in , ,

Temubual Eksklusif Bersama Angie Tan Selaku Ketua JOOX Malaysia

Berikut merupakan temubual bersama Ketua JOOX Malaysia iaitu Angie Tan, berkenaan dengan perkembangan muzik semasa di Malaysia ketika dan perkembangan terkini di JOOX Malaysia.

Perkembangan terkini JOOX Malaysia?

Malaysia adalah salah satu negara majmuk di dunia, oleh kerana itu JOOX Malaysia berinisiatif menawarkan pelbagai muzik yang sesuai untuk semua pengguna Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Tidah hanya itu sahaja, aplikasi JOOX juga menyediakan 3 pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina untuk kemudahan pengguna. Kami di JOOX juga menyediakan senarai lagu pilihan yang bersesuain dengan citarasa tempatan dimana senarai lagu pilihan ini telah kurasi secara khas oleh team kami yang berdedikasi tinggi bagi memastikan JOOX adalah saluran hiburan untuk semua orang.

Keunikan lain yang di tawarkan oleh JOOX termasuklah fungsi Karaoke, strim eksklusif rancangan muzik terpopular dan terhangat di seluruh Asia secara langsung dan juga projek crossover muzik ekslusif, JOOX ORIGINALS yang telah kami lancarkan pada beberapa bulan lepas.

Tahun ini adalah tahun yang sangat special untuk kami kerana JOOX Malaysia menyambut Ulang Tahun ke-5 di Malaysia. Kami sangat gembira dapat membawakan Kempen High5JOOX sejak dua bulan yang lalu untuk meraikan ulang tahun ke-5 kami bersama peminat setia muzik tempatan.

Perayaan itu merangkumi “daily check-in promotion” di mana pengguna berpeluang untuk merebut hadiah-hadiah menarik; “Thankful sale” yang menawarkan pakej langganan VIP spesial; ”JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid Year 2020)” anugerah muzik yang di adakan oleh JOOX Malaysia untuk julung kalinya di mana pengguna boleh memilih lagu dan artis kegemaran mereka; “High5JOOX Online Concerts” pada bulan Julai dan Ogos yang menampilkan artis popular dan hangat tempatan seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani, artis Floor 88 dan JOOX ORIGINALS Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana dan Budak Ngam.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklum balas yang tidak hanya sangat menggembirakan terhadap “JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid Year 2020)” dan “High5JOOX Online Concerts” tetapi ianya juga sangat menggalakkan di mana hampir 100,000 pengguna JOOX telah mengambil bahagian untuk mengundi lagu dan artis kegemaran mereka. Hasil pungutan undi juga sangat memberangsangkan di mana jumlah undi terkumpul berjumlah hampir 1.5 juta undi.

Artis-artis pop Malaysia dan Antarabangsa telah berdiri di pentas yang sama untuk mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya di industri muzik yang berprestij ini.

“High5JOOX Online Concerts” juga telah menyaksikan seramai 30,000 penonton telah menyaksikan konsert ini dan juga telah mendapatkan 100,000 tanda butang suka dari para penonton. Tidak hanya itu sahaja, pada acara ini juga telah menyaksikan sebanyak 20,000 JOOX Coins telah di hantar oleh penonton

Angie Tan - Head of JOOX Malaysia

Perkembangan yang paling membanggakan bagi JOOX Malaysia adalah pertumbuhan lebih daripada 223% pengguna aktif selama lima tahun kebelakangan

  • Just this year in 2020, we have streamed around 400 shows and P2P live events for Malaysian fans, 30 of which are global or regional ones such as ‘One World: Together at Home’, ‘JOOX World Music Day’, and other exclusive JOOX-produced performances such as the K-Pop program ‘IDOL STATION’, ‘Stay Home, Stay Tuned’ live sessions, ‘International Express’ program, as well as live concerts and performances featuring top regional and local artists like Aaron Kwok, Mayday, Aziz Harun, Daiyan Trisha and Hazama, among many others.

Pada tahun 2020 ini sahaja, JOOX telah menstrim sekitar 400 persembahan dan P2P secara langsung untuk peminat di Malaysia, dimana 30 daripadanya adalah acara global atau serantau seperti ‘One World:Together At Home’, ‘JOOX Day Music World’, dan acara eksklusif yang di hasilkan oleh JOOX iaitu K-Pop ‘IDOL STATION’, sesi secara langsung ‘Stay Home, Stay Tuned’, dan juga program ‘International Express’, serta konsert yang menampilkan artis serantau dan tempatan seperti Aaron Kwok, Mayday , Aziz Harun, Daiyan Trisha dan Hazama, dan banyak lagi.

