Pelanggan Hotlink boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ‘EDsperience’ dan Sheerio Quiz Day untuk peluang memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani oleh Ed dan hadiah-hadiah menarik. Hotlink RED App dengan secara automatik memberikan pelanggan akses kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun dan pengalaman yang unik.
Konsert Ed Sheeran yang dinanti-nantikan, yang dibawa oleh Hotlink, bakal bermula dalam masa beberapa jam, dan para peminat telah beratur sejak awal pagi ini di Pusat Konvensyen KL untuk menyaksikan satu konsert yang epik! Selepas pengalaman hari ini, peminat yang masih lagi teruja dengan konsert pertama Ed Sheeran di Malaysia boleh mengenang kembali pengalaman mereka dengan mengambil bahagian dalam dua pertandingan Hotlink untuk peluang memenangi barangan eksklusif Ed Sheeran.
PEMINAT ED SHEERAN PENUH SEMANGAT DI KONSERT, BARANGAN EKSKLUSIF UNTUK DIMENANGI DARI HOTLINK
Pelanggan Hotlink boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ‘EDsperience’, yang bermula hari ini sehingga 22 Mac, dan juga Sheerio Quiz Day, yang akan berlangsung pada 25 Mac.
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ‘EDsperience’, pelanggan hanya perlu:
1. Rakam video selama 15 saat dimana mereka berkongsikan memori atau pengalaman kegemaran mereka di konsert
2. Muat naik video tersebut ke Instagram dengan hashtag #EdEverywhere #Hotlink #AlwaysON
3. Penyertaan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Pelanggan perlu memastikan tetapan privasi mereka ditetapkan ke ‘public’ untuk membolehkan penyertaan mereka diulaskan
4. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan
5. Diantara hadiah yang bakal dimenangi bagi peraduan ini termasuk 1 gitar dan 5 album eksklusif yang ditandatangani oleh Ed
6. Tempoh peraduan adalah dari 16 hingga 22 Mac 2015
Para pelanggan juga boleh mempamerkan pengetahuan mereka mengenai Ed dengan mengambil bahagian dalam Sheerio Quiz Day. Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk peraduan ini bermula dari 17 Mac hingga 24 Mac, dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:
1. Muat turun Hotlink RED App pada peranti Android atau Apple (www.hotlink.com.my/r) dan mengesahkan nombor telefon
2. Pergi ke “FEEDBACKâ€, klik “LIVE.LIFE.LOUDâ€, dan dibawah “MESSAGEâ€, taip “ED SHEERAN QUIZ DAYâ€
3. Pada 25 Mac, pelanggan hanya perlu menunggu pemberitahuan untuk menyertai kuiz melalui Hotlink RED App
4. Antara hadiah-hadiah untuk dimenangi melalui peraduan ini termasuk kemeja-T eksklusif Ed Sheeran, set tampal (patch set) & poster.
Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis berkata:
“Pengalaman #LiveLifeLoud dari Hotlink bukan sahaja dihadkan ke acara-acara epik, tetapi ia adalah satu pengalaman yang berterusan untuk para pelanggan kami dan peminat. Selepas konsert ini, kami akan terus membawa keseronokan dengan memperkenalkan pelbagai lagi peraduan, dimana pelanggan boleh memenangi barangan eksklusif Ed Sheeran. Ini hanya sebahagian daripada pengalaman yang para pelanggan boleh nikmati daripada Hotlink, dan kami akan terus menawarkan mereka yang terbaik dalam muzik dan hiburan pada tahun 2015!”
Beberapa peminat setia Ed telah beratur di tempat konsert selama beberapa jam, untuk menyaksikan penyanyi-penulis lagu itu secara peribadi. Walau bagaimanapun, Nur Amira Mansor, 23, dari Shah Alam, lebih hebat dari yang lain apabila beliau menjadi orang yang pertama untuk beratur, dan telah menunggu di Pusat Konvensyen KL sejak jam 6.30 pagi pada hari Ahad, 15 Mac. “Saya membeli tiket konsert saya hanya 47 saat selepas tiket mula dijual. Serius! Saya mempunyai bukti! Saya benar-benar peminat setia!†katanya.
Kirthana Kuhendaran, 18, tiba di tempat konsert pada jam 8.30 pagi hari ini, dan berkongsi bahawa beliau adalah salah satu peminat Ed yang paling setia. “Saya suka Ed Sheeran! Saya telah menghafal setiap satu daripada lagu-lagunya. Saya juga salah satu daripada orang pertama yang membeli tiket konsert beliau secara online.â€
Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play bagi pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS. Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan ED Everywhere!, sila layari www.hotlink.com.my