in ,

Temubual Eksklusif Bersama Andi Bekas Ahli Infinatez

Sebut sahaja kumpulan Infinatez, pasti anda akan kenal mereka yang dulunya pernah menyertai program realiti Gangstarz. Budiey pun pelik, ke mana Infinatez menghilang. Dah lama tak dengar berita tentang Infinatez, kan?

Tup-tup, Budiey mendapat khabar dari Andi, salah seorang anggota Infinatez yang mana dia sekarang ini secara rasminya keluar dari Infinatez dan cuba bergerak solo pula. Apakah Infinatez telah pun berkubur?

Andi

Kalaulah betul dah berkubur, pasti ramai peminat yang rasa kehilangan mereka. Rugi betul, kerana Infinatez berbakat besar. Tapi apa yang Budiey dengar, Infinatez masih lagi wujud. Cuma mungkin kerana ada masalah dari segi pengurusan yang lemah telah memusnahkan harapan Infinatez untuk berdiri sama tinggi dengan grup yang lain.

Andi sebelum ini banyak mencari peluang bagi Infinatez membuat persembahan. Kini Andi memilih untuk mencari peluang untuk bergerak secara solo pula dengan mencipta lagunya sendiri yang lebih kepada irama R&B diadunkan dengan irama Melayu.

Untuk info, Andi dulunya pernah menerbitkan lagu untuk kumpulan Luscious. Mungkin kerana itulah, Andi yakin dengan kebolehannya menerbitkan sendiri lagu dengan bantuan kawan-kawannya untuk tulis lirik. Antaranya, karya Andi dibantu oleh Imran Ajmain, Ridwan dari Indonesia, Vandal dan Eanaz daripada kumpulan Luscious.

Budiey berpeluang menemubual Andy atau nama sebenarnya, Mohd Andi Ariffin Merican yang kini giat untuk mempromosikan album solo sulungnya yang akan berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti. Ikuti temubual ini.

1. Mengapa Andi nak buat album solo?

Sebab saya nak cuba explore capability saya sebagai penghibur, dan pada masa yg sama saya nak cuba discover ‘new sound’ and ‘new direction’ menjadi penyanyi dan penerbit album. Sebenarnya setiap penyanyi memang idamkan album mereka sendiri, especially penyanyi yang datang dari latarbelakang berkumpulan macam saya.

2. Setakat ini, bagaimana hubungan Andi dengan Infinatez?

Baik Alhamdulilah semuanya. Kami selalu ‘keep in touch’ dan melepak bersama. Dari sudut kerja pula, saya masih lagi bekerja dgn mereka. Saya dan salah seorang ahli Infinatez terlibat dalam ‘Cuci The Musical’ dan untuk pengetahuan semua ada di antara mereka turut sama membantu proses produksi album saya.

3. Sayang betul kalau Infinatez berpecah, you tak rasa rugi ke keluar dari Infinatez?

Infinatez tidak berpecah, cumanya saya yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan tersebut. Infinatez merupakan tempat dan proses saya belajar, dan saya mengambil keputusan untuk keluar atas dasar perbezaan ‘creative direction’. Tapi saya tak rasa rugi kerana banyak lagi peluang dan benda yang harus saya belajar di luar sana. Namun saya akan sentiasa menyokong pergerakan mereka. 🙂

4. Sejauh manakah / bagaimana senario industri muzik / dunia hiburan di Malaysia pada kaca mata Andi?

Bagi saya, walaupun industri hiburan kita tidak semeriah dulu, namun kita sedang bergerak laju dan positif. Kita mempunyai ramai muka baru yg mempunyai bakat yg besar dalam dunia hiburan tak kira genre apa mereka perjuangkan. Mereka hanya perlukan medium dan platform untuk mereka lebih dikenali. Bagi masa sedikit insyaALLAH kita akan nampak perubahan yg besar dalam industri.

5. Ceritakan sikit tentang album solo dari Andi

Seperti yang semua tau, saya merupakan bekas ahli Infinatez yg lama, jadi utk album sulung saya ini, saya harus pastikan saya tampil dgn bunyi yg lebih segar dan tidak ada kena mengena dgn bunyi Infinatez yg terdahulu.

