in , ,

Tepat! Penyanyi Shila Amzah Yakin Dengan Pilihannya

Berbekalkan pengalaman sehingga ke peringkat antarabangsa, nama Shila Amzah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air kita.

Yakin dengan pilihan pasangan duetnya, akhirnya keputusan Shila Amzah memang tepat apabila Clinton Jerome Chua (pelukis) memberikan persembahan yang hebat, harmoni dan indah menerusi lagu ‘Selamanya Cinta’ nyanyian asal oleh Shila Amzah dan Alif Satar.

Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my .

Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

Shila Amzah

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) minggu ke sembilan membawakan penampilan khas Shila Amzah sebagai artis jemputan, 2 orang pelakon berbakat besar yang versatil iaitu Nadiya Nissa dan Zara Zya sebagai panel penyiasat dengan panel penyiasat tetap iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam.  

Episod ke-9 ini mencatat kadar tontonan secara purata pada 3.8 juta penonton dan syer penonton pada 47.6% semasa disiarkan pada 12 April 2020. (sumber: Nielsen Audience Measurement) 

Shila telah tersilap langkah pada pusingan pertama apabila dia menyingkirkan seorang pengejar mimpi (Adib Aiman Azhari) sedangkan Aiman sebenarnya seorang penyanyi sebenar yang sangat berbakat. Persembahan Aiman di pentas penentuan telah membuat kesemua panel dan penonton terpegun dengan suaranya yang amat memukau.

Shila Amzah

Di pusingan kedua pula, Shila telah membuat pilihan untuk menyingkirkan penyanyi misteri keempat, pasangan duo dan penyanyi misteri keenam. Penyanyi misteri keempat ialah kumpulan baru (Farah Fadzlena dan Diyana) yang ternyata memang penyamar bersuara sumbang.

Malangnya, penyanyi misteri keenam, seorang bekas penyanyi dari sebuah syarikat rakaman di Indonesia (Wan Irfan Husaimi)) sebenarnya ialah penyanyi sebenar. Juri dan panel penyiasat meragui Irfan kerana lip sync yang terlalu santai. Nyanyian Irfan mengejutkan semua penonton dan panel di pentas penentuan. Manakala, Jihan dan Mark sebenarnya yakin bahawa Irfan ialah penyanyi sebenar.

Yusry Abdul Halim

Pusingan ketiga pula, Shila menyingkirkan penyanyi misteri pertama, seorang vokal utama kumpulan jaz (Nurul Suffiana). Nurul turut berkebolehan bermain violin dan dia bersama kumpulannya pernah menyertai pertandingan nyanyian jaz pada tahun 2019.

Kejayaan besar pada usia muda yang dikongsikan itu membuatkan majoriti panel tidak yakin bahawa Nurul seorang penyanyi sebenar. Nurul amat meminati Shila sejak kecil lagi dan dia turut menerima pujian kerana mempunyai suara yang unik. 

Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri ketiga, seorang pelajar pakar perniagaan (Syailman Daniel) telah disingkirkan kerana majoriti penonton dan panel penyiasat kecuali Jihan memilih dia sebagai penyamar. Adik Daniel yang baru berusia 17 tahun ternyata memang seorang penyamar bersuara sumbang.

Seterusnya, pilihan duet Shila ialah seorang pelukis (Clinton Jerome Chua). Kesemua panel dan penonton tidak kecewa kerana dia seorang penyanyi sebenar. Mereka menyanyikan duet lagu ‘Selamanya Cinta’ dari Shila dan Alif Satar.

Tahniah kepada Clinton kerana berjaya merebut peluang untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebenar yang lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music serta layak untuk merakamkan sebuah single!

Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang menampilkan Sufian Suhaimi sebagai artis jemputan serta Dato’ Fizz Fairuz dan Jasmine Suraya Chin sebagai panel penyiasat jemputan pada 19 April 2020. 

Bersiaran sepanjang 10 episod dan 1 episod khas, program ini mempamerkan seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan untuk memeriahkan lagi suasana di studio ICSYVMY pada setiap episod. Tugas para penyiasat bertujuan membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyanyi misteri suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk kali kedua dalam musim ketiga ini. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

ICSYVMY3 episod 9
Mark Adam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Akhirnya Buka Mulut, Rupanya Ini Sebab Utama Unfollow Shahida di Instagram

BARISAN HADAPAN Tanda Terima Kasih Azlan & Typewriter