JOOX berani tampil berbeza dengan membawakan pelbagai muzik untuk peminat muzik tempatan dimana JOOX menyaksikan muzik yang paling banyak di strim oleh pengguna Malaysia adalah lagu berbahasa Inggeris di ikuti oleh lagu Melayu, lagu Korea dan lagu Cina.

Pada bulan April lepas, JOOX telah melancarkan “Family Plan” pertama kami dimana ianya boleh di gunakan oleh tiga ahli keluarga dengan harga serendah RM18.90 sahaja sebulan. Pakej ini membolehkan semua ahli keluarga mengakses fungsi Karaoke JOOX yang unik, muzik atas permintaan, karaoke interaktif, kemampuan untuk membina perpustakaan dan senarai main mereka sendiri, dan juga memuat turun lagu untuk mendengarkannya semasa pengguna di luar talian. “Family Plan” ini juga menawarkan muzik tanpa iklan dan audio berkualiti Hi-Fi dari 30 juta lagu dan konsert yang kami siarkan.

Apakah kesan baik dan kesan tak baik apabila perlaksanaan PKP?

What are the good and bad effects caused by the implementation of the MCO (Movement Control Order)?

Dalam tempoh MCO, rakyat Malaysia kerap mencari idea untuk menghiburkan diri dan menghilangkan kebosanan semasa mereka di rumah. JOOX Malaysia mendapati bahawa pengguna JOOX semakin aktif mengambil bahagian dalam karaoke di aplikasi JOOX, kerana jumlah masa yang dihabiskan dan nyanyian karaoke yang di terima oleh JOOX telah meningkat sejak bberapa bulan terakhir ini. Terutamanya, jumlah masa bernyanyi karaoke oleh rakyat Malaysia telah meningkat sebesar 39% di bulan Februari dan Mac tahun ini.

Dengan JOOX, karaoke kini menjadi hiburan yang lebih interaktif kerana tidak hanya sekadar menyanyi sahaja. Dengan banyaknya lagu Karaoke yang tersedia, pengguna JOOX dapat mencari lagu Karaoke ‘Mood of the Day’ dan menyanyikan dengan sepenuh hati mereka.

Aplikasi JOOX juga dilengkapi dengan fitur-fitur menarik seperti penapis kecantikan dan “sticker”, “voice tuning” dan pertandingan karaoke seperti Pertandingan Karaoke ‘Hooked on Hooks’ di Malaysia yang di adakan pada awal tahun ini, dimana pengguna hanya perlu merakam nyanyian karaoke audio atau video mereka. Kami juga mengadakan Pertandingan Karaoke Bertema setiap minggunya dan menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi, seperti wang tunai, “JOOX Coins”, barang cenderahati rasmi JOOX dan banyak lagi.

Pada masa MCO, JOOX telah menyediakan striming paling banyak pelbagai rancangan muzik tempatan & global dan konsert secara langsung dan eksklusif berbanding platform-platform lain. 

Untuk pasaran tempatan, JOOX juga telah membawakan ”High5JOOX Online Concerts” yang juga merupakan salah satu aktiiviti dalam perayaan ulang tahun ke 5 JOOX di Malaysia dan “Stay Home, Stay Tune”

JOOX juga berbesar hati kerana telah berkolaborasi JOOX dengan Sony Music, Universal Music Group, Warner Music Group dan banyak lagi untuk menghasilkan acara ekslusif “International Express” yang diproduksi oleh JOOX sendiri.

Acara ini menampilkan artis antarabangsa seperti penyanyi Kanada Johnny Orlando, penyanyi-penulis lagu Amerika Jeremy Zucker, UK penyanyi-penulis lagu Griff dan penyanyi-penulis lagu Ireland Utara, JC Stewart, yang akan membawakan lagu-lagu mereka dan berbual secara langsung dengan pengguna JOOX. Mereka akan berkongsi inspirasi muzik mereka atau bahkan menunjukkan ruangan  peribadi mereka, seperti studio dan kediaman mereka.

Bagaimana penglibatan JOOX dalam memeriahkan lagu industri muzik Malaysia?

How is JOOX involved in enlivening the music industry in Malaysia?

JOOX selalu berdedikasi dalam menyokong muzik tempatan, initerbukti dengan kejayaan JOOX ORIGINALS, yang merupakan inisiatif JOOX untuk menampilkan lebih ramai artis-artis tempatan terbaik di negara ini.

Pada bulan Mac 2020, kami melancarkan JOOX ORIGINALSsatu siri projek crossover muzik di Malaysiayang bertujuan untuk membawakan muzik yang lebih “fresh” dan inovatif untuk rakyat Malaysia sambil menyokong industri muzik tempatan dengan menyediakan platform yang memberdayakan bakat-bakat Malaysia untuk dapat lebih berkembang dan mendapatkan pengiktirafan sewajarnya di muzik industri.

