Adi Putra yang membawa watak utama dalam Mat Kilau berkata dia reda dan tidak mempersoalkan mengenai keputusan tersebut.
“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat,”
“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya.
Dalam pada itu, Adi berkata dia tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.
“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.
“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.
“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” katanya.
Untuk rekod, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya memecahkan rekod apabila menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan berjaya mengutip hampir RM100 juta.