Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dutch Lady Malaysia sekali lagi bergabung untuk mengiktiraf sekolah-sekolah cemerlang seluruh Negara dengan Majlis Anugerah 3k & MyDMBS 2018
Sekolah-sekolah cemerlang seluruh negara telah diiktiraf di majlis Anugerah 3K yang dihadiri oleh Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia).
Program Anugerah 3K & MyDMBS 2018
Singkatan bagi Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan; program Anugerah 3K merupakan program anugerah kebangsaan tahunan yang telah dimulakan pada tahun 1991 dan di antara salah satu program terbesar Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia diwujudkan antara lain untuk mendidik dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam meningkatkan kualiti persekitaran sekolah dan sahsiah para pelajar.
Tahun ini menyaksikan Dutch Lady Malaysia sekali lagi tampil sebagai rakan strategik bagi komponen kesihatan dan penaja utama Anugerah 3K.
“Tahun ini genap empat tahun Dutch Lady Malaysia menggalas peranan sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun ini, kami telah memperkenalkan projek MyDMBS yang menekankan kepentingan nutrisi, pengambilan tenusu serta aktiviti senaman fizikal dan latihan pemikiran kreatif murid-murid sekolah. Dutch Lady Malaysia kekal komited ke atas sokongan terhadap agenda kebangsaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam misi memperkasa pelajar-pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal”. – Tarang Gupta
Dengan peningkatan penyertaan yang begitu memberangsangkan, iaitu dengan lebih 200 buah sekolah dan melibatkan lebih kurang 200,000 jumlah pelajar secara keseluruhan, persaingan di antara sekolah-sekolah seluruh negara semakin sengit. Ini sekaligus membuktikan kejayaan program 3K serta MyDMBS; dan menjadi petunjuk peningkatan prestasi murid-murid dan kesedaran peri pentingnya amalan gaya hidup sihat.
“Sejak program 3K dilancarkan semula pada tahun 2015 dengan Dutch Lady Malaysia, program ini telah merekodkan penglibatan lebih 500,000 pelajar sekolah seluruh negara. Kejayaan program ini membuktikan bahawa usaha-usaha berterusan pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta seperti Dutch Lady Malaysia adalah amat signifikan dalam inisiatif menggalakkan generasi muda Malaysia untuk lebih mengamalkan gaya hidup sihat yang holistik”. – Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.
Anugerah 3K 2018 telah mengiktiraf sekolah-sekolah berikut menurut kategori dan hadiah masing-masing:
Sekolah Rendah | ||
Keputusan | Sekolah | Hadiah* |
Johan | SJKC Lai Meng, Kuala Lumpur | RM5,000 |
Naib Johan | SK Titi Teras, Pulau Pinang | RM4,000 |
Tempat Ketiga | SK Sungai Salleh, Kedah Darul Aman | RM3,000 |
Sekolah Menengah | ||
Keputusan | Sekolah | Hadiah* |
Johan | SMK Convent, Kedah Darul Aman | RM5,000 |
Naib Johan | SMK Baru, Miri, Sarawak | RM4,000 |
Tempat Ketiga | SMK Paya Rumput, Melaka | RM3,000 |
*Johan akan mendapat trofi dan naib johan & tempat ketiga akan mendapat plak. Semua sekolah akan mendapat sijil pencapaian dan replika cek.
Program MyDMBS telah mengiktiraf sekolah-sekolah berikut menurut kategori dan hadiah masing-masing:
Sekolah Rendah | ||
Keputusan | Sekolah | Hadiah* |
Johan | SK Kijal, Terengganu Darul Iman | RM1,500 |
Naib Johan | SK Sungai Samak, Perak Darul Ridzuan | RM1,000 |
Tempat Ketiga | SK USJ 12, Selangor Darul Ehsan | RM750 |
Sekolah Menengah | ||
Keputusan | Sekolah | Hadiah* |
Johan | SMK Puncak Alam 3, Selangor Darul Ehsan | RM1,500 |
Naib Johan | SMK Jelai, Negeri Sembilan Darul Khusus | RM1,000 |
Tempat Ketiga | SMK Ghafar Baba, Melaka | RM750 |
*Setiap pemenang akan mendapat plak, sijil pencapaian dan replika cek.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anugerah3k.com.my