AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk tahun yang ke-5 berturut-turut melancarkan 30,000 tempat duduk promosi bagi penerbangan dari enam destinasi di Malaysia ke Singapura dengan tambang termasuk semua serendah RM 49 sehala dan tempoh penerbangan dari sekarang hingga 22 September 2013 di www.airasia.com bagi perjalanan dari sekarang hingga 1 Disember 2013.
[pullquote align=”right”]Smpan tiket penerbangan AirAsia anda & nikmati potongan istimewa di Sentosa Singapore![/pullquote]
Sehubungan dengan itu, tetamu AirAsia yang mempunyai tiket penerbangan AirAsia yang sah untuk penerbangan dari mana-mana destinasi di Malaysia ke Singapura boleh menikmati potongan 15% tiket masuk ke tarikan terbaharu,Sentosa Spooktacular dengan tempoh tebus laku pada 19, 25, 26, & 31 Oktober dan 1-2 November 2013. Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati potongan 10% untuk tiket masuk dewasa dan potongan 5% bagi tiket masuk kanak-kanak untuk pembelian tiket masuk ke Sentosa Choice Play Pass dari 16 Oktober 2013 – 16 Januari 2014 apabila mereka mempamerkan tiket penerbangan AirAsia.
Potongan harga di Sentosa Singapore ini tertakluk sehingga 5 tiket bagi setiap tiket penerbangan AirAsia tidak mengira kewarganegaraan para tetamu. Untuk maklumat lanjut mengenai Sentosa Singapore, sila layari www.sentosa.com.sg.
AirAsia sentiasa komited dalam menawarkan lebih nilai kepada para tetamu bukan sahaja dengan harga tambang yang rendah, dengan itu terjalin kerjasama Sentosa Singapore untuk para tetamu AirAsia. Selain dari potongan harga, tetamu yang mempunyai tiket penerbangan yang sah bagi penerbangan dari mana-mana destinasi di Malaysia ke Singapura berpeluang memenangi penerbangan percuma dari Kuala Lumpur-Singapura dan tiket masuk ke “Sentosa Spooktacular” dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh AirAsia melalui akaun rasmi AirAsia Facebook, Twitter & Instagram dengan berkongsi gambar anda yang paling menakutkan dengan hashtag #airasiaspooktacular. Ketahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini di www.facebook.com/airasia.
Promosi tambang termasuk semua serendah RM49 sehala dari mana-mana penerbangan dari Malaysia ke Singapura ini juga boleh ditempah melalui iPhone, platform Android, Blackberry10, dan laman mudah alihmobile.airasia.com. Tetamu boleh muat turut aplikasi mudah alih AirAsia dengan carian aplikasi ‘AirAsia’ di AppStore bagi pengguna iPhone; Google Play Store bagi pengguna platform Android dan Blackberry App World bagi pengguna Blackberry.
Aplikasi mudah alih pada iPhone dan platform Android kini dikemaskini dengan cirri ‘Manage My Booking’, di mana para tetamu boleh meneliti semua tempahan mereka, daftar masuk untuk penerbangan, serta menguruskan apa jua penambahan seperti hidangan, pemilihan tempat duduk, daftar masuk bagasi dan peruntukan peralatan sukan, membeli insurans perjalanan dan banyak lagi.
Tetamu digalakkan untuk menempah awal peruntukan bagasi secara dalam talian, bersama dengan tempahan penerbangan untuk mendapatkan penjimatan sehingga 66%, berbanding mendaftar masuk beg di kaunter lapangan terbang di saat akhir.
Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).