Agak sukar pada mulanya sbb selama ini saya byk bekerja dgn mereka, dalam produksi lagu mahupun produksi artis – artis lain, and all this while it has been my reference. Jadi utk album sulung saya, you’ ll notice that melody adalah sgt simple. Takde adlib yg terlampau dan penggunaan harmoni yg sgt minima. Dan elemen RnB yg saya cuba tonjolkan adalah lebih kepada music bukan vocal sgt.

Saya cuba fusekan RnB dgn irama genre lain seperti Hip Hop, Funk, Blues dan juga Ballad. So this few months i ve been studying more solo acts and how they brand themselves. Antara reference yg saya cuba ikutkan utk kali ini adalah Robin Thicke, Neyo, Justin dan Eric Benet. Album saya juga memuatkan beberapa lagu berbahasa inggeris utk kepuasan pendengar

6. Apa keunikan album solo ini?

Keunikan album ini adalah selain menyanyi, saya juga menerbitkan album saya sendiri. Saya masih lagi mengekalkan genre RnB tetapi dgn selera orang Malaysia dan single pertama yg akan ke udara tak lama lagi bertajuk ‘SOLO’. Saya juga telah bekerjasama dgn beberapa nama yg tidak asing lagi dan artis undangan yg saya jemput ialah Altimet, Najwa, Vandal, Mimi ONE. Manakala beberapa penulis lirik seperti Ridwan dari Indonesia, Imran Ajmain dan Eenaz Luscious

7. Apa yang Andi nak tampilkan atau sampaikan dalam album ini?

Album ini merupakan an introduction for myself dalam dunia seni sebagai penyanyi solo bukan lagi berkumpulan. Dan saya juga ingin tampil dan branding diri saya sbg penerbit lagu dan album yg mengetengahkan RnB sebagai ‘forte’ utama

8. Selera peminat muzik di Malaysia, adakah album ini dapat memuaskan hati pendengar?

Tentu sekali. Saya telah buat banyak kaji selidik tentang halwa telinga pendengar kita sebelum keluar sebagai penyanyi solo dan album sulung saya. Therefore you would notice artis yg saya jemput dalam album saya adalah mereka yg sub genre dgn saya with a lot of fan based. Yang pasti kesemua single saya memang direka bentuk khas utk radio airplay dan selebihnya adalah utk the urban market. Saya harap strategi saya akan menjadi hehe ☺

9. Bilakah album ini akan berada di pasaran?

Saya akan mula hantar lagu lagu single saya ke radio dalam seminggu dua ini. Namun saya hanya akan buat album launch lepas raya. Jemput dating ye budiey ☺

10. Berapa harga album ini?

Itu masih lagi dalam diskusi. Bila sudah ditetapkan nanti, ill let you know…

11. Ceritakan sedikit tentang hala tuju muzik Andi.

Saya cuba tampil dgn konsep RnB seperti dulu tetapi utk radio airplay dan kepuasan pendengar, saya telah cuba fusekan beberapa genre-genre lain. Personally, saya namakan dia ‘Rhythmic Soul’. Album ini adalah pengenalan saya kepada industri, tetapi utk pengetahun budiey dan pembaca, saya juga telah mula produksi album kedua saya. InsyaALLAH, kalau ada rezeki saya nak ke pasaran antarabangsa. Kalau Yuna dan Zee Avi boleh, saya tentu boleh. Malaysia Boleh !!!

12. Inspirasi dalam penulisan lirik dan ciptaan lagu.

Kebanyakan lagu yg ditulis adalah kisah benar mengenai perasaan saya dan apa yg saya alami pada ketika itu. Its all about escaping and breakfree, tetapi jgn risau its all positive. Nanti korang dgr korang tau k ☺

13. Harapan Andi dengan album solo sulung ini.

Saya mempunyai harapan yg besar terhadap album sulung saya sbb ini merupakan langkah pertama saya ke industri. Harapan saya agar album ini diterima dan terus mendapat sokongan semua. Oh ye jgn lupa beli yg original ye. 🙂

Untuk sebarang update dan progress Andi, sila search Andi A. Merican dalam facebook. Orait~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Henry Golding Hos WELCOME TO THE RAIL WORLD

Mahu Badan Langsing & Cantik di Hari Raya?