Tahun Baru, dan Tahun Baru Cina. Penonton berpeluang melihat personaliti tv, radio dan filem kegemaran mereka dengan penuh semangat, berjuang dan menggelabah untuk memilih beg berkunci yang terbaik. Antara peserta selebriti yang pernah memenangi jumlah besar di program ini ialah Sheleena dari FlyFM yang meraih kemenangan RM50,100 dan Jonathan Putra yang berjaya memenangi RM78,500. Musim ini, penonton akan berpeluang menonton Phat Fabes, Reshmonu dan Joanna Bessey beraksi dalam permainan ini.

Program ini memang telah mengubah kehidupan peserta serta penontonnya. Beberapa badan kebajikan telah mendapat manfaat daripada kemenangan peserta yang bermurah hati. Seorang peserta dalam edisi Mandarin yang telah memenangi RM50,000 – Qiu Mei Ping – mendermakan kemenangannya kepada Multi Mutual Charity Association (MMCA). Wartawan Hwa Yue Hi juga turut mendermakan hasil kemenangannya, RM26,000, ke Asia Community Service – sebuah pusat untuk insan terencat akal di Penang.

Katanya secara bersenda, ”Lupakan sahaja sports ekstrem: peminat aksi adrenalin tinggi hanya perlu mendengar suara Non menyebut: ’Deal or No Deal?’ (’Buat perjanjian atau tidak’) sambil di hujani imej jumlah wang yang besar di depan mata.”

Pada 2hb Mac 2008, Tim Shim yang berumur 29 tahun mencatat sejarah sebagai peserta pertama di Malaysia untuk meraih hadiah utama sebanyak RM100,000! Pengarah fotografi ini menyatakan rancangan ini mempunyai daya tarikan universal.

”Dua antara sebabnya ialah hadiah wang tunai dan kehadiran wanita jelita. Apa pula yang tak disukai dengan adanya kedua-dua faktor ini? Selain itu, format rancangan pula membabitkan penglibatan yang dalam bukan sahaja daripada peserta tetapi juga penonton. Tahniah kepada ntv7 kerana membawa rancangan ini ke Malaysia dan Endemol kerana mencipta Deal or No Deal.”

Penonton di rumah turut boleh menyertai program interaktif ini, yang memberi peluang kepada mereka “merasa” kehangatan program ini dan memenangi wang tunai. Mereka hanya perlu menghantar SMS DDE ke nombor 37898 dan menjawab satu soalan pengetahuan am. Penonton di rumah yang  memberi jawapan yang betul akan berpeluang memilih satu daripada tiga beg berkunci yang ditayangkan di skrin. Jika terpilih beg yang betul, pemenang akan meraih wang tunai sebanyak RM1,000. Kos untuk menyertai satu pusingan permainan ini ialah RM4. Talian hayat permainan ini ialah 03-77102881 (Isnin ke Jumaat, 10:00 pagi ke 5:00 petang). Pertandingan SMS ini dibuka setiap Sabtu, 8.30 malam hingga Khamis, 6.00 petang.

“Kami telah menikmati rating yang amat memberangsangkan serta ulasan positif untuk kedua-dua musim Edisi Mandarin dan musim pertama versi Bahasa Inggeris Deal or No Deal. Kami gembira program ini berjaya menghibur serta menambah pengetahuan penonton, terutamanya dalam memberi peluang kepada peserta dengan penonton sekali peluang untuk memenangi hadiah wang tunai,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi ntv7.

Beliau turut menambah, “Musim ini akan lebih hebat, dengan lebih banyak kemenangan penuh emosi dan keseronokan yang menghiburkan seluruh keluarga. Musim pertama versi Bahasa Inggeris rancangan ini telah berjaya meraih 600,000 penonton  berumur 4 tahun ke atas. Musim kedua Edisi Mandarin pula telah mencatat rating 700,000 penonton Cina berumur empat tahun ke atas.”

“Deal or No Deal” adalah program hit di 55 negara serata dunia, termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, German, Italy, Mexico, Sweden, Thailand dan India. Ia merupakan program nombor satu pada waktu perdana di Amerika dan satu kejayaan besar di saluran NBC. ntv7 adalah negara ke-50 yang menayangkan program ini, selepas Hong Kong menayangkannya Oktober lalu. Kami telah memperoleh kejayaaan yang besar dengan musim pertama. Penonton akan dapat perhatikan bahawa musim kedua ini lebih ceria dan segar dengan lebih drama, bab lucu dan emosi,” kata Edward Sharples, Pengarah Urusan Endemol South East Asia.

“Pengacara kami akan turut disertai 26 model jelita – 18 daripada mereka ialah wajah baru – untuk menolong beliau. Kali ini akan memperlihatkan lebih banyak interaksi antara model dan peserta kerana model akan turut berinteraksi dengan peserta. Penonton juga akan dikejutkan dengan  beberapa model jemputan. Semuanya amat menarik!”

26 model jelita dengan 26 beg berkunci berisi sejumlah wang, dengan satu soalan magis – Deal or No Deal?  Jangan lupa menyaksikan ‘Deal or No Deal’ di ntv7 setiap Sabtu, jam 8:30 malam bermula 1hb November 2008.

“Deal or No Deal” diterbitkan bersama dengan Juita Viden Sdn Bhd. Faber-Castell Malaysia merupakan penaja bersama. Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Deal or No Deal’, sila layari www.ntv7.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert Khadijah Ibrahim at Dewan Filharmonik PETRONAS

Majlis Wedding Pernikahan Rusdi Ramli dan Sharon Paul