Baru-baru ini, Hidayah berkongsikan dia membawa anak tunggalnya, Hamzah ke Gunung Jerai, Kedah untuk ikhtiar berubat.
Difahamkan, Hidayah bersama anaknya itu ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai serta berharap segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.
“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,”
– Hidayah
Terdahulu, menerusi satu video Hidayah yang kelihatan sugul memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak Abam meninggal dunia.