Baru-baru ini, Budiey dipanggil untuk menemubual seorang selebriti yang dah lama tak muncul. Ya, dah lama tak menonton persembahan beliau kat mana-mana show. Khabarnya, beliau nak buat comeback. Insan seni yang Budiey maksudkan di sini adalah Reshmonu atau kini mahu dikenali dengan nama RESH atau nama sebenarnya, Hiresh Haridas.
Dulu, Budiey masih ingat nama beliau selalunya disebut semasa Anugerah Industri Muzik. Pernah menghasilkan album pada tahun 2014 dan pernah popular dengan lagu Hey Waley, Walk Away dan Cintaku Pergi.
Satu sesi temubual telah diadakan di pejabat Universal Music Malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Boleh Budiey katakan, sesi temubual ini dapat mempertemukan Budiey dan mengenali Reshmonu dengan lebih dekat. Ternyata, Reshmonu juga cukup mesra dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan Budiey.
Untuk info pembaca, Reshmonu sekarang ini sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul HALF THE MAN. Budiey sudah pun mendengar lagu tersebut di Spotify. Sebuah lagu yang cukup memberikan gambaran tentang kematangan Resh dalam memberikan suntikan terbaru dalam industri seni di Malaysia khususnya.
Bunyinya, muziknya, liriknya dan nuansa muziknya sangat bertaraf international. Tahniah buat Resh yang berjaya membuktikan kita juga ada bakat yang boleh diketengahkan di luar negara juga.
Jom tonton sesi temubual Budiey bersama Resh.