Kisahnya bekembang dengan watak utama iaitu Ji Hyeon yang hidup susah apabila terpaksa membayar hutang yang bertimbun kepada sekumpulan gangster. Ji Hyeon terpaksa bekerja di sebuah Bar di Macau untuk membayar hutangnya itu. Suatu hari rakan sekerja Ji Hyeon menyuruhnya pergi temuduga kerja di suatu tempat. Di situ dia bertemu Sung Yeol dan Sung Yeol menjelaskan kerja yang perlu dibuat Ji Hyeon adalah menjadi isteri baru kepada ayahnya yang kaya iaitu Seok Gu. Kemudian Ji Hyeon akan menjadi pewaris kepada seluruh harta ayahnya dan apabila ayahnya mati kelak harta tersebut perlu dibahagi sama rata antara dirinya dan Ji Hyeon.
Cabaran dan Kejutan Dalam Filem Korea PERFECT PROPOSAL DI TV2
Sung Yeol terpaksa berbuat demikian kerana dirinya tidak dapat menjadi pewaris disebabkan statusnya yang merupakan anak kepada perempuan simpanan ayahnya. Ji Hyeon awalnya marah dan menolak kerja itu sebelum menerima tawaran tersebut kerana terdesak dengan hutang dan hidupnya yang miskin.
Sung Yeol mengajar dan mengubah penampilan Ji Hyeon menjadi seiras dengan isteri Seok Gu yang telah mati. Ji Hyeon ditugaskan menjadi jururawat peribadi kepada Seok Gu dan kesemua mereka akan tinggal di atas kapal persendirian milik Seok Gu. Sifat peribadi Seok Gu yang cepat marah, suka mengamuk, membuatkan semuanya menjadi sukar.
Dalam masa yg sama Ji Hyeon telah jatuh cinta dengan Sung Yeol, disamping itu, sifat Ji Hyeon yang baik dan tegas membuatkan Seok Gu melamarnya untuk menjadi isterinya. Sehari selepas hari perkahwinan mereka, Ji Hyeon mendapati Seok Gu mati secara tiba-tiba dan hal ini membuatkan Ji Hyeon panik dan dirinya segera menghubungi Sung Yeol.
Sung Yeol menyuruh Ji Hyeon tenang dan berlakon seperti tiada apa yg berlaku. Ji Hyeon perlu berlakon dan menyakinkan semua orang yang Seok Gu masih hidup. Mereka terpaksa berlagak tenang sambil membawa mayat Seok Gu dari Macau ke Korea.
Walaubagaimanapun sikap Ji Hyeon yg mencurigakan dan resah membuatkan pembantu peribadi Seok Gu menghubungi polis. Ji Hyeon ditangkap dan dituduh membunuh Seok Gu. Atas desakan polis Ji Hyeon menerangkan segala yang terjadi, namun dirinya terkejut apabila mendapati Sung Yeol hanya mempergunakannya selama ini untuk mewarisi harta ayahnya seratus peratus.
Ji Hyeon cuba membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Atas bantuan pembantu peribadi Seok Gu, Ji Hyeon dilepaskan sementara dari penjara untuk menghadiri majlis pengebumian Seok Gu.
Disitu dia cuba mencari bukti dan mendapat tahu bukti sebenar ada dalam kamera yang berbentuk loceng yang dipakai oleh anjing peliharaan Seok Gu. Sung Yeol ingin menghapuskan bukti tersebut dan terpaksa berebut dengan Ji Hyeon yang juga mencari bukti berkenaan. Sung Yeol akhirnya cuba membunuh Ji Hyeon. Apa yang bakal berlaku seterusnya?