Pencinta muzik tanah air telah mendapatkan pengalaman dan kejutan baru dari muzik yang di hasikan oleh crossover inikerana ianya tidak hanya melibatkan artis-artis kegemaran mereka tetapi juga lagu-lagu baru yang di hasilkan dari projek ini yang telah menghiburkan peminat muzik dengan rentak yang tidak pernah mereka didengar sebelumnya.

Faizal Tahir, anak seni tempatan yang sangat berbakat tidak hanya sebagai penulis lagu dan juga penerbit adalah “Super Producer” JOOX ORIGINALS.

Dengan tema ‘Bold’, Faizal yang berada di bawah naungan muzik label rakaman Faithful Music, menghasilkan lagu asli dengan pelbagai artis tempatan, termasuk Aziz Harun, Bunkface, Daiyan Trisha, Dayang Nurfaizah, FML, Hazama & Darmas, Khai Bahar, Sissy Imann dan Sophia Liana & Budak Ngam.

Peminat muzik tempatan telah menunjukkan keyakinan mereka dengan projek crossover ini kerana ’Chica’ oleh Aziz Harun telah menduduki peringkat No.1 Carta Hits

Teratas Lagu Melayu di JOOX selama dua minggu berturut-turut; ‘Durja’ oleh Khai Bahar menduduki peringkat No. 16 dari Carta Hits Teratas Melayu JOOX dan juga telah tersenarai sebagai Top Karaoke Hits di JOOX selepas 1 minggu lagu itu dikeluarkan.

JOOX juga telah membawakan “JOOX Malaysia Top Muzik Awards (Mid Year 2020)” untuk julung kalinya untuk mengeratkan lagi menghubungkan peminat dengan muzik kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui platform kami, JOOX. Anugerah ini merangkumi dua kategori iaitu ‘Top 5 Hits’ dan ‘Most Popular Awards’. Anugerah ‘Top 5 Hits’ dihitung berdasarkan jumlah berapa banyak kali dimainkan oleh pengguna bermula 1/1/2020 hingga 30/6/2020. 

‘Most Popular Awards’ pula di anugerahkan kepada artis yang mendapat undian terbanyak. Para pengguna JOOX tanah air juga telah menunjukkan sokongan dan cinta mereka kepada seniman tempatan dan antarabangsa yang mereka sayangi dengan mengundi mereka untuk mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya di industry muzik.

Selain itu, JOOX juga telah membawakan “High5JOOX Online Concerts” untuk memberi kesempatan kepada pengguna JOOX yang merupakan kalangan peminat muzik tempatan  untuk berinteraksi secara langsung dengan idola tempatan mereka semasa PKP. Siri konsert online JOOX eksklusif ini telah menampilkan artis popular dan hangat seperti Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Floor 88 dan banyak lagi. Acara ini diadakan pada bulan Julai dan Ogos sebagai sebahagian daripada perayaan High5JOOX

Mungkin boleh senaraikan 5 orang penyanyi Malaysia yang banyak didengar di JOOX.

Who are the top 5 Malaysian artists most streamed by JOOX users in Malaysia? 

Untuk soalan ini, kami di JOOX tidak dapat menjawabnya secara tepat dan pasti kerana ianya selalu berbeza-beza dari masa ke semasa, tetapi menurut hasil JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year 2020) maka – Nabila Razali ‘Peluang Kedua’, Naim Daniel dan Man Keedal’s ‘Sembah’, YonnyBoii ‘Biar’, Sufian Suhaimi ‘Janji’ dan Floor88 ‘Yang Benar’ adalah penerima anugerah ‘Top 5 Hits: Local’.- YonnyBoii, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 adalah penerima anugerah “Top 5 Artist: Local”

Most-Popular-Final-Siti

Di antara penerima anugerah yang berprestij ini, peminat muzik tanah air juga telah menobatkan ‘Sembah’ lantunan menarik dan emosional Naim Daniel dengan penampilan khusus oleh Man Keedal sebagai “Most Popular: Local” negara, dan artis kesayangan Malaysia Dato ’Sri Siti Nurhaliza sebagai “Most Popular Artist: Local”.

Jika anda inginmengikuti perkembangan trend muzik tempatan terkini, jangan lupa untuk merujuk kepada Carta JOOX yang dikeluarkan setiap minggu di laman rasmi Facebook JOOX MY!

Ada tak perancangan JOOX untuk menyediakan lagu-lagu lama contohnya lagu 90an.

Is there any plan for JOOX to provide old songs, such as 90s songs, in the JOOX library?

JOOX mempunyai perpustakaan muzik lebih dari 30 juta lagu dari seluruh dunia yang merangkumi muzik dari pelbagai jenis genre muzik dan generasi dari hits terbaru, lagu dari tahun 90-an atau bahkan yang muzik dari era dari 20-an!

