in , , ,

Temubual Bersama Zul Ariffin Bercakap Tentang Filem J RETRIBUSI

AKIBAT tidak prihatin soal penjagaan pemakanan, pelakon tubuh kekar Zul Ariffin mendedahkan berat badannya pernah mencecah 105 kilogram (kg) tidak berapa lama dahulu.

Biarpun berat badannya mudah naik mendadak, Zul, 33, bagaimanapun menegaskan tidak mempunyai masalah untuk kembali kepada berat badan ideal iaitu sekitar 90kg terutama jika ada tuntutan sedemikian untuk menjayakan sesebuah karakter lakonan.

FILEM J RETRIBUSI

Kini sibuk di lokasi penggambaran filem aksi, J Retribusi di Johor Bahru, aktor kelahiran Taiping, Perak itu menambah, suatu perkara menarik tentang filem berkenaan adalah, buat pertamanya dia kembali berlakon dengan rakan lamanya iaitu Ashraf Sinclair yang sudah dikenali 15 tahun dahulu.

Tonton Temubual Penuh: https://youtu.be/_iNHNyDbIA0

Menurutnya, suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari itu merupakan antara orang industri terawal dikenali ketika mula-mula terlibat dalam dunia pengiklanan sewaktu berusia 17 tahun.

Boleh kongsikan sedikit tentang watak anda dalam filem J Retribusi?

ZUL ARIFFIN: J Retribusi merupakan sekuel filem J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Dalam filem ini saya kembali memegang watak Jay Zulkarnain, namun dia tidak bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK). Dia kini sebagai pengawal peribadi untuk seorang anak orang kaya. Berbeza daripada jalan cerita filem terdahulu, dalam J Retribusi watak Jay lebih bebas untuk berkembang kerana bukan lagi anggota UTK.

Adakah lebih banyak babak aksi untuk filem kali ini?

Secara peribadi, untuk watak Jay, memang babak aksi dalam filem kali ini lebih besar daripada filem pertama. Kebanyakan babak aksi yang saya jayakan juga saya usahakan sendiri tanpa menggunakan pelakon aksi ngeri. Setakat ini, kalau adapun babak aksi yang betul-betul saya rasa tidak buat, barulah saya menggunakan ‘double-stunt’.

Bagaimana persediaan anda untuk watak Jay dalam filem kali ini?

Persediaan lebih terhadap aspek mental kerana penggambaran filem ini amat memenatkan. Kadang-kadang berada di lokasi penggambaran dari pukul 7 malam sampai 7 pagi keesokan harinya. Alhamdulillah setakat ini belum ada kecederaan yang serius berlaku kepada saya. Melakukan babak aksi pun seperti koreografi tarian, kalau seorang salah langkah akan merosak keseluruhan babak. Jadi, saya banyak berlatih depan kamera.

Bagaimana pula dengan persediaan fizikal anda?

Beberapa bulan lalu berat badan saya naik mendadak sehingga 105kg. Tetapi sekarang sudah kembali dengan berat 90kg. Dahulu, saya pernah masuk hospital kerana terlalu makan sehingga sakit, namun tidaklah serius. Untuk watak Jay, saya tidak diperlukan untuk buat badan macam dalam Tombiruo: Penunggu Rimba atau Sangkar.

Tidak ada latihan spesifik, namun buat masa sekarang, saya selalu ke gimnasium dan buat senaman kardiovaskular. Bukan untuk watak Jay sahaja, namun, memang sebelum ini saya terlalu seronok bercuti sampai makan pun tidak jaga (ketawa).

Bagi orang yang kenal Zul Ariffin, pergi ke gimnasium adalah rutin biasa saya.

FILEM J RETRIBUSI

Baiklah, bagaimana perasaan dapat berlakon bersama buat kali pertama dengan Ashraf Sinclair?

Saya kenal Ashraf sejak berusia 17 tahun. Sekarang saya berusia 33 tahun. Dia adalah orang terawal yang saya kenal ketika mula-mula masuk dalam industri. Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama. Peliknya sebelum ini memang tidak pernah berpeluang langsung untuk berlakon sama.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

J RETRIBUSI Filem Pertama Yang Mencabar Amelia Henderson

Siti Nurhaliza Hasrat Tambah Zuriat Sebelum Cecah Usia 43 Tahun