Syarikat penerbangan jati Asean, AirAsia menambah satu lagi destinasi pantai menarik dalam jaringan hubungan penerbangan terluasnya dengan tambahan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand; destinasi ketujuh AirAsia ke Thailand dari Kuala Lumpur.
Dijadualkan untuk memulakan penerbangan pada 16 Julai 2015 dengan 4 penerbangan seminggu, AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Pattaya, Thailand.
Bersempena dengan pengumuman ini, AirAsia akan menawarkan tambang termasuk semua dari RM38* sehala, tersedia bagi tempahan dari hari ini hingga 17 Mei 2015 bagi tempoh perjalanan dari 16 Julai 2015 sehingga 31 Mei 2016. Tawaran tambang rendah ini tersedia di laman airasia.com dan aplikasi mudah alih bagi iPhone atau peranti Android serta laman mobil mobile.airasia.com.
AirAsia ucap sawadee ke Pattaya, Thailand!
Terbang terus ke Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua bermula dari RM 38* sehala
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata:
“Kami sangat berbesar hati menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan para tetamu kami terus ke Pattaya dari Kuala Lumpur! Thailand sentiasa menjadi destinasi pilihan utama rakyat Malaysia untuk dilawati, Tahun lepas sahaja kami menerbangakan lebih dari 2 juta tetamu antara Malaysia dan Thailand, dan Phuket merupakan laluan antarabangsa pertama kami dari Kuala Lumpur pada tahun 2003!”
“Pattaya akan menjadi laluan terus ketujuh kami dari Kuala Lumpur ke Thailand selepas Phuket, Bangkok, Chiangmai, Hat Yai, Krabi dan Surat Thani. Laluan terbaru ini adalah konsisten dengan usaha berterusan kami memberi jaringan rangkaian terluas kami ke Asean dan lebih jauh, menghubungkan komuniti dan mencipta segmen pasaran di rantau ini. Kami positif yang mana laluan ini dapat menyumbang kepada pembangunan pelancongan bagi kedua-dua bandar,” tambah Spencer.
Bandar yang terkenal dengan pantai resort ini terletak di Pantai Timur Teluk Thailand, kira-kira 150km tenggara Bangkok. Terkenal dengan aktiviti malam, pelancong antarabangsa berpusu-pusu ke laluan perjalan kaki Pattaya sepanjang 500 meter dengan lampu neon yang menyinari dan rentak muzik dari kelab-kelab malam berhampiran dan pusat hiburan yang lain menyambut kehadiran pelancong dari kedua belah jalan.
Pada siang hari, Pasar terapung Pattya yang meliputi kawasan 100,000 kaki persegi adalah pusat tarikan untuk aktiviti membeli belah, menikmati masakan tempatan dan juga mengalami perbezaan budaya yang terdapat dari empat kawasan utama di Thailand – Utara, Utara Timur, Tengah dan Selatan di mana pasar ini mempunyai segmen yang mewakili empat kawasan-kawasan ini – di atas bot dan kawasan-kawasan berdekatan.
Syarikat penerbangan bersekutu AirAsia Berhad, Thai AirAsia (kod penerbangan FD) mempunyai penerbangan domestik di serata Thailand seperti Khon Kaen, Sakhon Nakhon dan banyak lagi yang boleh diterokai di Thailand. Tambahan itu, Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang) juga adalah salah satu hab Fly Thru kumpulan AirAsia dan menghubungkan tetamu ke destinasi seperti Changsha di China dan bandar-bandar lain dengan mudah.
AirAsia terus membolehkan tempahan dibuat dengan lebih mudah dan secepat yang mungkin bagi para tetamu kami. Laman web syarikat penerbangan ini airasia.com kini telah dinaik taraf dengan sistem tempahan yang telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang membolehkan pembayaran dibuat lebih pantas (Xpress booking), navigasi yang lebih mudah, dan tambahan bagi tempahan, juga kebolehan mengembalikan pilihan dari carian terkini anda! Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri laman web terbaru ini, dan cara mudah bagi menempah, layari www.airasia.com hari ini.
Terus ikuti perkembangan AirAsia mengenai promosi dan aktiviti terkini melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Harga promosi yang dinyatakan adalahbagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma & syarat.
Jadual Penerbangan Kuala Lumpur (KUL) – Pattaya, Thailand (UTP) efektif 16 Julai 2015
No. Penerbangan | Dari | ke | Pelepasan | Ketibaan | Jadual penerbangan |
AK 840 | KUL | UTP | 1430 hrs | 1525 hrs | Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |
AK 841 | UTP | KUL | 1555 hrs | 1900 hrs | Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |