in ,

Terjawab, Ini Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Sokong Israel di TikTok

Seorang penjawat awam yang tular dalam rakaman TikTok kerana menyokong Israel rupanya didapati positif dadah morfin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk direkodkan keterangan selepas menerima laporan berhubung rakaman video yang dimuatnaik suspek di aplikasi terbabit yang menyatakan sokongan terhadap Israel sekali gus menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

“Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

“Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988,” katanya.

Baru-baru ini tular rakaman Tiktok berdurasi 59 saat oleh individu itu menggunakan nama @Pahlawan90 yang menyatakan sokongan kepada Israel sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

TIKTOK

Video Lelaki Sokong Israel Tular

Tatkala Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin yang dizalimi oleh Israel, seorang lelaki yang dipercayai penjawat awam memuat naik video dengan mengatakan dirinya menyokong Israel, mengundang kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan, lelaki yang menggunakan nama Pahlawan90 di Tik Tok secara terbuka dan jelas mengatakan dirinya menyokong Israel kerana suka pada kezaliman yang ditonjolkan puak zionis berkenaan.

“Bersama Israel! Hidup Israel! Tahu tak kenapa (aku) sokong Isr4el? Sebab memang aku suka Isr4el. Isr4el punya j4hat, aku suka.

“Dia punya j4hat, dia punya pember0ntakan aku suka. Aku tak suka tamadun, aku suka pec4hkan ketamadunan, suka pec4hkan sifat keperim4nusiaan. Jadi kej4m, aku suka.

“Yesss aku suka hidup dengan suasana yang kej4m, aku suka wujudkan peper4ngan sebab itu aku suka Isr4el. Kan? Ramai lagi yang suka Isr4el. Angkat tangan sikit siapa suka Isr4el. Yay kita geng! Hidup Isr4el! Betul tak?

“Buat apa hidup baik-baik? Kita berper4ng, aku suka. Jangan cakap dengan Islam, jangan cakap dengan Y4hudi, jangan cakap dengan agama lain. Dengan Isr4el sendiri pun aku suka berg4duh. Yes, itulah sifat aku. Aku suka berg4duh dengan Isr4el.

“Aku suka berg4duh, aku tak suka hidup secara aman. Aku tak suka, aku tak suka ketenangan. Aku suka peper4ngan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Langgar SOP Kali Ketiga, Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas Penjarakan Neelofa

Wanita Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat 4 Pusat Beli Belah One Utama