Pada 2 Mei lalu, seorang pelajar bernama Azhar Ali menerusi akaun Twitter, beliau memuat naik status menyatakan rasa bersyukur tak terhingga. Ini kerana dia tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa dari NASA sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada tahun 2024.
Daripada lebih tiga juta orang peserta yang mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis itu, rekaan beliau dilaporkan memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten.
Azhar turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia termasuk ucapan tahniah oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Selain daripada KJ, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucap tahniah kepada Azhar.
Kejayaan Azhar Ali telah menjadi viral seluruh Malaysia dan Indonesia sehingga ada portal dan berita TV telah menyiarkan berita ini. Perdana Menteri Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada pelajar Malaysia tersebut yang menerima biasiswa NASA. Satu kejayaan yang membanggakan.
KJ turut menjemput Azhar untuk ke MOSTI dan Agensi Angkasa Negara untuk memberikan motivasi kepada saintis muda.
“Tahniah! Saya dengan sukacitanya mahu menjemput anda ke MOSTI dan Agensi Angkasa Negara dalam masa terdekat untuk tengok macam mana kita boleh galakkan saintis muda kita mendapat biasiswa berprestij.”
– Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal turut turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Azhar. Beliau menganggap Azhar sebagai role model kepada belia di Malaysia.
“Tahniah saudara. Kami berbangga dengan kejayaan saudara – dan berharap saudara boleh menjadi ‘role model’ kepada belia Malaysia yang lain. Salam Ramadan al-Mubarak!”
– Wan Fayhsal
Azhar Ali menjadi bualan di kalangan ibu bapa yang mahu anak mereka membaca kisah kejayannya dan menjadikannya sumber inspirasi.
Bukan itu sahaja, berita gembira dan luar biasa itu turut dikongsi media Indonesia yang tumpang berbangga.
Netizen Mulai Ragu-Ragu
Namun selepas itu Netizen mengesyaki ada benda yang tak kena. Dan ada yang mulai menyemak kesahihan maklumat itu. Lebih meragukan Azhar mulai menutup twitternya kepada private.
Ada sesetengah netizen mulai menuduh Azhar mengencing atau menipu dan mereka-reka cerita buat seluruh rakyat Malaysia dan segelintir rakyat Indonesia.
Ini gara-gara Azhar mulai meletakkan akaun twitternya sebagai peribadi selepas beberapa warganet mempersoalkan kesahihan informasi dia berikan.
Seterusnya, ada warganet bertanya, bukankah peserta program tersebut hendaklah berstatus warganegara Amerika Syarikat dan penduduk tetap?
Ada juga yang mencari nama Azhar Ali di laman web Nasa dan mendapati tiada namanya. Yang mereka jumpa hanyalah warga Amerika.
Sebelum itu, Azhar Ali menyatakan dia masih belum mendapat sijil rasmi dari NASA dan berjanji akan mempamerkannya kelak apabila sudah mendapatnya.
Dituduh Kencing, Ini Penjelasan Azhar Ali: “Aku Tak Perlu Minta Maaf Sebab Aku Pun Mangsa Scam
Azhar Ali akhirnya tampil memberikan penjelasan. Ini selepas dia dituduh mengencing/menipu rakyat Malaysia ketika menyatakan dia mendapat biasiswa NASA.
Dalam siri ciapan itu, Muhammad Azhar berkata, dia memang menyertai sebuah pertandingan mereka pakaian angkasawan, anjuran NASA di bawah program Artemis, pada 20 Mac lepas dan menerima satu e-mel mengatakan markah beliau antara 1 peratus teratas dari keseluruhan tiga juta penyertaan.
“Dua perkara berlaku – orang mula menyampaikan ucapan tahniah kepada saya, dan ada di antara mereka yang mula memeriksa keabsahan capaian yang disertakan dalam email itu. Terima kasih, anda semua hero saya.
“Dalam e-mel itu ada disertakan capaian kepada satu portal, di mana saya boleh memuat naik foto peribadi, dan ini merupakan indikasi pertama saya mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mangsa ‘scam’. Jadi saya melakukan tangkapan skrin untuk anda lihat sendiri,” katanya lagi.
– Azhar
Menurut Muhammad Azhar lagi, dalam masa sama, dia juga telah menerima satu lagi e-mel, yang mendakwa mereka dari National University of Singapore (NUS), tetapi kiriman itu tidak menggunakan domain NUS.
Cara kiriman tersebut membuatkan dia mula merasakan itu satu lagi indikasi ‘scam’.
“Di atas peluang ini, saya memohon agar semua orang berhenti membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai diri saya.
“Saya merupakan seorang pelajar, dan saya sedang menuju ke puncak karier saya.
Saya telah menerima banyak tawaran dari institusi bereputasi tinggi dari luar negara, dan saya memohon kepada rakyat Malaysia untuk tidak membawa risiko kepada karier saya di masa akan datang, ekoran isu ini,”
– Azhar
Anak muda itu sambil bertegas dia sama sekali tidak akan memohon maaf kerana menjadi mangsa ‘scam’.
Ciapan Azhar itu mendapat perhatian Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin, yang merasakan, apa yang terjadi pada Muhammad Azhar perlu menjadi pengajaran untuk seluruh rakyat mengenai kepentingan membuat semakan fakta sebelum berkongsi sesuatu perkara di laman media sosial.
“Pujian yang anda terima membawa maksud ramai sebenarnya ingin melihat anak muda Malaysia berjaya. Jangan berputus asa. Apa jua orang cakap, terus berusaha mencapai impian,” kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi.
– KJ
Main main dengan Jabatan Netizen Negara AKA bawang rengers kat malaysia ni? … Cacing pun depa buleh cari dalam tanah… Takat claim dapat biasiswa NASA apa lah sangat maklumat yg depa tak leh cari…