Apakah harapan JOOX Malaysia untuk tahun 2021?

What are JOOX Malaysia’s expectations/wishes/dreams for 2021?

Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar bagi industri hiburan dan kita dapat melihat bahawa perubahan dari pelbagai bidang  terutamanya dari segi operasi perniagaan hinggalah amalan dan tingkah laku pengguna. Pandemi ini mungkin telah membuat banyak tur artis-artis terhenti, tetapi strimingsecara langsung telah memberikan harapan kepada perniagaan untuk dapat berkembang lebih pesat.Fokus JOOX di tahun 2021 adalah bagaimana kami akan memainkan peranandalam menyertai medan maya 

Dengan JOOX, karaoke kini menjadi salah satu saluran hiburan interaktif bagi para pengguna untuk berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan pada masa pandemic yang mecabar ini.

JOOX selalu berusaha untuk memenuhi permintaan karaoke pengguna setia JOOX, oleh kerana itu kami baru sahaja memperkenalkan fitur terbaru, “Quick Sing” yang membolehkan penggemar muzik untuk menyanyi dan menari secara kreatif dengan menggunakan korus lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, maka para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka.  

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan “Quick Sing”, yang tampil dengan dua tema berbeza setiap minggu. Semakin banyak anda menghantar penyertaan karaoke “Quick Sing” ini, maka semakin tinggilah peluang anda untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik

Di bulan September ini, pengguna JOOX boleh menyertai “BeThe Star 2020”, sebuah pertandingan pencarian bakat baharu yang dilancarkan di seluruh Malaysia. Dengan hanya mengirimkan video nyanyian karaoke Quick Sing, pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta berpeluang melancarkan lagu di JOOX! Lagu tersebut  akan dihasilkan oleh kumpulan produksi profesional di bawah sebuah label muzik

Apakah perancangan seterusnya?

What are JOOX’s future plans/next plans or projects? 

Acara dan konsert yang distrim secara langsung telah mencapai tahap yang tinggi pada awal wabak COVID-19. Dari data tinjauan kami telah menunjukan impak positif terhadap format di masa hadapan   pada masa depan seperti dari platform mana yang harus dipilih sehingga harga yang perlu dicas hinggalah petua-petua profesional untuk menjayakannya. Adakah JOOX akan menerokai lebih lanjut samada akan mengikutitrend ini

Dalam masa mencabar ini, JOOX berharap dapat menghiburkan semua rakyat Malaysia dengan muzik genre yang berbeza – dari pop, hip hop dan banyak lagi. Termasuklah membolehkan peminat muzik berinteraksi dengan idola tempatan mereka dalam secara langsung, sambil menikmati muzik dan menggunakan fitur-fitur interaktif seperti pemberian hadiah dan lain-lain semasa mereka di rumah. Tidak hanya itu sahajad, peminat muzik di Malaysia dapat juga menikmati acar-acara menarik seperti “High5JOOX Online Concerts”, “International Express” dan “K-Pop Express”.

Dengan inisiatif tempatan yang telah kami lancarkan seperti JOOX ORIGINALS, dan didorong oleh sokongan dan cinta di kalangan peminat muzik tempatan, maka kami merancang JOOX ORIGINALS 2.0, di mana kami akan bekerjasama dengan lebih ramai dan artis berbakat tempatan untuk menghasilkan lebih banyak muzik crossover. Kami berharap boleh  memberikan sumbangan terus menerus yang bermakna ke arah meningkatkan dan memeriahkan arena muzik digital Malaysia yang dinamik dan bertenaga.

###

Mengenai JOOX

• JOOX, platform striming terkemuka di rantau ini menawarkan hiburan muzik yang lengkap, dari striming muzik, bernyanyi karaoke, menonton acara eksklusif secara langsung, konsert hinggalah berinteraksi dengan idola kesayangan mereka dan sesama pengguna JOOX.

• Dengan lebih dari 30 juta lagu dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan peminat muzik dengan artis, lagu, album dan senarai main peribadi mereka. Pengguna dapat menemukan muzik baru yang hebat dengan mensyorkan lagu dan stesen radio yang yang sesuai dengan selera dan mood mereka. Pengguna juga dapat menikmati muzik pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui aplikasi, desktop ataupun laman web JOOX.

• JOOX beroperasi di enam pasaran antarabangsa, iaitu Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan.

• JOOX adalah aplikasi streaming muzik yang paling banyak dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store selama tiga tahun berturut-turut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri Selama 14 Hari

Usop Mohon Maaf Secara Terbuka Gara-Gara Isu Body Shaming Sherry Alhadad