in ,

Jom Travel: Apa Yang Menarik di Temple Tree Langkawi?

Di tengah-tengah pulau Langkawi berdekatan pantai Cenang, tersergam indah sebuah hotel unik yang kukuh bak sebuah kampung dari masa lampau Tanah Melayu pada zaman dahulu. Ia dikenali sebagai Temple Tree, dan terletak tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa Langkawi.

Hotel unik ini mengekalkan senibina dan seni reka yang penuh dengan unsur sejarah warga Tanah Melayu dahulu kala walaupun kini dilengkapi dengan kemudahan moden yang lain.

Dan apa yang paling berbeza tentang Temple Tree berbanding dengan hotel-hotel mewah lima bintang yang lain, hotel ini tidak menawarkan bilik atau suite biasa tetapi penginapan rumah kampung tradisional peribadi buat kesemua tetamunya!

zc

Apa Yang Menarik di Temple Tree Langkawi?

[dropcap]L[/dropcap]ebih menarik lagi, rumah-rumah ini merupakan rumah-rumah asli lama yang dibawa dari seluruh Malaysia (rumah-rumah ini berusia di antara 70 hingga 110 tahun!)! Rumah-rumah yang cantik ini telah dibeli dari beberapa negeri berlainan dan dipasang semula di Langkawi semata-mata untuk dijadikan sebuah hotel berkonsep tradisional yang mewah.

[pullquote align=”right”]Di Temple Tree terdapat 12 bilik, 13 suite dan 8 buah villa. Villa boleh disewa secara keseluruhan atau boleh juga disewa secara berasingan dengan hanya memilih bilik sahaja.[/pullquote]

Setiap rumah mempunyai nama serta konsep berlainan yang bergantung pada senibina rumah tersebut. Antaranya adalah Straits Club House, Chinese House, Penang House, Black and White House, Colonial House, Estate 5, Plantation House, Ipoh House dan Yellow House.

Buat mereka yang tidak pernah mengalami suasana kampung, hotel ini merupakan pilihan penginapan yang paling sesuai kerana persekitarannya yang persis kampung halaman tradisional. Benar-benar seperti kisah kampung Melayu zaman dahulu, setiap ceruk digubah indah dan perkhidmatan pekerjanya sama sekali tidak mengcewakan.

Selain itu terdapat juga dua kolam renang yang luas khas buat kegunaan para tamu. Bagi tujuan menjamu selera para pengunjung, terdapat Straits Club yang menyediakan makanan enak dan eksklusif buat para tamu. Sarapan setiap rumah akan dihantar pada malam sebelumnya di dalam sebuah bakul dan tamu boleh menikmatinya pada keesokan hari.

Dihiasi dengan kawasan taman kampung yang lapang dan indah, kesemua rumah-rumah lama di sekitar kawasan hotel ini persis rumah-rumah kampung dari buku sejarah yang pernah kita lihat. Ini juga masih kelihatan dalam senireka dalaman setiap bilik yang sangat ekslusif dan mewah.

Keanggunan setiap bilik dengan gaya perabot yang digunakan pada zaman dahulu membuat anda berasa seolah-olah anda kembali ke masa silam dan hidup di dalam buku-buku sejarah Melayud.

Jadi sekiranya anda menyenangi penginapan unik serta masih kaya dengan nilai-nilai sejarah tersendiri selain sedikit unsur kemewahan, singgahlah untuk bermalam di Temple Tree di Pulau Langkawi.

Pengalaman bermalam di sini sahaja sudah seperti mengunjungi sebuah tapak bersejarah atau sebuah rumah kampung zaman penjajahan dulu. Selain lokasinya yang sangat strategik, berdekatan dengan kebanyakan kawasan tumpuan dan pusat pelancongan Langkawi, ia juga menawarkan perkhidmatan sejajar dengan hotel-hotel masa kini!

Colonial 2-Bedroom 2

Colonial 4-Bathtub

Colonial 4-Living Room

Colonial House-Common Living Hall 1

Swimming Pool-Next to Straits Club

Suasana Kampung di Temple Tree Langkawi
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Trailer & Baca Sinopsis Filem MY STUPID BOSS

ABPBH 29 Berjaya Raih 5.5 Juta Penonton