Perkara itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitter beliau @AnnuarMusa pada Jumaat.
Ciapan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi mesyuarat berkenaan, termasuk pihak yang terlibat.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 287 kes pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Free Malaysia Today melaporkan Anggota Parlimen Klang Charles Santiago sebagai berkata, dia dan 64 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah itu menggesa agar sekolah ditutup susulan peningkatan kes Covid-19.
Ia selepas dua pelajar SMK Pandamaran Jaya dilaporkan dijangkiti virus itu dan beberapa lagi telah diarahkan menjalani kuarantin.