Bagi yang pernah mencuba lobster roll ini, mesti anda masih dapat membayangkan kelazatan isi lobster yang ‘fresh’ dimakan bersama chili flakes dan sos cili.
Terbaharu, cawangan Luke’s Lobster di Shinsaibashi, Osaka telah tutup operasi secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu telah dikongsikan pengguna Facebook Mar Lia. Pastinya para peminat Luke’s Lobster akan berasa sedih dengan perkhabaran ini terutama sekali rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, cawangan Luke’s Lobster di Shibuya Stream juga akan ditutup pada 30 November 2020. Pihak Luke’s Lobster meminta anda yang berada berdekatan untuk memberikan sokongan sehingga hari terakhir dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan.
Penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada banyak industri dan juga ‘membunuh’ perniagaan termasuk syarikat besar. Diharap, cawangan Luke’s Lobster yang lain tidak akan ditutup.