Fenomena luar biasa Nora Elena sikit sebanyak memberi impak dalam industri hiburan. Ramai yang masih menontonnya di Portal Tonton tak kurang ada yang tengok di iPad. Mungkin drama ini akan disambung ke musim kedua atau pun dipanjangkan ke filem atau layar besar. Budiey kira, dengan fenomena yang telah dicipta telah melonjakkan nama pelakon utama Nora Elena iaitu Siti Saleha dan Aaron Aziz.
Terbukti kedua-dua pelakon yang dulunya tiadalah sepopular mana, tiba-tiba mendapat perhatian ramai. Sekarang, dua-dua nama dah top meletop. Walaupun drama Nora Elena dah pun tamat, namun jadual pelakon utama Nora Elena semakin sibuk dan mungkin mereka tiada masa untuk famili. Tu yang Budiey baca kat twitter Aaron Aziz stress dengan jadualnya yang padat sampai membaling telefon bimbit Nokia miliknya. Rileks bro, jangan stress sangat. Ni masanya nak rebut peluang. Telefon Nokia tu, gantilah dengan iPhone 4 atau Blackberry ya, senang sikit nak bertwitter dengan peminat. Setiap minggu ada sahaja event yang perlu dihadiri. Itu tak termasuk lagi jadual pengambaran.
Terbaru, Budiey dapat info Siti Saleha bersama dengan duta Dashing iaitu Remy Ishak akan hadir di sesi bertemu peminat di Roadshow dan pelancaran haruman terbaru Dashing dan juga Enchanteur Paris di Alamanda Putrajaya.
Kepada pembaca dan peminat Siti Saleha dan Remy Ishak, bolehlah datang ke Alamanda Putrajaya pada hari Sabtu, 2 Julai 2011. Menurut info yang Budiey terima, Siti Saleha akan hadir pada jam 12 tengahari sementara satu majlis pelancaran haruman terbaru Dashing di mana akan disertai oleh Remy Ishak pada jam 2 petang.
Kepada peminat Nora Elena, mungkin ini masa yang sesuai untuk bertemu dengan Siti Saleha.
Budiey akan turut berada di sana untuk buat liputan event pelancaran haruman wangian terbaru dari Dashing.