in , , ,

Temui Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA

Temui Neelofa, Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA

Karnival WAnITA akan diadakan pada:

Tarikh: 5-6 May 2012
Tempat: Red Carpet, The Strands, Kota Damansara
Masa: 10 pagi – 6 malam

Karnival ini adalah karnival pertama anjuran WAnITA, MySoHo dan Stars Touch Media Sdn. Bhd bertujuan untuk menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan di samping mengajak penduduk setempat untuk memeriakahkan dan membeli-belah di karnival ini. Karnival ini terbuka untuk keluarga dan umum di mana pihak Encorp Berhad, telah berbesar hati untuk menaja lokasi karnival dua hari ini.

Pihak WAnITA amat berterima kasih kerana lokasi ini sememangnya amat cantik dan terletak ditengah-tengah Kota Damansara. Usaha murni pihak Encorp juga amat dipuji kerana pihak Encorp juga telah menaja bahagian kanak-kanak (Kidz Corner) yang khas untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapanya membeli belah.

Karnival dua hari ini akan menyaksikan para ikon WAnITA yang akan turun padang untuk bersama-sama menjayakan karnival pertama WAnITA ini. Fizz Fairuz juga khabarnya akan membawa teman barunya ke karnival ini pada hari Ahad, 6hb Mei pukul 3ptg.

Malah Ainul juga akan berniaga selama dua hari. Ada seorang lagi selebriti jelita akan turut serta melelong sebuah perabot tajaan Roma-Italia yang mana hasil lelongan tersebut akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan diu ukan pada hari tersebut. Siapa jelitawan itu hanya akan diketahui pada hari Sabtu 5hb Mei 2012 pada pukul 3ptg.

Seramai 30 usawanita akan berniaga di karnival ini. Karnival ini juga akan menyaksikan demonstrasi masakan dan penghiasan kek cawan oleh beberapa usahwanita di samping pertunjukan fesyen oleh pereka cyber terkenal, Hideaki dan beberapa pengeluar fesyen yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan WAnITA sendiri.

WAnITA juga akan mengadakan satu pertandingan karaoke terbuka kepada pengunjung karnival dimana kutipan daripada penyertaan yang hanya bernilai RM10 itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga selama dua hari karnival berlangsung.

Mengenai WAnITA:
WAnITA (Women Arts aNd International Traders Association) atau Persatuan Pedagang Wanita dan Seni Antarabangsa adalah sebuah persatuan yang diwujudkan untuk mengumpulkan wanita-wanita yg terlibat dalam bidang perniagaan tak kira sama ada perniagaan online mahupun perniagaan berkedai. Di WAnITA, kami menyediakan platform untuk para usahawanita bergabung di samping memperluaskan perhubungan perniagaan…dengan kehadiran SSM dan MyIPO juga kami harap dapat memberikan platform pendidikan keusahawanan dari segi penubuhan perniagaan dan perlindungan harta intelek kepada ahli-ahli WAnITA. Idea menubuhkan persatuan ini tercetus apabila pengasasnya, PUTRI BALQISH AGALAN yang juga merupakan usahawanita media tempatan, teruja untuk mengumpulkan teman-temannya (wanita) yang aktif berniaga secara online. Apabila didapati mempunyai ramai sambutan, termasuklah daripada teman-temannya yang sudah mempunyai perniagaan berkedai, maka, beliau menubuhkan persatuan ini agar mereka dapat bergabung dan berkumpul untuk memperluaskan di samping membuka peluang -peluang pendidikan dan perniagaan melalui satu persatuan.

WAnITA juga mempunyai idola dan ikon-ikon seperti:

  1. Dato. Ida Suraya: seorang usahawanita yang berjaya dari bawah. berkelulusan Jurutera beliau berjaya membuka perniagaan sendiri sehingga berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada kerja kerasnya dan sifat tidak pernah putus asanya.
  2. Fizz Fairuz: Aktor yang baru sahaja memenangi ABP Kategori Pelakon TV Terbaik ini juga seorang usahawan yang amat cekal. Walaupun ditimpa pelbagai masalah, beliau tetap tabah dan bangkit untuk berniaga tanpa mengenal erti putus asa.
  3. Ainul Aishah: Dia pelakon. Dia juga penyanyi. Dia juga seorang usahawanita yang boleh menjadi perancang kewangan. Ainul juga mempunyai cerita tersendiri sebagai usahawanita yang berjaya.


Fizz Fairuz

Fizz Fairuz

Dato' Ida Suraya Mustapa

Dato. Ida Suraya

Ainul Aishah

Ainul Aishah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Koleksi Fesyen Suri & Lana

Sekitar Pelancaran Album Ahmad Dhani & TRIAD