Bermula 17 Ogos ini, dengarkan DJ Lin dan Editor Media Hiburan, Meen Tahrin bergandingan di dalam Terapi Cinta Suria FM, dimana para pendengar boleh berkongsi luahan, masalah cinta dan nukilan hati bersama dengan pasangan Terapi Cinta ini.
Keudara pada setiap hari Ahad bermula jam 10 malam hingga 11 malam, Terapi Cinta adalan subsegmen terbaharu di dalam segmen Suria Cinta, Suria FM. DJ Lin dan Meen Tahrin akan menjadi penasihat kepada masalah-masalah yang diutarakan oleh para pendengar dan membantu untuk menyelesaikannya.
“Terapi Cinta adalah satu platform bagi para pendengar berkongsi masalah dan dilemma cinta jika mereka sedang buntu mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang penting sekali, kami mahu membantu pendengar Suria FM untuk memperkuatkan hubungan mereka bersama dengan orang tersayang”, Kata DJ Lin.
Menurut Editor Media Hiburan, Meen Tahrin,:
“Ini kali pertama saya berkerja dengan DJ Lin dan berasa amat teruja dengan peluang yang diberikan. Kami berharap kami dapat membantu dan menyokong para pendengar yang sedang dalam masalah percintaan.”
Pendengar yang ingin berkongsi masalah cinta, luahan perasaan dan nukilan cinta mereka, boleh emailkan kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my.