in , ,

Terokai Tawaran Perjalanan Hebat dengan Jualan Kilat Flyday AirAsia MOVE!

Adakah anda ingin memenangi percutian PERCUMA ke Langkawi? Sertai cabaran media sosial AirAsia MOVE dan berpeluang memenangi 1 tiket penerbangan pergi balik* dari Kuala Lumpur ke Langkawi! 

Percutian impian anda kini hanya dengan beberapa  klik sahaja dengan Jualan Kilat 72-Jam Flyday eksklusif AirAsia MOVE! Bermula  dari 27 hingga 29 September 2024, nikmati hadiah penerbangan PERCUMA dan diskaun luar biasa untuk penerbangan, hotel, aktiviti sampingan serta gaya hidup , semuanya untuk percutian akhir tahun anda yang akan datang. Jangan lepaskan peluang masa terhad ini untuk menerokai destinasi menarik pada harga yang luar biasa!

Berikut adalah faedah yang menanti anda:

Terbang ke destinasi menarik seperti Sihanoukville, Ho Chi Minh City, Beijing, Melbourne dan banyak lagi dengan tambang serendah RM229 untuk perjalanan sehala termasuk semua*. Buat tempahan sekarang sehingga 29 September 2024, untuk tempoh perjalanan antara 4 Oktober dan 8 Disember 2024. Klik ikon “Flights” untuk mencari destinasi kegemaran anda dan bersiap sedia untuk bercuti. Tempah segera dan dapatkan tempat duduk anda!

Terokai Tawaran Perjalanan Hebat dengan Jualan Kilat Flyday AirAsia MOVE!

Selain itu, pengguna aplikasi AirAsia MOVE juga boleh menikmati POTONGAN RM60* untuk tempahan hotel di seluruh dunia semasa tempoh promosi dengan menggunakan kod promo MOVEFLYDAY, setelah membuat perbelanjaan minimum bernilai RM400. Untuk memilih hotel anda, hanya klik pada ikon “Hotel”, pilih bandar dan tarikh penginapan pilihan anda.

Suka membeli-belah semasa melancong? Anda boleh menikmati DISKAUN 15%* untuk tambahan bagasi 20 – 60 kg apabila menempah penerbangan anda semasa jualan sebagai bonus tambahan! Ia sesuai untuk mereka yang ingin membawa pulang barang-barang tambahan dan cenderahati ke rumah.

Terokai Tawaran Perjalanan Hebat dengan Jualan Kilat Flyday AirAsia MOVE!

Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak faedah untuk pengguna AirAsia MOVE! Sepanjang kempen, pengguna boleh menikmati POTONGAN RM5 tambahan* untuk penerbangan AirAsia dan pembelian bebas cukai apabila mendaftar keluar dengan dompet BigPay mereka yang dipautkan ke aplikasi AirAsia MOVE. Selain itu, peroleh 500 mata AirAsia tambahan* untuk perbelanjaan anda! Tertakluk kepada terma dan syarat . Gunakan mata ini untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, perjalanan dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami

Nantikan jualan kilat yang lebih menarik setiap bulan kerana AirAsia MOVE akan membawakan anda tawaran nilai untuk wang terbaik bagi penerbangan, hotel dan banyak lagi!

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Lihat halaman media sosial AirAsia MOVE untuk butiran lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Politik & Konspirasi Siri ‘Designated Survivor’ Kini Ditayangkan di TV2