Setelah menerima kecaman, ugutan, fitnah dan body shaming, Wani Comel mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Berkongsi mengenai perkara berkenaan di Instagram miliknya, Wani berkata pihaknya juga sudah dapat mengesan individu yang menggunakan akaun Instagram palsu dan semua maklumat diserahkan kepada pihak polis.
“Selesai report polis terhadap mereka yang tak henti-henti ganggu hidup saya dan keluarga saya.
“Saya juga perlu kehidupan. Saya tak ganggu sesiapa pun tapi kenapa semua diluar sana tak habis-habis ganggu saya,†luah Wani.
– Wani Comel
Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan apabila terdapat juga kecaman yang telah membabitkan keluarga serta arwah ayahnya.
“Kecam saya dan ahli keluarga saya hingga ke arwah ayah saya. Dan ada yg samakan saya dengan muka pembunuh. Apa dosa saya pada awak semua? Adakah saya tak berhak utk hidup seperti mana orang lain?
“Kenapa masih tak sudah-sudah memburukkan saya hina fizikal tubuh badan saya. Adakah saya keji dan jijik sangat di mata anda semua?â€
– Wani Comel
Pada masa sama, gadis yang terbabit dengan kontroversi bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu juga mengingatkan supaya netizen supaya berhati-hati dengan penulisan yang dibuat.