in , ,

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia di Saluran Youtube MPO TV!

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO), dengan kerjasama Persatuan Komposer Kolektif Malaysia (atau Malaysian Composers Collective – MCC) mempersembahkan konsert maya yang menampilkan karya kontemporari komposer-komposer tempatan bertemakan MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Chamber Concert. Konsert ini akan dipersembahkan dalam tiga bahagian iaitu pada 5 November 2021, 12 November 2021 dan 19 November 2021 di saluran YouTube MPO, MPO TV.

Konsert ini adalah usaha berterusan MPO untuk memberi penghargaan terhadap karya-karya komposer tempatan dari pelbagai latar belakang muzik. MPO menyediakan platform ini supaya karya-karya komposer Malaysia dapat ditampilkan di pentas yang berprestij dan memupuk bakat mereka untuk terus berkembang dan bersinar.

Bahagian 1 akan mempersembahkan karya Edge of Lunacy ciptaan Jessica Cho (menceritakan situasi emosi seseorang yang sedang beransur-ansur menjadi kurang siuman), Frizzy Crystals dari Tai Yun Ming (karya yang menggambarkan bentuk tekstur awan ais yang seakan-akan kristal) dan Nunuk Ragang dari Rayner Naili (diilhamkan oleh legenda pokok beringin merah yang melindungi penempatan pertama di Sabah). 

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia di Saluran Youtube MPO TV!

Persembahan ini diteruskan dengan bahagian 2 yang menyajikan karya Hymn of the Remnants dari Caeleb Tee (menggambarkan kelompok manusia memuji keindahan bumi), Tanjak – Mahkota Alam dari Raja Alif (sebuah bentuk seni visual dan interpretasi beliau terhadap tanjak tradisional Melayu) dan Threadsafe dari Samuel Cho (diilhamkan oleh konsep pengaturcaraan komputer tentang keselamatan).

Bahagian terakhir persembahan ini akan menampilkan karya Addiction to Perfection dari Ilysia Tan (dihasilkan untuk memantau persepsi umum fizikal dan sosial), Fragments I dari Ainolnaim Azizol (karya yang dicipta untuk pertandingan Asian Composers League Young Composers 2014 di Jepun) dan Dance of the Wind and Sea dari Vivian Chua (karya gabungan irama Malaysia dan melodi harmoni dari barat).

Penasihat Artistik untuk konsert ini ialah Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga. Selain menjanjikan pelbagai lagu yang menarik, setiap karya yang akan dipersembahkan akan disertakan dengan komentari video dari setiap komposer.

Konsert ini merupakan usaha kolaborasi kedua MPO bersama MCC pada tahun ini. Kolaborasi yang pertama adalah untuk koleksi audio digital MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Vol.1 pada bulan Mei. 

Ditubuhkan pada tahun 2007, MCC telah menjadi peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer – komposer tempatan di dalam dan luar Malaysia. Komposer MCC telah mewakili Malaysia di Young Composers Competition dan Asian Composers League Festival. MCC juga telah melancarkan pelbagai inisiatif, antaranya Young Composers Workshop dengan kerjasama bank HSBC (2008) dan KL Contemporary Music Festival (2009) bersama Goethe Institut.

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO: www.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram: malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sony Pictures Dedah Poster Rasmi Pertama Filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Celcom Capai Kejayaan Dalam Panggilan Ujian Teknologi VONR 5G Pertama Di Malaysia