in ,

Terima Kasih Samsung Bawa CNBLUE Ke Malaysia

[dropcap]T[/dropcap]inggal hanya 3 hari je lagi, Konsert CNBLUE Blue Moon World Tour di Malaysia akan mengegarkan peminat di Malaysia. Wow! kiranya tahun ini Budiey boleh katakan adalah tahun K-Pop untuk peminat muzik Pop dari Korea atau K-poppers ni. Sebab apa? Dari awal tahun sampailah penghujung tahun ini, ramai sekali grup K-Pop singgah bertemu mata dengan peminat di Malaysia. Pastinya, peminat CNBLUE di Malaysia berterima kasih kepada penaja utama konsert ini iaitu syarikat pengeluar gadget yang paling popular di dunia iaitu SAMSUNG!

Budiey juga telah dijemput oleh Samsung untuk menghadiri satu sidang media yang diadakan dalam masa terdekat ini dan Samsung juga ada memberikan tiket kepada Budiey untuk menonton secara live konsert ini. Thank you Samsung! Love Samsung!

Terima Kasih Samsung Bawa CNBLUE Ke Malaysia

[dropcap]R[/dropcap]ata-rata, peminat CNBLUE atau lebih dikenali Boice dah tak sabar-sabar menunggu tarikh 24 Ogos ini. Budiey ramalkan Stadium Negara nanti akan penuh dengan kerana bukan sahaja peminat dari Malaysia yang akan datang tapi dari seluruh negara-negara jiran berdekatan. Betul tak? Yelah, memandangkan CNBLUE bukan sahaja terkenal di Asia, malah grup yang dianggotai oleh empat anggota ni terkenal juga di Eropah. Haruslah ramai pelancong dari luar negara sanggup terbang ke Malaysia semata-mata nak layan muzik CNBLUE ni.

Terima Kasih Samsung Bawa CNBLUE Ke Malaysia

Jika anda masih belum mengenali CNBLUE ni, Budiey ceritakan sikti profile band ini.

[pullquote align=”right”]Samsung merupakan penaja utama membawa secara eksklusif Konsert CNBLUE Blue Moon World Tour di Malaysia pada 24 Ogos ini di Stadium Negara[/pullquote]

CNBLue adalah band rock dari Korea Selatan dan ditubuhkan pada tahun 2009 di Seoul. Band ini terdiri daripada Jung Yong-Hwa (vokalis utama & rhytm guitar), Lee Jong-Hyun (Lead guitar & vokalis), Lee Jung Shin (pemain gitar bass dan vokalis) dan Kang Min-Hyuk (pemain drum & vokalis). Kalau nak tahu CN tu adalah singkatan dari Code Name sementara BLUE tu pula adalah singkatan dari imej anggota kumpulan ini. Burning mewakili Lee Jong-Hyun, Lovely mewakili Kang Min-Hyuk, Untouchable mewakili Lee Jung Shin dan Emotional mewakili Jung Yong-Hwa.

Band ini juga terkenal di Jepun dan didapati mereka melancarkan debut album di negara Matahari Terbit itu pada 19 Ogos 2009. Selain melancarkan juga buat pertama kali empat lagu teaser video mereka dalam mini album pertama untuk pasaran Korea berjudul Bluestory. Pada 14 Januari 2010 pula CNBLUE telah melancarkan mini album di Korea dengan lagu single I’m a Loner dan ternyata mendapat sambutan hangat di seluruh Korea dan negara Asia yang lain. Hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja, nama CNBLUE telah melonjak memberi saingan yang sangat dahsyat kepada muzik band rock di Korea sekaligus mencipta satu fenomena baru.

Antara lagu yang Budiey suka dan telah menambat hati peminat ialah lagu I’m Sorry dan banyak lagi. Korang boleh namakan di ruangan komen, orait, lagu mana yang korang suka.

Nama CNBLUE tersenarai dalam senarai 40 Artis Korea Paling Power oleh Forbes di mana pada tahun 2011, CNBLUE berada di tempat yang ke 33 dan melonjak naik kepada tangga ke 21 pada tahun 2012. Kalau nak tahu, CNBLUE mendapat penajaan dari Samsung di mana mereka turut mempromosikan Samsung Galaxy Note 10.1 pada tahun 2012.

CNBLUE dah ada empat buah album studio yang mengandungi lagu-lagu yang mantap. Antara album CNBLUE ialah Thank U (2010), 392 (2011), Code Name Blue (2012) dan What Turns You On? (2013).

Kejayaan CNBLUE telah memberikan sumber inspirasi kepada band rock yang baru dan ternyata, performance CNBLUE semakin meningkat dan konsert mereka mendapat sambutan hangat dari peminat fanatik mereka.

Terima Kasih Samsung Bawa CNBLUE Ke Malaysia

Gear up for the upcoming CNBLUE BLUE MOON World Tour Live in KL! Just purchase a GALAXY S4 and you stand to receive exclusive GALAXY S4 CNBLUE merchandise! Hurry on over and find out more at a Samsung Mobile Brand Shop near you today! http://spr.ly/6180Zh7r

PROMOSI HEBAT DARI SAMSUNG SEMPENA KONSERT CNBLUE BLUE MOON WORLD TOUR DI MALAYSIA

Sempena dengan kedatangan CNBLUE ke Malaysia untuk menjayakan konsert terulung ini, SAMSUNG telah mengeluarkan telefon covers edisi terhad CNBLUE Galaxy S4 dan screen cleaners di mana akan diberikan kepada pembeli Samsung Galaxy S4 mulai 22 Ogos 2013 SECARA PERCUMA. Sementara stok masih ada. Jadi apa tunggu lagi!

Tiket- tiket mula dijual pada 18 Mei yang lalu, bertempat di Fahrenheit 88, Bukit Bintang dan Budiey lihat ramai sekali peminat yang tak mahu ketinggalan memiliki tiket.

Oh ya, sebelum Budiey lupa, jika anda mahu memenangi tiket ekslusif konsert ini bersama pass Meet & Greet anda boleh sertai peraduan yang dianjurkan, sila klik: http://spr.ly/6188Zh7Q

Untuk info lanjut, layari: www.facebook.com/samsungmobilemalaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MOJO Rakam Lagu Tema Filem VIKINGDOM

Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Wanita Hari Ini 2013