Ni betul-betul dinamakan paparazzi. Huhu… taklah. Budiey ni bukan paparazzi atau tukang kejar artis atau tukang nak menyibuk pasal artis. Tapi kejadian terserempak dengan Awal Ashaari pada petang tadi memang satu kebetulan pun. Bukan dirancang oleh Budiey atau jauh sekali oleh pelakon drama Impak Maksima The Series yang tengah hot di TV3 nih.
Uik! Rasanya semalam antara hari yang paling sibuk sebab terpaksa cover banyak sangat assignment. Banyak sangat event yang diadakan semalam sebenarnya. Ingat memang satu kerja yang meletihkan tetapi sangat-sangat menyeronokkan!
Bermula jam 10 pagi, Budiey terpaksa pergi Press Screening Filem 27 Dresses di Mid Valley, kemudian terus tumpang kereta rakan sekerja, Ayu (penulis gua.com.my) ke Pelancaran Album Rabbani yang berkolaborasi bersama Mawi dan Amy Search di Restoran Seri Melayu pada jam 2.30 petang. Dalam pada masa yang sama ada Pelancaran Album Mila; Juara AF5 di Cineleisure di mana Budiey tidak dapat hadir. Juga event Fashion Show Reeboks di Pavillion juga terpaksa dibatalkan sebab memang tak cukup masa. Selepas pelancaran album Rabbani, langsung ke Hotel Grand Millennium dengan Anis (pengarang baru Jomstar.com dan kameraman Daniel) untuk jumpa Ning Baizura. Habis sahaja sesi bersama Ning, Budiey lepak-lepak pula dengan penyampai Hot FM di Red Box. Huhu, antara hari paling pack dalam sejarah sehingga tidak sempat untuk membaca komen korang di sini.
Ceritanya macam nih. Habis selesai sahaja event pelancaran album Inggeris terbaru Ning Baizura di Pulse, Hotel Grand Millennium, Budiey terus bergegas pula ke Pavillion untuk join Party Media Nite bersama penyampai Hot FM & Fly FM di Red Box. Nak jadikan cerita, Budiey memang tak tahu kat mana dan di lantai mana tempat Red Box tu. Maklumlah tak pernah berkaraoke pun dan tak suka berkaraoke sebab tak pandai menyanyi. Jadi, langsung Budiey ke kaunter pertanyaan. Masa nak bertanya tu, Budiey tak toleh kiri kanan, terus tanya, “Selamat petang, tumpang tanya, Red Box kat tingkat mana ek?”
Lepas tu, belum sempat receptionist tu jawab, tiba-tiba je ada mamat sebelah ni terus ringan mulut jawab. “Ha, Red Box kat tingkat dua, bang.” Sambil mamat ni tersengih macam kerang busuk, dia ketawa berdekah-dekah.
Ceh! Macam pernah dengar suara tu kan. Huhu… tengok sebelah kanan… rupanya si Awal Ashaari!
Terus je la, terkejut. Ingat ke Awal pun nak join kitorang berkaraoke kat Red Box. Rupanya tak, katanya dia shopping untuk mak dan adik dia… Wah! Banyak siot si Awal ni shopping. Penuh paper bag kat tangan dia. Lepas tu, suruh si Awal ni tunjuk satu-satu apa dia beli. Ye la, mungkin tengah penuh poket terima habuan dari produksi atau cek dah clear kot. Huhu… teruslah Awal cakap yang Budiey ni penyibuk! Lantaklah Awal, peduli apa aku!
Rupanya, si awal ni memang budak baik la juga sebab tak lupa nak beli hadiah kat ibu dan adik dia. Sejuk perut mak Awal mengandung. Bertuahlah kan mak Awal. Lagi bertuah kalau sape-sape dapat jadi mak menantu dia. Hehe! Belek punya belek, apa yang Awal beli kat Mak dia… beg tangan tu!Â
Borak seminit dua dengan Awal, Budiey terus ke lantai 2, tempat Red Box. Kat sana sedang menunggu penyampai Hot FM seperti Aleya, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Tini dan ramai lagi laa… diorang sedang melalak berkaraoke dah pun. Okaylah, nanti Budiey cerita party Red Box Media Nite Hot FM ni di entri seterusnya. Caw Cin Cawww…